Monday, September 23, 2013

SINGGAH DI PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SKS2BK 2013

SK Seksyen 2 Bandar Kinrara telah mengadakan Perkhemahan Unit Beruniform 2013 pada 20 dan 21 September 2013. Pada waktu yang sama SK Seri Mega pula mengadakan suatu program sukan. Jadi mereka terpaksa menunggu aku selesai bertugas sehingga sesi malam. 
Pada sebelah malamnya, aku telah membawa keluargaku ke SKS2BK untuk berkecimpung dengan aktiviti yang sedang dijalankan. Aktiviti yang dijalankan pada sebelah malam adalah persembahan malam kebudayaan. Aktiviti tersebut diadakan di Dewan Serambi Warisan. Beberapa orang guru telah ditugaskan untuk menjadi hakim di dalam persembahan tersebut.
Manakala di kantin sekolah, para guru dan keluarga masing-masing yang tidak terlibat sama dalam aktiviti tersebut sedang mengadakan aktiviti sampingan iaitu BBQ. Kebanyakan peralatan dan bahan BBQ telah disediakan sendiri oleh guru-guru. Pihak kantin juga berbesar hati menyumbang nasi goreng sebagai hidangan ruji pada malam tersebut. 
Para pasangan guru-guru perempuan telah menyumbangkan tenaga dan keringat membakar bahan-bahan yang telah disediakan oleh isteri masing-masing. Pelbagai hidangan yang disediakan seperti ikan, sotong dan udang. Hidangan yang paling istimewa pada malam tersebut adalah ikan siakap bakar. Wow!!! Terangkat.
Terima kasih kepada semua yang telah bekerjasama menjayakan BBQ tersebut. Semoga ia dapat diulangi pada masa-masa yang akan datang bagi mengeratkan hubungan silaraturrahim antara guru.

Sunday, September 22, 2013

HARI LAHIR YANG MENYEDIHKAN

Aina Faqihah ialah anak perempuanku yang ke-3 daripada 4 beradik. Tanggal 22 September 2013, genaplah usianya 4 tahun. Sepatutnya dia diraikan dengan kek dan makanan ringan di majlis hari lahirnya. Malangnya, dengan ibunya sedang sakit perut kerana keracunan makanan, aku terpaksa memikul tanggungjawab mengemas rumah dan menyediakan makanan untuk keluarga. Maka aku dan isteri hanya boleh mengucapkan selamat ulang tahun kelahirannya sahaja.

Wahai anakku sayang, maafkan ayah kerana tidak dapat meraikan sambutan ulang tahunmu yang ke-4. Mungkin sekarang kau masih mentah dan tidak mengerti apa-apa tetapi apabila kau meningkat dewasa, pasti kau akan mengerti masalah keluarga kita. Ayah dan ibu doakan agar kau dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki sehingga ke akhir hayat. Amin. Selamat Hari Lahir yang ke-4. 

Daripada ayah dan ibu tersayang.

Monday, September 2, 2013

HARGA RON 95 NAIK 20 SEN



Artikel Penuh: 
http://www.utusan.com.my/ © Utusan Melayu (M) Bhd