Thursday, September 24, 2009

Selamat Lahir Wahai Aina Faqihah

Pada tanggal 22hb. September 2009 (Selasa) pada jam 3.56 petang isteriku telah selamat melahirkan seorang puteri iaitu cahayamata kami yang ketiga. Dia telah dilahirkan pada 3 Syawal 1430H iaitu pada hari raya ketiga. Aku telah namakan puteriku ini sebagai Aina Faqihah Binti Mohd. Fadzli. Aina bermaksud permata yang cantik manakala Faqihah bermaksud bijak atau cerdik. Semoga dia membesar sebagai seorang anak yang solehah dan bertaqwa kepada Allah serta taat kepada kedua ibu bapanya kelak. Amin. Sila layari Album untuk melihat gambar-gambar yang lain.

Friday, September 18, 2009

Majlis Berbuka Puasa SK Seri Mega 2009

Pada hari Rabu (16hb. September 2009) yang lalu, keluargaku telah dijemput oleh pihak pentadbiran SK Seri Mega untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa SK Seri Mega. Majlis tersebut telah diadakan di kantin sekolah tersebut. Majlis tersebut telah dihadiri oleh warga kerja SK Seri Mega yang beragama Islam. Terima kasih aku ucapkan kepada SK Seri Mega kerana berusaha menjemput aku untuk menghadirinya. Nak lihat gambar selebihnya, sila layari Album

Wednesday, September 16, 2009

Cuti Khas Institusi Pendidikan Malaysia

Cuti Khas Untuk Semua Sekolah dan Institusi Pendidikan Di Bawah KPM Pada Hari Jumaat, 18 September 2009 Sempena Hari Raya Aidilfitri 1430H

1. Kabinet yang bermesyuarat pada hari ini, 16 September 2009, telah bersetuju untuk memberi Cuti Khas kepada semua Sekolah dan Institusi Pendidikan di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia pada hari Jumaat, 18 September 2009, sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini yang dijangka akan disambut pada hari Ahad 20 September atau hari Isnin 21 September 2009.

2. Keputusan ini diambil bagi membolehkan ibu bapa membuat perancangan awal perjalanan keluarga bercuti di kampung halaman masing-masing dan mengelakkan kesesakan jalan raya.

3. Dengan keputusan Kabinet ini maka semua arahan Kementerian Pelajaran berkaitan Cuti Tambahan sempena Hari Raya Aidilfitri 1430H sebelum ini adalah terbatal.

YAB Menteri Pelajaran MalaysiaPutrajaya, 16 September 2009

Dipetik daripada Laman Web Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia.

Tuesday, September 15, 2009

Fadhilat Solat Tarawih 6

Malam 26
Allah SWT akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat tarawih pada malam tersebut.

Malam 27
Allah SWT akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

Malam 28
Allah SWT akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

Malam 29
Allah SWT akan mengurnikan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

Malam 30
Allah SWT akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam yang terakhir dengan firman-Nya ; Wahai hambaku! Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama Salsabilah serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama Al-Kautsar.

Dipetik daripada MBSA

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAT PUASA 1430H

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI &
MAAF ZAHIR BATIN

Friday, September 11, 2009

Fadhilat Solat Tarawih 5

Malam 21
Allah SWT akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

Malam 22
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

Malam 23
Allah SWT akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

Malam 24
Allah SWT akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat tarawih pada malam tersebut.

Malam 25
Allah SWT akan mengangkat seksa kubur darinya.

Dipetik daripada MBSA

Saturday, September 5, 2009

Pendaftaran OUM

Pada hari ini, 5hb. September 2009 (Sabtu) pagi-pagi lagi aku telah bersiap sedia untuk ke Kampus Universiti Terbuka Malaysia yang terletak di Jalan Tun Ismail yang berhampiran dengan Hentian Putra, Kuala Lumpur.

Pada pagi itu aku telah bertemu kembali dengan beberapa orang teman sekuliahku yang mengikuti Kursus KDP 14 Minggu di IPBA pada Februari hingga Jun 2009.

Sebelum pendaftaran bermula kami telah diberi taklimat oleh pihak pengurusan OUM tentang perjalanan cara pembelajaran secara jarak jauh ini.

Selepas taklimat kami telah dibenarkan untuk membuat pendaftaran di bahagian luar dewan.

Buat teman-temanku sekalian, TAHNIAH KERANA TELAH BERGELAR MAHASISWA OUM 2009.

Fadhilat Solat Tarawih 4

Malam 16
Allah SWT menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

Malam 17
Allah SWT menulis baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18
Malaikat menyeru : Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah reda denganmu atau dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia).

Malam 19
Allah SWT akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20
Allah SWT mengurniakan kepadanya pahala sekalian orang dalam syurga yang diperbuat daripada cahaya.

Dipetik daripada MBSA

Wednesday, September 2, 2009

Permohonan eG-Tukar 2009

Pada 1hb. September 2009, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengeluarkan pekeliling permohonan pertukaran guru secara online. Permohonan ini dibuka dari 1hb. September 2009 hingga 30hb. September 2009. Kepada mana-mana guru di Malaysia yang ingin memohon pertukaran tersebut anda boleh melayari laman web KPM di http://www.moe.gov.my/ atau http://apps.emoe.gov.my/epgo/. Untuk makluman semua, permohonan ini adalah untuk pertukaran guru antara negeri sahaja. Bagi pertukaran dalam daerah atau antara daerah sila hubungi JPN atau PPD masing-masing. Sekian, harap maklum.

Sumber dari Kementerian Pelajaran Malayisa (KPM)

Fadhilat Solat Tarawih 3

Malam 11
Meninggal dunia dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

Malam 12
Akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

Malam 13
Akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

Malam 14
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah SWT tidak akan menyesatkan mereka.

Malam 15
Semua malaikat yang memikul Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Dipetik daripada MBSA