Monday, November 25, 2013

KEPUTUSAN PERTUKARAN GURU BAGI JANUARI 2014


Keputusan Pertukaran Guru Antara Negeri / Bahagian bagi sesi Januari 2014 boleh disemak di Sistem Maklumat Guru Modul e-GTukar mulai jam 9.00 malam pada 25 Nov 2013.

Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian / Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi pertukaran sesi Januari 2014 untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DGA 29, DGA 32 (KUP time based), DGA 34 (KUP time based), DG 41, DG 44 (KUP time based), DG 48 (KUP time based) dan DG 52 (KUP time based) dibuka mulai 01 hingga 30 September 2013. 

Sila semak maklumat anda melalui laman web e-OPERASI. Sekiranya terdapat sebarang pindaan yang perlu dibuat, sila berhubung dengan PK1/PK2/PK3 untuk tindakan pembetulan maklumat dengan segera sebelum sesi pertukaran bermula.

Layari laman sesawang berikut untuk mendapatkan keputusan pertukaran guru.

Thursday, November 7, 2013

LOGO BAHARU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

RASIONAL
Logo ini direka mengunakan huruf ‘Alif’ sebagai konsep teras. Pendekatan mengunakan huruf atau typography adalah berdasarkan pengertian bahawa manusia yang pada masa hidupnya, berada pada jalan yang lurus sebagaimana huruf ‘Alif’ itu. Alif juga membawa pengertian ILMU kerana Allah mengangkat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa darjat. Ilmu juga diklasifikasikan sebagai pengetahuan atau kepandaian yang merangkumi semua bidang yakni duniawi mahupun ukhrawi. Ilmu juga di takrifkan sebagai pemindahan roh atau jiwa daripada kegelapan kepada kecerahan dan sebagai suatu kebenaran dan keyakinan. Logo ini menggunakan dua ‘P’ dan dua ‘Alif’ melambangkan dua peringkat pendidikan iaitu Sistem Sekolah dan Sistem Pengajian Tinggi. Hurup ‘P’ yang bertingkat ke arah Alif melambangkan tahap-tahap kecemerlangan pendidikan Malaysia. Bentuk Bulat melambangkan Malaysia sebagai pusat pendidikan yang bersifat global. Dari segi warna, biru bermaksud profesionalisma dalam sistem pendidikan negara. Kuning keemasan melambangkan kecemerlangan. Putih melambangkan sistem pendidikan yang bermutu tinggi dan membentuk insan yang berkualiti dan berilmu mulia.

Wednesday, November 6, 2013

NAIK TARAF SKIM PENJAWAT AWAM

Terbaru, daripada 1.4 juta kakitangan awam, sejumlah 600,000 penjawat awam akan terlibat sama akan menerima “durian runtuh” apabila bakal menerima kenaikan gaji kakitangan awam naik yang mana akan melibatkan 81 skim perkhidmatan awam kesemuanya. Antaranya :

Senarai 81 Skim Yang Terlibat Dalam Kenaikan Gred Dan 2 Tangga Gaji:-
  1. Pembantu Kawalan Trafik Udara
  2. Pemandu Lokomotif Sabah
  3. Pereka
  4. Pegawai Kebudayaan
  5. Ahli Fotografi
  6. Jurusolek
  7. Pegawai Galian
  8. Pegawai Kimia Bumi
  9. Pegawai Kaji Bumi (Geofizik/Kaji Bumi)
  10. Penolong Pegawai Galian
  11. Penolong Pegawai Kimia Bumi
  12. Pembantu Galian
  13. Pembantu Kaji Bumi
  14. Pegawai Makmal Filem
  15. Penolong Pegawai Makmal Filem
  16. Pembantu Makmal Filem
  17. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah
  18. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma
  19. Pensyarah Perubatan
  20. Pensyarah Pergigian
  21. Pembantu Pegawai Latihan Vokasional/
  22. Penolong Pegawai Latihan Vokasional/
  23. Pegawai Latihan Vokasional
  24. Pengajar Kraf
  25. Pembantu Pertanian
  26. Pembantu Veterinar
  27. Renjer Hutan
  28. Pengajar Membalak
  29. Pengawas Hutan
  30. Pembantu Hidupan Liar
  31. Pembantu Hidupan Liar Rendah
  32. Tukang K1
  33. Tukang K2
  34. Pemandu/ Operator Jentera Pemunggah
  35. Operator Loji
  36. Pekerja Awam Khas
  37. Pekerja Awam
  38. Penyelamat
  39. Pelukis Pelan
  40. Juruteknik Landskap
  41. Juruteknik
  42. Juruteknik Ukur
  43. Juruteknik Perancang Bandar dan Desa
  44. Pembantu Pemeriksa Kilang dan Jentera
  45. Penguasa Bekalan Air
  46. MerinyuTali Air
  47. Pegawai Perhubungan Preman
  48. Penyelia Jeti
  49. Penghantar Notis
  50. Pembantu Kamera
  51. Pemandu
  52. Pemandu Kenderaan
  53. Pembantu Am Pejabat
  54. Pengurus Stesen
  55. Penyelia Jurupakaian
  56. Peniup Kaca
  57. Pegawai Khidmat Pelanggan
  58. Pengawas Pemulihan
  59. Pegawai Penerbitan
  60. Penolong Pegawai Penerbitan
  61. Pembantu Penerbitan
  62. Operator Kamera Offset
  63. Pembuat Plat
  64. Penolong Operator Kamera
  65. Penolong Pegawai Penyelidik Sosial
  66. Pembantu Penyelidik Sosial
  67. Pengurus Asrama
  68. Penolong Pengurus Asrama
  69. Penyelia Asrama
  70. Penolong Pegawai Tadbir Tanah
  71. Pembantu Tadbir Tanah
  72. Pegawai Pemeriksa Paten
  73. Pemandu Enjin (Keretapi Bukit Bendera)
  74. Pembantu Pemuliharaan
  75. Jurulatih Kawad
  76. Pembantu Wartawan/Wartawan
  77. Atendan Kesihatan
  78. Penolong Pegawai Penaksir
  79. Pegawai Aktuari
  80. Pegawai Angkatan Tetap, Angkatan Tentera Malaysia
  81. Askar Laskar Angkatan Tetap, Angkatan Tentera Malaysia
Senarai 81 skim seperti di atas termasuk dalam Bajet 2014 yang mana anda semua akan mula menrima surat tawaran opsyen bermula November 2013 ini. Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Naik dan Kenaikan Gred
  • November 2013 : Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mula dikeluarkan. Mula terima surat tawaran opsyen bagi kenaikan gaji & gred kakitangan awam daripada ketua jabatan masing-masing
  • Disember 2013 : Penjawat awam perlu beri jawapan. Terima atau tidak.
Faedah Dari Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Naik Dan Kenaikan Gred 81 2013 kenaikan taraf skim perkhidmatan gred 1 hingga 10 kepada gred 11 pemberian dua tambahan kenaikan mata gaji pertukaran nama beberapa skim seperti diminta Cuepacs dan kesatuan berkaitan. Jika skim anda belum tersenarai lagi untuk menerima kenaikan gaji dan gred dalam tempoh terdekat ini, Cuepacs sedang berusaha keras untuk membolehkan lebih banyak skim menerima tempias penambaikan dan kenaikan. Termasuklah Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Kastam, Jabatan Imigresen, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta pihak berkuasa tempatan. Skim-skim yang lain tetap akan ada harapan untuk menerima berita kenaikan gaji selepas ini. Nantikan berita gembira tersebut tidak lama sahaja lagi. Apa respon kakitangan awam mengenai berita kenaikan gaji yang terbaru ini ?

Friday, October 25, 2013

BONUS SETENGAH BULAN GAJI BUAT KAKITANGAN AWAM DAN PESARA DALAM BAJET 2014

Kira-kira 1.4 juta penjawat awam akan menerima bonus setengah bulan gaji atau minimun RM500, demikian diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata bagi meringankan lagi beban golongan pesara, kerajaan juga akan memberi Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM250.

"Bayaran bonus dan bantuan khas kewangan ini akan dibayar pada awal Januari 2014," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2014 di Dewan Rakyat hari ini.

Pada Ogos lepas, sebagai persiapan Hari Raya, Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 dan RM250, masing-masing telah dibayar kepada penjawat awam dan pesara.

Bayaran bantuan khas kepada penjawat awam itu adalah untuk Gred 1 hingga Gred 54.

Bagi menghargai sumbangan penjawat awam yang menjadi tulang belakang pembangunan negara, Najib berkata kerajaan juga bersetuju menambah baik sebanyak 81 skim perkhidmatan daripada pelbagai peringkat mulai November ini.

Perdana Menteri berkata pada Julai lepas, kerajaan telah memberi tambahan satu kenaikan gaji tahunan (KGT) melibatkan peruntukan sebanyak RM1.6 bilion.

Di samping itu, katanya kerajaan juga telah memberi tambahan tiga KGT kepada gaji maksimum bagi semua kumpulan perkhidmatan dan telah memanfaatkan 182,434 penjawat awam yang berada pada paras gaji maksimum.

Monday, September 23, 2013

SINGGAH DI PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SKS2BK 2013

SK Seksyen 2 Bandar Kinrara telah mengadakan Perkhemahan Unit Beruniform 2013 pada 20 dan 21 September 2013. Pada waktu yang sama SK Seri Mega pula mengadakan suatu program sukan. Jadi mereka terpaksa menunggu aku selesai bertugas sehingga sesi malam. 
Pada sebelah malamnya, aku telah membawa keluargaku ke SKS2BK untuk berkecimpung dengan aktiviti yang sedang dijalankan. Aktiviti yang dijalankan pada sebelah malam adalah persembahan malam kebudayaan. Aktiviti tersebut diadakan di Dewan Serambi Warisan. Beberapa orang guru telah ditugaskan untuk menjadi hakim di dalam persembahan tersebut.
Manakala di kantin sekolah, para guru dan keluarga masing-masing yang tidak terlibat sama dalam aktiviti tersebut sedang mengadakan aktiviti sampingan iaitu BBQ. Kebanyakan peralatan dan bahan BBQ telah disediakan sendiri oleh guru-guru. Pihak kantin juga berbesar hati menyumbang nasi goreng sebagai hidangan ruji pada malam tersebut. 
Para pasangan guru-guru perempuan telah menyumbangkan tenaga dan keringat membakar bahan-bahan yang telah disediakan oleh isteri masing-masing. Pelbagai hidangan yang disediakan seperti ikan, sotong dan udang. Hidangan yang paling istimewa pada malam tersebut adalah ikan siakap bakar. Wow!!! Terangkat.
Terima kasih kepada semua yang telah bekerjasama menjayakan BBQ tersebut. Semoga ia dapat diulangi pada masa-masa yang akan datang bagi mengeratkan hubungan silaraturrahim antara guru.

Sunday, September 22, 2013

HARI LAHIR YANG MENYEDIHKAN

Aina Faqihah ialah anak perempuanku yang ke-3 daripada 4 beradik. Tanggal 22 September 2013, genaplah usianya 4 tahun. Sepatutnya dia diraikan dengan kek dan makanan ringan di majlis hari lahirnya. Malangnya, dengan ibunya sedang sakit perut kerana keracunan makanan, aku terpaksa memikul tanggungjawab mengemas rumah dan menyediakan makanan untuk keluarga. Maka aku dan isteri hanya boleh mengucapkan selamat ulang tahun kelahirannya sahaja.

Wahai anakku sayang, maafkan ayah kerana tidak dapat meraikan sambutan ulang tahunmu yang ke-4. Mungkin sekarang kau masih mentah dan tidak mengerti apa-apa tetapi apabila kau meningkat dewasa, pasti kau akan mengerti masalah keluarga kita. Ayah dan ibu doakan agar kau dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki sehingga ke akhir hayat. Amin. Selamat Hari Lahir yang ke-4. 

Daripada ayah dan ibu tersayang.

Monday, September 2, 2013

HARGA RON 95 NAIK 20 SEN



Artikel Penuh: 
http://www.utusan.com.my/ © Utusan Melayu (M) Bhd 

Saturday, August 31, 2013

PERTUKARAN GURU SESI JANUARI 2014

Sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian / Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi Pertukaran Sesi Januari 2014 melalui sistem e-GTukar telah dibuka mulai 1 - 30 September 2013. Pemohon boleh mengakses aplikasi e-GTukar ini melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia . Aplikasi ini hanya boleh diakses melalui Internet Explorer sahaja.

Pautan Laman Sesawang e-GTukar KPM : http://apps.moe.gov.my/epgo/

Tuesday, August 27, 2013

BULAN KEMERDEKAAN KE-56

Tema
 
"Negaraku Berdaulat : Tanah Tumpah Darahku"
 
 
Lagu

Lirik lagu

Mara! Kita halilintar
Tiada gentar puncak dunia Malaysia
Sudah bergema kita halilintar
Tiada gentar.. bendera kita terus berkibar
Wira… menggempur musuh
Biarpun lumpuh marak api putera puteri
Kita terus gempur
Bawa semangat negara berdaulat
Malaysiaku kepadamu.. tumpah darahku
Mara… bawa semangat negara berdaulat
Malaysiaku kepadamu.. tumpah darahku
Tanah Tumpah Darahku
Tajuk : Tanah Tumpah Darah Ku
Pencipta : Joe Farizal & Aye
Lirik : Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek
Penyanyi : Ahmad Zakaria

My Sumber - http://www.mysumber.com/
 

Saturday, August 17, 2013

PANDUAN PEMAKANAN PADA MUSIM PERAYAAN

  1. Banyakkan sayur dan buah, kurangkan makanan daripada haiwan.
  2. Jauhi makanan segera dan makanan ringan.
  3. Kurangkan pengambilan daging, kulit ayam, minuman tenusu yang berlemak, majerin, makanan bergoreng, makanan ringan dan makanan yang dibakar dengan lemak trans.
  4. Kurangkan pengambilan gula serta makanan yang dihasilkan menggunakan tepung putih.
  5. Ambil makanan kaya potassium seperti pisang, buah bersitrus, buah-buahan dan sayur-sayuran.
  6. Makan makanan yang tinggi kalsium seperti susu rendah lemak, brokoli, bayam dan tauhu.
  7. Gunakan minyak sayuran secara sederhana.
  8. Banyak minum air masak.
Sumber : Harian Metro (18 Ogos 2013)

Tuesday, August 6, 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1434H

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434H. Semoga hari raya tahun ini memberikan keberkatan kepada semua. Kepada mereka yang pulang ke kampung, berhati-hati ketika memandu. Saya memohon ampun dan maaf jika terdapat salah dan silap, semoga dimaafkan. 

Tuesday, July 9, 2013

SELAMAT DATANG WAHAI RAMADHAN AL-MUBARAK

1 Ramadhan 1434H datang lagi buat sekian kalinya. Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah S.W.T. kerana dengan izinnya kita dapat bertemu kembali dengan Ramadhan pada tahun ini. Maka, marilah kita bersam-sama mengimarahkan bulan yang mulia ini dengan amalan-amalan wajib di samping amalan-amalan yang sunat agar kita akan dirahmati oleh Yang Maha Besar. Tunaikanlah solat yang lima waktu secara berjemaah, membaca Al-Quran, melakukan solat-solat sunat dan memberi sedekah jariah serta memberi juadah berbuka kepada jiran tetang dan sahabat handai. Semoga amalan-amalan yang kita lakukan itu akan mendapat kebaikan yang berlipat kali ganda pada bulan yang mulia ini.