Saturday, February 19, 2011

KERJA YANG PERLU DISIAPKAN MINGGU HADAPAN

Pada minggu hadapan merupakan minggu yang sibuk kerana ada 3 tugas yang perlu dibereskan dengan kadar segera. Berikut adalah tugas yang mesti dibereskan.

1. Pendaftaran murid ke Pertandingan Balapan dan Padang MSSD Petaling 2011
2. Kertas soalan untuk Ujian BUlanan 1
3. 3 tugasan OUM yang perlu dihantar pada 1 hingga 7 Mac 2011

Dalam masa yang amat suntuk ini aku mesti bertungkus-lumus untuk menyelesaikan semuanya. Harap aku dapat menyelesaikannya dengan bantuan dan sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan.

Saturday, January 29, 2011

MALAYSIA IT FAIR 2011 DI MID VALLEY

Selepas selesai Larian Merentas Desa Peringkat Sekolah di SKS2BK, aku telah pergi ke Mid Valley. Tujuan aku ke sana adalah untuk ke Malaysia IT Fair yang diadakan mulai hari ini sehingga esok. Pada pemerhatian aku, IT Fair ini dikelolakan oleh Karspesky. Karspesky menawarkan belian atas belian. Jika anda membeli antivirus keluaran syaikat tersebut sama ada KAV atau KIS anda akan memperoleh 1 unit KAV PERCUMA!!!. Selain daripada itu, anda juga akan memperoleh angpau Jackie Chan, Chinese Zodiak dan beg Menghijaukan Bumi. Anda juga berpeluang untuk mendapatkan pendrive 4GB dengan harga RM1 sahaja jika anda membeli KIS 2011. Aku harap info ini membantu buat sesiapa yang nak beli produk Karspesky 2011.

Sunday, January 23, 2011

TABLET UNTUK PRODUKTIVITI


Tablet PC dijangka menjadi alat ICT yang terhebat pada tahun 2011. Ia bukan sahaja kecil dan ringan tetapi yang paling menarik adalah kepelbagaian fungsinya kepada pengguna. Berikut adalah beberapa fungsi yang perlu ada pada sebuah Tablet PC.

1. Simpan dalam beg
Berikutan cirinya yang mudah alih dan fleksibel, anda boleh membawa dan menggunakan Tablet PC di mana jua.

2. Mobiliti dalam Persekitaran Kerja
Gunakan Tablet PC untuk pelbagai tugas kerja. Misalnya, guru boleh menggunakan Tablet PC untuk persediaan pengajaran hariannya.

3. Baca Buku
Tablet PC merupakan cara terbaik untuk anda membaca kandungan digital seperti E-Majalah, Ebook, dokumen PDF dan sebagainya.

4. Ikuti Berita
Membaca akhbar adalah sesuatu yang penting pada waktu pagi. Dapatkannya secara online sebelum ia dijual di kedai.

5. PowerPoint
Anda boleh menyunting atau menyudahkan persembahan slaid PowerPoint dengan mudah.

6. Lakaran Kreativiti
Aktiviti melakar adalah lebih mudah dengan menggunakan pen digital.

7. Ambil Nota
Anda boleh menggunakan kekunci terbina atau menulis terus ke Tablet PC.

8. Mesyuarat
Membolehkan anda mengambil nota dan mengikuti perjalanan mesyuarat dengan lebih baik.

9. Ucapan
Tablet PC juga dipasang perisian pengesan suara yang menukarkan pengucapan kepada perkataan.

10. Borang
Pengisian borang dengan Tablet PC dapat menjimatkan kertas dan kos operasi.

11. Log Perbatuan
Gunakan Tablet PC untuk menyimpan segala rekod perbatuan terus dalam bentuk digital.

12. Resipi di Dapur
Gantungkan Tablet anda di dinding untuk memasak resipi masakan kegemaran anda.

13. Album Foto
Gunakan Tablet PC untuk menunjukkan gambar kenangan anda kepada teman.

14. Menonton tayangan
Tidak perlu pemain DVD untuk memainkan tayangan. Hanya perlu muat turun dan tonton pada Tablet PC.

15. Peta Minda
Tablet juga memberi anda kemampuan melakar peta minda. Gunakan program Paint, Word atau pasang perisian lain yang bersesuaian.

16. Sembang
Sama ada menggunkana Yahoo! Messenger atau Windows Live, anda juga boleh bersembang menggunakan Tablet.

17. Jadual
Hanya gunakan program Kalendar, klik ikon dan jadual anda akan dipaparkan.

18. Diari
Sama seperti mengambil nota, anda juga boleh mencatat warna-warni kehidupan anda pada diari digital di Tablet PC.

19. Tulis dan Terbit
Rekabentuk dan keupayaan skrin anda membolehkan anda memasukkan teks dengan cepat.

Maklumat diperolehi daripada Majalah PC keluaran Februari 2011

Tuesday, January 18, 2011

HARI THAIPUSAM

Pada 20 Januari 2011 (Khamis), kaum India akan menyambut perayaan Hari Thaipusam. Hari tersebut merupakan hari cuti umum seluruh Malaysia. Oleh yang demikian, semua premis kerajaan akan bercuti selama 1 hari sahaja agar kaum India khususnya dapat merayakan perayaan tersebut. Ia akan dibuka semula seperti biasa pada keesokkannya iaitu pada 21 Januari 2011 (Jumaat). Selamat menyambut Hari Thaipusam kepada semua sahabat handai dan rakan taulan yang berbangsa India di Malaysia mahupun di mana jua anda berada.

Saturday, January 15, 2011

MAJLIS PERPISAHAN PN. NAFISAH BT. SALLEH


Pada 14 Januari 2011 (Jumaat) yang lalu, SKS2BK telah mengadakan majlis perpisahan buat Pn. Nafisah, Pn. Juliana dan Pn. Jamalah. Malangnya hanya Pn. Nafisah sahaja yang hair pada majlis tersebut. Beliau telah berpindah ke sekolah baharu iaitu SK Taman Desaminium, Seri Kembangan. Sampai berjumpa lagi dan selamat bertugas di tempat baharu bersama kakitangan baharu.

Tuesday, January 11, 2011

MALAYSIA IT FAIR 2011


Kepada semua peminat IT. Ini adalah peluang anda untuk mendapatkan pendrive 4GB pada harga RM1 sahaja. Bersama-samalah kita ke Mid Valley pada 28 hingga 30 Januari 2011.

Sunday, January 9, 2011

FINALIS AJL 2010













Senarai Finalis AJL 2010

1)Hanyut – Audi Mok/Faizal Tahir/Faizal Tahir
2)Kebahagiaan Dalam Perpisahan – Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim/Shahir AF8
3)Noktah Cinta – Ajai/Sheikh Qalam/Hafiz AF7
4)Drama King – Taja/Teja/Meet Uncle Hussain
5)Ku Ada Kamu – Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim/Adira AF8
6)Cinta Sempurna – Yuna
7)Pelita – Loque/Loque/A.P.I
8)Berlari – Shazzy Ishak/Tomok
9)Sofea Jane – Iswandy/Sham/Black Mentor
10)Mencari Konklusi – Noh/Noh/Hujan
11)Selamat Malam – Audi Mok/Faizal Tahir
12)Ekstravaganza – Sam/Bunkface
13)Jahat – Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim/Stacy
14)Tolong Ingatkan Aku – Ana Raffali

Antara mereka siapakah yang akan dinobatkan sebagai Juara AJL Ke-25 ini?

Saturday, January 8, 2011

MAJLIS PERSANDINGAN DUA PUPU






Aku memanggilnya, Ayol. Anak bongsu daripada empat adik-beradik. Tiga orang kakaknya telah berumahtangga dan mempunyai cahaya mata. Dia selamat diijabkabulkan dengan Ila, gadis Dato' Keramat, Kuala Lumpur. Selamat berbahagia kepada Ayol dan Ila. Semoga kekal ke anak cucu.

Wednesday, December 29, 2010

TAHNIAH HARIMAU MALAYA


Sila dapatkan berita lanjut daripada Utusan Online

KERTAS AKHIR OUM 2010

Hari ini adalah hari terakhirku menduduki peperiksaan OUM pada tahun ini. Kertas yang aku ambil adalah kertas Morfologi dan Sintaksis. Aku berharap aku boleh menjawabnya dengan baik. Selepas ini barulah aku akan berasa lega kerana beban peperiksaan telah berakhir.

Pada tahun 2011, aku akan berdepan dengan pelbagai tugasan yang lebih mencabar minda dan emosiku. Selamat tahun baru kepada semua sahabat handai dan keluarga tersayang.

Thursday, December 23, 2010

KEPUTUSAN PMR 2010 TELAH KELUAR

23 Disember 2010, Khamis - Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengumumkan keputusan PMR 2010. Keputusan tersebut boleh diperoleh di sekolah masing-masing mulai hari ini. Daripada maklumat yang diperoleh, terdapat mata pelajaran yang mengalami peningkatan seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Mathematics dan Sains. Tahniah di atas kejayaan para pelajar yang berjaya mendapat keputusan cemerlang. Bagi pelajar yang kurang berjaya, masih ada peluang sebelum menduduki peperiksaan SPM nanti.

Maklumat lanjut boleh diperoleh di laman sesawang KPM berikut :
http://www.moe.gov.my/

Wednesday, December 22, 2010

PESTA BELI BUKU



Hari ini aku dan keluargaku telah pergi ke Pesta Buku Kanak-Kanak 2010. Aku telah pergi ke sana seawal 10 pagi untuk mengelakkan kesesakan lalu-lintas. Ternyata strategiku berhasil. Aku sampai pada jam 10.45 pagi. Alhamdulillah, jalan tak sesak pengunjung juga tidak ramai.

Sesampainya di pesta buku tersebut, buku yang kami beli adalah buku Ultraman yang semestinya buat anak lelaki ku, si Amirul Fahmi. Seterusnya kami telah singgah di gerai PTS. Mereka menawarkan 20% diskaun untuk produk syarikat mereka. Anda boleh dapatkan kupon diskaun tersebut pada pautan yang telah saya tautkan bersama tatapan sebelum ini atau anda boleh dapatkan ia di pintu masuk pesta tersebut.

Aku telah membeli senaskhah buku di gerai PTS. setelah membuat pembayaran aku diberikan dengan barangan percuma berupa senaskhah buku lain dan beberapa keping penanda buku. Isteriku pula membeli beberapa naskhah buku masakan dan buku agama. Anakku, Aisyah membeli set mewarna dengan pasir serta beberapa naskhah buku latihan yang boleh digunakan untuk mengisi masa lapangnya di rumah.

Kami sungguh gembira berada di sana. Walau bagaimanapun kami agak terkilan kerana anak-anakku teringin untuk menyaksikan aksi-aksi badut mahupun maskot-maskot syarikat tertentu. Mungkin kami akan mempunyai peluang bertemu mereka di lain masa.

Laptop Baharu














Laptop merupakan suatu keperluan pada masa kini. Dengannya kita dapat memudahkan kita menyelesaikan banyak kerja. Dengan sedikit pengetahuan yang aku ada tentang komputer, aku telah membantu kawan sekerjaku untuk mendapatkan sebuah laptop baharu.

Aku telah pergi ke Plaza Low Yatt untuk mendapatkan harga yang terbaik untuk sebuah laptop. Memandangkan bulan ini merupakan cuti sekolah, memudahkan kerjaku untuk membuat pilihan yang lebih tepat dan baik.

Laptop yang telah aku pilih ialah sebuah notebook bersaiz 14" berjenama Dell. Ia menggunakan pemprosesan Core-i3 380M, 2GB RAM dan 500GB cakera keras. Harga yang ditawarkan pula adalah amat berpatutan. Setelah aku membuat tinjauan aku dapati harga RM1899 adalah yang terbaik.

Dengan spesifikasi seperti yang di atas, harga laptop tersebut boleh mencecah RM2299. Alhamdulillah, kerana dengan izinnya aku telah berjaya mendapat yang terbaik.