Tuesday, January 27, 2015

URUSAN PEMANGKUAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) GRED DG38, DG32 DAN DG29 YANG MEMPEROLEH IJAZAH SESAMA DALAM PERKHIDMATAN KE GRED DG42

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan urusan pemangkuan PPP Gred DG38, DG34, DG 32 dan DG29 yang memperolehi ijazah semasa dalam perkhidmatan ke Gred DG42 bagi urusan tahun 2015.

Sehubungan dengan itu, kerjasama tuan adalah dipohon untuk mengenal pasti PPP yang berkelayakan diploma yang telah memperolehi ijazah semasa dalam perkhidmatan sebelum 31 Disember 2014 serta memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan (LKPPP). Seterusnya PPP tersebut diperakukan untuk pertimbangan LKPPP di KPM bagi tujuan pemangkuan ke Gred DG42.

PPP yang diperakukan hendaklah memenuhi syarat-syarat pemangkuan ke Gred DG42 seperti berikut :
1. Disahkan dalam perkhidmatan;
2. Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan iaitu jumlah wajaran LNPT tiga tahun terakhir hendaklah mencapai 80% dan ke atas dengan pembahagian wajaran sebanyak 20% bagi tahun 2011, 35% bagi tahun 2012 dan 45% bagi tahun 2013;
3. Memiliki ;
  • sarjana muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  • ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  •  ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  •  ijazah sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan ata kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  • ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atai kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
4. Bebas daripada tindakan tatatertib;
5. Telah mengisytiharkan harta;
6. Lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM);
7. Bebas daripada senarai peminjam Tegar Institusi Pinjaman Pendidikan; dan
8. Diperakukan oleh Ketua Jabatan.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 26 Februari 2015 (Khamis).

URUSAN KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) GRED DG32 HINGGA DG54 DAN PEGAWAI KUMPULAN PELAKSANA (PKP) SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN BAGI JUN 2014 HINGGA JUN 2015

Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengadakan urusan kenaikan pangkat secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan bagi pegawai-pegawai seperti berikut : -

a) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG32 hingga DG54 Bagi Urusan Julai 2014 hingga Jun 2015; dan
b) Pegawai Kumpulan Pelaksana (PKP) Bagi Urusan Jun 2014 hingga Jun 2015.

Iklan-iklan bagi urusan-urusan berkenaan akan dibuka mulai 9 Februari 2015 hingga 15 Mac 2015 menerusi e-Pangkat.

Sukacita dimaklumkan bahawa bagi memudahkan urusan, iklan integrasi diwujudkan di ePangkat merangkumi :

  1. Urusan 1 Januari 2015 sehingga 30 Jun 2015 (urusan semasa) dan urusan 1 Julai 2014 hingga 31 Disember 2014 (urusan cicir) bagi PPP.
  2. Urusan 1 Januari 2015 sehingga 30 Jun 2015(urusan semasa) dan urusan 1 Julai 2014 hingga 31 Disember 2014 (urusan cicir) bagi PKP.

Sila maklum bahawa perakuan hendaklah dibuat menerusi iklan ePangkat yang akan dibuka pada tarikh berkenaan KECUALI pegawai seperti berikut yang perlu diperakui secara manual :
  1. Pegawai yang mengambil Cuti Belajar, sama ada Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP), Cuti Belajar Separuh Gaji (CBSG) atau Cuti Belajar Tanpa Gaji (CSG);
  2. Pegawai yang sedang mengambil Cuti Separuh Gaji (CSG);
  3. Pegawai yang mengambil Cuti Separuh Gaji (CTG);
  4. Pegawai yang sepatutnya layak dipertimbangkan / telah dipertimbangkan pada urusan sebelumnya tetapi tidak berjaya kerana LNPT tidak mencapai tahap yang ditetapkan / KC tidak mencapai tahap yang ditetapkan / dikenakan tindakan tatatertib;
  5. Pegawai yang telah bersara / meninggal dunia dan rekod beliau telah dikeluarkan dari senarai aktif ePangkat;
  6. Pegawai yang berada di dalam Jawatan Kumpulan; dan 
  7. PPP Ex-PPPLD yang layak dipertimbangkan urusan kenaikan pangkat secara TBBK.

Saturday, January 17, 2015

KEPUTUSAN DG42 TELAH KELUAR

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan senarai calon yang telah berjaya memperoleh kenaikan pangkat ke gred DG42 bagi guru-guru yang telah menamatkan pengajian di OUM di bawah pembiayaan pendidikan KPM.

Senarai tersebut telah dimuatnaik pada 16 Januari 2015 yang lalu. Guru-guru yang berkenaan boleh membuat semakan secara atas talian melalui laman sesawang berikut : -


 Tahniah diucapkan kepada semua calon yang berjaya. Bagi calon-calon lain yang bukan melalui pengajian di OUM anda diminta menghubungi pegawai-pegawai Unit Kenaikan Pangkat, Kementerian Pendidikan Malaysia. Sila klik pada pautan di bawah ini.

Saturday, January 3, 2015

PENANGGUHAN SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR

Pada 29 Disember 2014, YAB Menteri Pendidikan telah mengumumkan penangguhan permulaan sesi persekolahan bagi tahun 2015 selama seminggu. Sehubungan dengan itu, tarikh baharu sesi persekolahan bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor  adalah 11 Januari 2015 (Ahad) dan bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin).

KPM ingin menjelaskan sekali lagi bahawa penangguhan ini adalah setelah mengambilkira semua keadaan dan kesukaran semua pihak akibat bencana banjir seperti yang diumumkan termasuk mengambilkira pasukan keselamatan kita, pegawai dan kakitangan daripada agensi kerajaan lain yang bertungkus lumus melaksanakan operasi bantuan dan juga perlukan masa untuk persediaan persekolahan anak-anak mereka apabila operasi tersebut ditamatkan.

Sumber :
Kenyataan Media KPPM : Penjelasan Penangguhan Sesi Persekolahan Tahun 2015 Akibat Banjir