Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Thursday, August 11, 2016

KEMPEN KESEDARAN KESIHATAN PENDENGARAN DAN PERTUTURAN 2016


Kempen Kesedaran Kesihatan Pendengaran dan Pertuturan yang dianjurkan oleh Unit Audiologi, Hospotal Putrajaya telah datang berkunjung ke SK Bukit Tampoi (A) pada 11 Ogos 2016 (Khamis). Seramai 18 orang kakitangan hospital telah datang beserta pelbagai peralatan pendengaran dan pertuturan untuk menguji pendengaran dan pertuturan murid-murid di sekolah ini.


Di samping itu, pelbagai aktiviti sampingan yang diadakan. Antara aktiviti yang diadakan adalah seperti senamrobik, sukaneka, kuiz, pertandingan mewarna dan ceramah kesihatan. Selain itu, mereka turut menyediakan makanan dan minuman untuk semua kakitangan dan murid SK Bukit Tampoi (A).


Di akhir program, para pemenang diraikan dengan pemberian hadiah yang turut disedikan oleh pihak hospital. Murid-murid SK Bukit Tampoi (A) sangat gembira dengan kehadiran mereka di sini. Walaupun tujuan utamanya adalah untuk pemeriksaan kesihatan tetapi aktiviti sampingannya membuatkan murid leka seketika. Syabas dan tahniah kepada kakitangan Unit Audiologi, Hospital Putrajaya kerana sudi menganjurkan kempen sebegini di sekolah kami.

Wednesday, July 8, 2009

Sakit Tekak

Semalam aku telah pergi ke sebuah klinik kerajaan di sekitar Lembah Pantai. Sudah agak lama aku tidak pergi ke klinik kerajaan untuk pemeriksaan. Kali ini aku pergi ke sana adalah untuk membuat pemeriksaan tekak.

Pada pagi semalam (7/7/09) selepas aku bangun dari tidur, aku dapati suaraku tidak dapat keluar seperti biasa. Sehari dua ini memang aku dapat rasakan tekakku agak kering dari biasa. Jadi aku telah beritahu pihak sekolah tempat aku bekerja untuk meminta kebenaran untuk pergi ke klinik untuk membuat pemeriksaan.

Selepas diperiksa, kerongkong dalam mulutku telah membengkak. Selepas doktor menulis perskripsi ubat yang aku perlukan, beliau telah meminta aku untuk berjumpa dengan ketua doktor untuk mendapatkan kebenaran cuti sakit. Beliau telah memberikan sehari untuk cuti sakit. Cuti yang telah diberikan oleh doktor tersebut aku gunakan untuk berehat secukupnya.

Kepada anda semua, aku harapkan agar jagalah kesihatan diri. Maklumlah cuaca sekarang yang agak berjerebu, kering dan panas mungkin membawa penyakit yang tidak pernah kita undang. Jadi berwaspadalah.

Wednesday, April 29, 2009

Check-up

Semalam aku telah membawa keluargaku ke klinik swasta. Tujuan aku ke sana adalah untuk membuat pemeriksaan kandungan anakku yang ketiga. Di samping itu, anakku yang bongsu, Amirul Fahmi akan mendapatkan suntikan yang terakhir, suntikan 5 serangkai.

Dalam perancangan, aku ingat nak tengok bayi dalam kandungan isteri kesayanganku. Malangnya doktor menasihatkan kami agar melakukan scanning pada bulan depan sebab kandungan isteriku baru menjangkau 4 bulan. Walaupun kecewa, kami tetap bersyukur kerana kandungan isteriku berada dalam keadaan baik. Alhamdulillah.

Anakku, semasa mendapat suntikan tersebut dia tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Selepas pulang ke rumah barulah dia menangis sebab bekas suntikan tersebut. Sehingga malam menjelang, dia sentiasa menangis. Dia akan berhenti apabila didukung atau diusap belakang atau punggungnya. Kesian, anakku Amirul.

Selsema

Kesihatan adalah penting bagi setiap makhluk yang hidup. Dengan tersebarnya virus selsema babi di seluruh dunia kini aku berasa risau. Walaupun hari ini aku menghidap selsema biasa. Ia telah menjadi kebimbangan besar bagi diriku.

Aku juga telah mendapat maklumat, anak kepada rakan sekuliahku, Pn, Raba'ah akan menjalani pembedahan kaki. Kaki anaknya agak teruk selepas terlibat dengan kemalangan di kuarters tempat tinggalnya. Semoga pembedahan tersebut akan berjalan dengan lancar dan berjaya hendaknya.

Di sini aku ingin nasihatkan kepada semua, jagalah kesihatan diri dan keluarga anda. Semoga mereka yanng anda sayangi dilindungi Tuhan. Amin.