Sunday, April 17, 2016

RASIONALISASI SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN DI BAWAH SISTEM SARAAN MALAYSIA

Bermula 1 Julai 2016, semua penjawat awam diberi pilihan untuk menerima atau menolak tawaran terhadap 252 skim perkhidmatan awam yang ditambahbaik, kata Ketua Setiausaha Negara. Beliau mengulas rasionalisasi skim perkhidmatan awam akan memberi kesan kenaikan gaji dan gred termasuk gaji permulaan minima sebanyak RM1, 200 dalam sektor awam.

Maklumat lanjut boleh layari laman sesawang Jabatan Perkhidmatan Awam 

Sumber : Kongress Persatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS)

Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 - Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia.

Sunday, April 10, 2016

PERMOHONANAN PERTUKARAN GURU SESI JUN 2016


Permohonan pertukaran guru antara bahagian/negeri, antara daerah dan dalam daerah bagi sesi Jun 2016 untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan gred DG29, DG32 (KUP Time-based), DG34 (KUP Time-based) dan DG41, DG42, DG44 (KUP Time-based), DG48 (KUP Time-based), DG52 (KUP Time-based) dan DG54 (KUP Time-based) telah dibuka mulai 1 hingga 25 April 2016.

Bagi guru-guru yang berkenaan, boleh mula mendaftar dahulu sebelum mengisi borang secara dalam talian. Setelah permohonan dibuat, Guru Besar akan membuat pengesahan mengikut sekolah masing-masing. Semoga berjaya.

Sila klik pautan e-GTukar KPM

PENGOPERASIAN SEKOLAH SEMASA FENOMENA EL NINO DAN GELOMBANG HABA (KPM - 10 APRIL 2016)


Sunday, April 3, 2016

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN GRED DG34/DG32/DG29/DG41/DG42 BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sukacita dimaklumkan bahawa, terdapat kekosongan jawatan Pegawai Teknologi Pendidikan Gred DG34/DG32/DG29/DG41/DG42 di Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Bahagian ini mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang mempunyai kelulusan Gred DG34/DG32/DG29/DG41/DG42 untuk memohon jawatan tersebut. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang berkelayakan di bawah pentadbiran Y. Bhg. Dato'/Datuk/Tuan/Puan boleh mengemukakan permohonan bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut. Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga. 

Tarikh tutup permohonan adalah sebelum atau pada 22 April 2016.

Maklumat lanjut, sila layari www.moe.edu.my/btp.

77 BUAH SEKOLAH DI SABAH DITUTUP AKIBAT JEREBU

KOTA KINABALU, 3 April - Sebanyak 77 buah sekolah di tiga daerah di negeri ini diarah tutup esok berikutan jerebu akibat kebakaran hutan yang berlaku sejak beberapa minggu yang lalu.

Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Maimunah Suhaibul berkata, tiga daerah yang terlibat adalah Beaufort, Kuala Penyu dan Papar.

Menurutnya, daerah Beaufort mencatat jumlah penutupan sekolah paling banyak iaitu 53 buah diikuti Kuala Penyu (14) dan Papar (10).

"Penutupan sekolah ini melibatkan seramai 9,365 pelajar sekolah menengah dan 11,648 murid sekolah rendah."

"Buat masa ini sekolah akan ditutup selama sehari iaitu Isnin namun pemantauan akan dilakukan bagi menentukan tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan hari ini di sini."

Maimunah menambah, penutupan sekolah-sekolah ini dibuat hasil tinjauan pihaknya dan mendapati jarak penglihatan di kawasan terlibat amat terhad.

Kata beliau, Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang direkodkan Jabatan Alam Sekitar pada semalam di kawasan Membakut berada pada paras 279.

"Sehubungan itu, keputusan dibuat untuk menutup sementara sekolah selama sehari atas faktor kesihatan para pelajar dan murid," katanya.

Utusan Malaysia Online - 4 April 2016