Monday, November 14, 2011

KURSUS P&P MENGGUNAKAN ICT

Aku telah menghadiri Kursus P&P Menggunakan ICT pada 14 hingga 16 November 2011. Kursus ini diadakan di Permaisuri Resort, Port Dickson. Kursus ini telah dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Selangor. Isi kandungan kursus tidak diberitahu dalam surat edaran. Akku harap dapat menambahkan ilmu dalam bidang ICT ini.

Sunday, November 13, 2011

KEJOHANAN BADMINTON PIALA DATO' SATIM DIMAN

Pada 13 November 2011 (Ahad)yang lalu aku telah menyertai kejohanan badminton. Kejohanan ini telah dianjurkan oleh Dato' Satimbin Diman ADUN N29 Sri Serdang. Beliau turut berbesar hati untuk merasmikan acara tersebut. Acara perasmiannya adalah dengan bermain satu set permaian bersama pengerusi dan ajk yang lain.

Permainan ini dimaninkan secara liga berkumpulan. Ini bermakna aku bermain di bawah nama sekolah ku, SK Seksyen 2 Bandar Kinrara. Pasukan yang dalam kumpulan kami terdiri daripada SK Seksyen Bandar Kinrara 1, SK Pusat Bandar Puchong 1 dan SK Puchong Perdana.

Keputusannya, atlet wanita kami telaah berjaya memenangi acara bergu dalam salah satu permainan tersebut. Tahniah diucapkan kepada mereka. Kesimpulannya, kami memerlukan banyak latihan sebelum boleh menyertai mana-mana permainan.

Friday, September 30, 2011

KURSUS KSSR PJ THN 2

Kursus yang aku ikuti dijalankan selama seminggu. Kursus ini diadakan di SK Jalan U3, Subang Perdana. Di sini, aku diperkenalkan dengan konsep KSSR, perbezaan antara KBSR dengan KSSR, standard pembelajaran dan pelbagai lain perkara baharu yang beluj aku pelajari sebelum ini. Aku juga diberikan latihan praktikal tentang teknik-teknik terkini tentang KSSR ini. Banyak pembaharuan dan penambahbaikan yang aku dapati semasa mengikuti kursus ini. Bagi aku, kursus ini amat menepati dan bersesuaian dengan ilmu pendidikan yang terkini. Aku berharap dengan adanya ilmu yang aku peroleh, dapatlah kiranya aku berkongsi dengan rakan-rakanku yang lain tentangnya.

Monday, July 18, 2011

SEMAKAN KEPUTUSAN KENAIKAN PANGKAT 2011

Keputusan kenaikan pangkat untuk kumpulan sokongan bergred DGA29 dan kumpulan profesional DG41 telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Semakan keputusan kenaikan pangkat boleh dibuat melalui aplikasi online di laman sesawang KPM. Untuk ke laman sesawang KPM, sila klik di sini.

Monday, May 30, 2011

KUALA KANGSAR BANDAR DI-RAJA PERAK




Sinonim dengan namanya, Kuala Kangsar adalah sebuah bandar yang meningkat naik. Aku dan keluarga ke sana semata-mata untuk berkunjung ke rumah kawan lama yang sudah sekian lama tidak ku temui. Dahulunya dia mengajar di sekolah yang sama dengan aku juga isteri tercinta, Sekolah Kebangsaan Seri Mega. Cikgu Asrul yang terkenal dalam kalangan murid-murid pemulihan sekolah tersebut kini telah menetap di rumah baharunya di Kuala Kangsar, Perak.

Kebetulan aku ke Pulau Pinang baru-baru ini, aku singgah sebentar ke rumahnya. Keluarganya menyambut aku dan keluarga dengan penuh ramah dan mesra. Maklumlah sudah lama tidak berjumpa. Isteri dan juga dua orang cahayamatanya serta seorang anak kepada kakaknya ada di rumah.

Kami saling bertegur sapa serta bercerita tentang kisah-kisah lama serta maklumat terkini tentang guru-guru di SKSM. Kelihatan susuk tubuhnya agak susut berbanding dahulu. Menurutnya dia berkeadaan begitu adalah kerana kerja sambilan yang dia buat, iaitu menoreh getah. Kebun getah tersebut adalah milik mentuanya yang tidak jauh dari rumahnya. Dia akan ke kebun untuk menoreh jika ada kelapangan seperti di hujung minggu atau cuti panjang.

Aku bangga dengan pencapaian sahabatku ini. Dia telah berjaya mengemudi rumahtangganya dengan cermat dan berhemah. Aku doakan agar dia dan keluarganya akan dimurahkan rezeki dan diberkati Ilahi. Amin.

Sunday, May 29, 2011

ROMBONGAN KE PULAU PINANG 2011






Pada 28 Mei 2011 (Sabtu) yang lalu aku dan keluarga telah mengikut rombongan mentua ku ke Pulai Pinang. Tujuan kami ke sana adalah untuk menghantar adik iparku, Anuar ke UiTM Seberang Prai. Kebetulan hantar Si Nuar ni, kami singgah sekali ke rumah Ina yang tinggal berdekatan dengan kolej UiTM. Petang tu, kami pergi makan angin di sekitar Seberang Prai dan Pulau Mutiara. Buah tangan yang kami beli cuma jeruk buah-buahan aje. Selepas membeli-belah kami ke Padang Kota. Dulu ada gerai makan-makan tetapi kini hanya tempat tengok pantai dan kapal-kapal yang berlabuh sahaja. Seronok juga bila menaiki feri dengan kereta. Teruja rasanya. Keesokannya kami pulang secara berasingan. Aku sekeluarga pulang dulu. Itu Cerita untuk esok. Mak dan abah pulang jam 1 petang. Si Amin tinggal di rumah Ina kurang lebih seminggu. Dia akan balik Puchong dengan Ina pada minggu depan semasa cuti DYMM Yang Di-Pertuan Agong. Kami sampai di rumah lepas maghrib. Penat badan-badan aku tapi seronok sungguh.

Friday, May 6, 2011

PAMERAN DINASOUR 2011





Pada hujung minggu yang lepas, kami sekeluarga telah berkunjung ke Pusat Sains Negara yang terletak di Mont Kiara. Di sana, kami telah menyaksikan pameran dinasour. Aisyah, Amirul dan Aina sungguh teruja menyaksikan ia beraksi.

FUN FAIR BANDAR BARU NILAI



Thursday, April 14, 2011

PIKOM PC FAIR 2011


Pameran komputer terbesar di Malaysia kembali lagi ke Kuala Lumpur. Ia akan diadakan dari 15 hingga 17 April 2011 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Kepada peminat-peminat ICT jom kita beramai-ramai ke sana untuk melihat dan mendapatkan gadget terbaharu. Untuk maklumat lanjut sila layari laman sesawang berikut pikom.org.my

Thursday, April 7, 2011

PESTA BUKU ANTARABANGSA 2011


Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 kini sudah kembali. Mari kita ramai-ramai hebohkan berita baik ini. 22 April hingga 1 Mei 2011. Pelbagai buku daripada pelbagai penerbit dipamerkan. Jangan lepaskan peluang ke pesta buku terbesar Asia Tenggara ini. Masukkan tarikh-tarikh ini ke dalam kalendar tuan dan puan. Sila layari laman sesawang KLIBF 2011, Kuala Lumpur.

Sunday, April 3, 2011

BANGGA MENJADI SEKOLAH ANGKAT YAYASAN

Pada perjumpaan khas antara ibu bapa dengan guru-guru Tahun 6 pada 3 April 2011 (Ahad) yang lalu telah menyaksikan suatu berita baik. SKS2BK telah diambil sebagai sekolah angkat kepada Yayasan Pendidikan Puchong. Sebagai permulaan, sekolah akan menerima peruntukan pertama berupa sumbangan kewangan untuk aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan oleh sekolah bagi meningkatkan prestasi sekolah terutamanya dalam bidang akademik.

Peruntukan yang berjumlah RM10 000 akan dimasukkan ke dalam akaun PIBG sekolah manakala RM5 000 pula akan dimasukkan ke dalam akuan Kelab Staf. Peruntukan tersebut telah dinyatakan oleh YB Dato Dr. Hj. Satim Diman selaku Adun Sri Serdang.

Pihak sekolah termasuk para kakitangan, murid-murid dan ibu bapa mengucapkan ribuan terima kasih kerana membantu menambahkan dana untuk meningkatkan prestasi murid-murid sekolah dalam akademik. Kami akan gunakan sumbangan ini dengan sebaiknya untuk kecemerlangan dan kegemilangan sekolah dan murid-muridnya.

PERTUKARAN GURU JUN 2011

Pemberitahuan Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian/Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi Pertukaran Jun 2011 untuk guru DGA 29, DG 41, DG 32 (KUP) dan DG 44 (KUP) melalui e-GTukar akan dibuka mulai 1 hingga 22 April 2011.

Permohonan pertukaran guru bagi Jun 2011 hanya dibuka untuk kes berikut:
1. Mengikut suami/isteri yang berada di negeri yang dipohon.
2. Ancaman keselamatan beserta dengan laporan polis.
3. Kes kesihatan yang kronik bagi pemohon beserta laporan kesihatan daripada pakar hospital kerajaan.

Untuk permohonan sila klik lawan sesawang http://apps.moe.gov.my/epgo