Wednesday, April 18, 2012

KURSUS TMK DALAM P&P

Pada 18 dan 19 April 2012, aku telah menghadiri Kursus TMK Dalam P&P di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor (BTPN) yang terletak di Seksyen 19, Shah Alam. Kurus 2 hari ini telah memberi pendedahan tentang peranan guru penyelaras bestari/ICT, SSQS, Abad Ke-21, E-bahan, MBMMBI, Eduwebtv dan Literasi Maklumat. Kesemua slot telah disampaikan oleh pegawai-pegawai daripada Pusat Kegiatan Guru (PKG) dan BTPN sendiri. Selepas tamat kursusu ini, para peserta diminta mengadakan kursus dalaman di sekolah masing-masing agar maklumat yang diperoleh dapat disampaikan kepada semua guru di sekolah. Terima kasih kepada BTPN kerana menganjurkan kursus yang banyak memberi manfaat kepada guru-guru dan murid-murid di sekolah.

Sunday, April 1, 2012

PERTUKARAN GURU JUN 2012

Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian / Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi pertukaran sesi Jun 2012 untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DGA 29, DGA 32 (KUP time based), DG 41, DG 44(KUP time based) dan DG 48 (KUP time based) dibuka mulai 1 hingga 30 April 2012.

Keputusan Permohonan pertukaran Guru Sesi Jun 2012 dikeluarkan mulai 19 Mei 2012 dan maklumat penempatan ke sekolah boleh disemak mulai 26 Mei 2012. Sila klik pautan di bawah ini.

http://apps.moe.gov.my/epgo/

PENGIRAAN GAJI SSM 2012

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan pengiraan gaji baharu bagi kakitangan awam di bawah Skim Saraan Malaysia (SSM) untuk kenaikan 13% yang telah diumumkan oleh YAB Najib selaku Perdana Menteri Malaysia baru-baru ini. Sila klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut.
http://docs.jpa.gov.my/ssm/