Tuesday, September 29, 2015

KENYATAAN MEDIA KPM : TINDAKAN MENANGANI JEREBU DI SEKOLAH

KENYATAAN MEDIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
 
TINDAKAN MENANGANI JEREBU DI SEKOLAH
 
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin memaklumkan bahawa berdasarkan pemantauan berterusan di seluruh negara menerusi bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sehingga jam 4.00 petang hari ini 29 September 2015 mendapati keadaan Jerebu di negeri Johor masih tidak banyak berubah berbanding hari semalam.
 
Sehubungan itu, KPM memaklumkan bahawa semua sekolah di negeri Johor perlu ditutup pada 30 September 2015 (Rabu). Pihak Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah di Negeri Johor hendaklah memaklumkan kepada sekolah-sekolah dan ibu bapa di kawasan masingmasing akan penutupan ini dengan kadar segera. Sementara bagi negeri Melaka, semua sekolah hendaklah dibuka seperti biasa pada 30 September 2015 kerana keadaan jerebu di negeri ini telah bertambah baik.
 
Sekian dimaklumkan.
 

Monday, September 28, 2015

FORMAT BAHARU UPSR 2016

Mulai tahun depan, kertas soalan Bahasa Inggeris bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan dipecahkan kepada bahagian Pemahaman dan Penulisan yang sekaligus menjadikan mata pelajaran itu mempunyai dua gred yang berasingan.

Pengarah Peperiksaan Lembaga Peperiksaan Malaysia, Datin Nawal Salleh berkata, perkara itu merupakan format baharu bagi peperiksaan UPSR yang diperkenalkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).

Beliau menjelaskan, ini bermakna pada tahun depan, calon peperiksaan bagi sekolah kebangsaan (SK) dan sekolah jenis kebangsaan (SJK) akan memiliki enam hingga lapan gred dalam keputusan UPSR berbanding lima hingga tujuh gred atau bergantung kepada jumlah mata pelajaran yang diambil.

Beliau berkata, turut diubah adalah kertas peperiksaan bagi mata pelajaran Sains yang telah dipecahkan kepada dua bahagian iaitu kertas satu (objektif) dan kertas dua (subjektif), bagaimanapun gred bagi kertas itu masih kekal satu. (Baca lagi...)


Format Mata Pelajaran Bahasa
Format Mata Pelajaran Matematik
Format Mata Pelajaran Sains
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Bahasa Cina
Bahasa Tamil
Matematik SK
Matematik SJKC
Matematik SJKT
Sains SK
Sains SJKC
Sains SJKT

SEMUA SEKOLAH DI MELAKA DAN JOHOR DITUTUP ESOK

Semua sekolah di Melaka dan Johor diarah ditutup esok susulan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat.
 
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan keputusan itu dibuat berdasarkan pemantauan IPU di seluruh negara sehingga pukul 4 petang hari ini menunjukkan Johor dan Melaka mencatatkan bacaan IPU tidak sihat iaitu 101-200 dan sangat tidak sihat iaitu 201-300.
  
Menurut kementerian itu, penutupan akan melibatkan sejumlah 1,178 buah sekolah dan 618,326 orang pelajar di Johor serta 314 buah sekolah dan 156,635 orang pelajar di Melaka.
  
Sehubungan itu, katanya, pihak jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah bagi negeri dan bahagian terlibat hendaklah memaklumkan kepada sekolah-sekolah dan ibu bapa di kawasan masing-masing mengenai penutupan itu dengan kadar segera. - Bernama
 

Sunday, September 27, 2015

KERTAS PSRA ESOK DITANGGUH

Kertas peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) yang dijadualkan esok (Isnin) ditangguh ke tarikh lain dan semua sekolah di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ditutup esok.

Timbalan Pengarah JAIS, Ahmad Zaki Arsad dalam satu kenyataan berkata, tindakan itu adalah berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatat bacaan pada paras Sangat Tidak Sihat hari ini.

Beliau menjelaskan peperiksaan hanya akan bermula pada hari Selasa ini menerusi kertas Bahasa Arab (Kod BA02) pada pukul 2.40 petang dan tarikh baharu bagi kertas pertama peperiksaan itu akan dimaklumkan dalam masa yang terdekat.

Ahmad Zaki turut meminta semua pentadbir sekolah yang terlibat memaklumkan kepada ibu bapa, calon PSRA dan pihak terlibat berhubung perkara itu secepat mungkin.

Sumber : Sinar Harian Online (27/09/2015)

KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - TINDAKAN MENANGANI MASALAH JEREBU DI SEKOLAH

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin memaklumkan bahawa berdasarkan pemantauan berterusan di seluruh negara menerusi bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada hari ini 27 September 2015 mendapati beberapa buah negeri dan bahagian menunjukkan bacaan IPU yang tidak sihat (IPU 201-300).

Sehubungan itu, KPM memaklumkan bahawa semua sekolah di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Bahagian Sri Aman, Kuching dan Samarahan di negeri Sarawak perlu ditutup pada 28 September 2015 (Isnin). Pihak Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah bagi negeri-negeri dan Bahagian tersebut hendaklah memaklumkan kepada sekolah-sekolah dan ibu bapa di kawasan masing-masing akan penutupan ini dengan kadar segera.

Terima kasih.

Kementerian Pendidikan Malaysia
27 September 2015

Saturday, September 26, 2015

HARI RAYA AIDILADHA 2015 DI KELANTAN & TERENGGANU

Membeli keropok segera di kilang keropok di Kampung Laut, Kelantan.
Melawat sepepu yang baharu bersalin anak perempuan kembar di Pasir Mas.
Makan sotong dan udang celup tepung di Pantai Penarik.
Berhenti rehat di Pantai Penarik untuk ke Kuala Terengganu.
Melaksanakan ibadah korban dan akikah di rumah adik di Kuala Terengganu.

Wednesday, September 16, 2015

SEKOLAH SELANGOR, KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA, NEGERI SEMBILAN DAN MELAKA DIBUKA SEMULA

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berterusan memantau status terkini bacaan IPU berkaitan keadaan jerebu yang melanda negara ketika ini. Berdasarkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan pihak sekolah perlu memberhentikan segala aktiviti-aktiviti luar bilik darjah bila bacaan IPU melebihi 150.  Kawasan di mana bacaan IPUnya melebihi 200 pula sekolah-sekolah perlu ditutup.
 
Pada 15 September 2015 (Selasa), sebanyak lima buah negeri iaitu Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka telah diminta menutup sekolah kerana bacaan IPU di negeri-negeri berkenaan menunjukkan bacaan yang sangat tidak sihat.
 
Setelah meneliti bacaan IPU di seluruh negara sehingga jam 4 petang pada 16 September 2015, maka KPM ingin memaklumkan bahawa semua sekolah di seluruh negara termasuk 5 buah negeri berkenaan hendaklah dibuka semula bermula esok iaitu 17 September 2015. Walau bagaimana pun, semua Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah hendaklah terus memantau maklumat bacaan IPU yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh pihak berwajib, serta boleh mengambil tindakan sewajarnya di peringkat masing-masing berdasarkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan tersebut.
 
Dalam hal ini, KPM juga ingin mengingatkan para ibu bapa bahawa sekiranya mendapati kesihatan anak-anak mereka terjejas akibat jerebu khususnya bagi anak-anak yang ada masalah pernafasan maka tidak perlu menghantar anak-anak mereka ke sekolah, dan perlu memaklumkannya kepada pihak sekolah.

Monday, September 14, 2015

SEKOLAH SELANGOR, KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA, NEGERI SEMBILAN DAN MELAKA DITUTUP

KUALA LUMPUR - Semua sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka ditutup hari ini berikutan keadaan jerebu yang semakin teruk.

"IPU (Indeks Pencemaran Udara) menghampiri 200. Semua sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka ditutup esok 15.9.2015," menurut kenyataan Kementerian Pendidikan lewat malam tadi.‎

Pada satu majlis di Sintok, Kedah petang semalam, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata sekolah hanya akan ditutup apabila IPU mencecah 200 dan Kementerian Pendidikan tidak bercadang menurunkannya kepada tahap IPU 150 sebagaimana diminta oleh beberapa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Katanya penetapan tahap IPU pada 200 sebelum sekolah-sekolah ditutup itu merupakan prosedur yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan serta Jabatan Alam Sekitar. - Bernama

Sumber : Sinar Harian Online (15/10/2015)

Tuesday, September 8, 2015

LANGKAH-LANGKAH KESIHATAN DAN KESELAMATAN MURID BERKAITAN JEREBU

Merujuk kepada surat daripada Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia bernombor rujukan KP/KPPM(18) bertarikh 7 Ogos 2013 bahawa Mesyuarat Jemaah Menteri pada 28 Jun 2013 telah bersetuju supaya sekolah-sekolah ditutup jika tahap Indeks Pencemaran Udara (IPU) berada pada paras 200 dan ke atas bagi satu-satu kawasan. 

Justeru itu, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) diarahkan supaya mengambil langkah-langkah wajar bagi menjamin kesihatan dan keselamatan murid-murid di sekolah-sekolah yang berada di dalam kawasan jerebu yang kritikal.

Sila rujuk jadual tafsiran Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar di bawah ini : -

Indeks (IPU)
Status
0 – 50
Baik
51 – 100
Sederhana
101 – 200
Tidak Sihat
201 – 300
Sangat Tidak Sihat
>301
Berbahaya

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah diingatkan supaya mengambil langkah-langkah berikut jika fenomena berjerebu melanda kawasan atau daerah di mana sekolah itu berada.

Monday, September 7, 2015

PERJUANGAN UPSR 2015 BERMULA

Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2015 telah bermula dengan rasminya. Semua sekolah di Malaysia telah mula sibuk menguruskan murid-murid Tahun 6 yang menduduki peperiksaan. Guru-guru Tahun 6 rasa resah dan gelisah mengharapkan jawapan yang diberikan oleh anak didik mereka memberikan jawapan yang terbaik.

Setiausaha peperiksaan UPSR juga sibuk menguruskan keperluan murid agar mencukupi dan memastikan kehadiran murid mencukupi. Para pengawas yang bertugas juga telah mula menjalankan tugas dengan penuh rasa bertanggungjawab bagi memastikan kertas soalan UPSR pada tahun ini tidak dibocorkan.

Pentadbir sekolah sentiasa memantau keperluan murid, guru, setiausaha peperiksaan dan pengawas peperiksaan mencukupi dan dijaga. Mereka akan memberikan yang terbaik bagi menjaga nama baik sekolah terperlihara sekaligus disanjungi.

Kepada semua calon UPSR 2015 berjuanglah demi masa depan yang cemerlang. Kejayaan sekarang akan mencerminkan masa depan yang gemilang. Selamat menjawab soalan UPSR dengan jayanya.