Monday, December 23, 2013
Thursday, December 19, 2013
DIVIDEN & BONUS ASB 2013
Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 7.70 sen seunit dan bonus 1.00 sen seunit bagi Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013. Ini adalah penurunan agihan pendapatan 0.05 sen seunit dan bonus 0.15 sen seunit berbanding agihan pendapatan 7.75 sen seunit dan bonus 1.15 sen seunit untuk tahun 2012.
Semua urus niaga bagi ASB di Ibu Pejabat ASNB, pejabat-pejabat ASNB dan ejen-ejen ASNB telah ditangguhkan pada 22 Disember 2013 sehingga 1 Januari 2014 bagi tujuan pengiraan pengagihan pendapatan dan bonus.
Pembayaran pengagihan pendapatan dan bonus bagi tabung ASB akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun para pemegang unit. Para pemegang unit boleh mengemaskinikan buku pelaburan ASB masing-masing di Ibu Pejabat, pejabat-pejabat atau ejen-ejen ASNB di seluruh negara mulai 2 Januari 2014.
Sumber : Amanah Saham Nasional Berhad
Tuesday, December 17, 2013
EMPAT USUL CUEPACS
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu kerajaan mempertimbangkan cadangan empat perkara dalam usaha menambah baik faedah dan kebajikan 1.4 juta penjawat awam. Berikut adalah cadangan empat perkara tersebut :
- Kelulusan pinjaman perumahan mengikut harga rumah bukan gaji.
- Cuti tanpa rekod untuk mengerjakan umrah bagi Islam dan melancong bagi bukan Islam.
- Faedah pinjaman perumahan sebanyak 4% disemak semula.
- Elaun perumahan sebanyak RM180 dikaji semula kerana tidak mencukupi.
Cadangan empat perkara di atas disebut oleh Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman pada Konvensyen Tritahunan CUEPACS ke-26.
Sumber : Harian Metro, 18 Disember 2013
PROSES DATA PBS LEBIH LAJU
Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan membangunkan modul Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang baru menggunakan teknologi Java dan HTML 5 yang lebih cekap dan ringan berbanding teknologi sebelumnya.
Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh memberitahu persidangan Dewan Negara semalam, pendekatan baru dalam pengurusan kapasiti pemprosesan di pusat data secara ‘on-demand’ itu diambil bagi membolehkan keupayaan pemprosesan ditingkatkan mengikut keperluan.
“Ini memastikan pengguna tidak menghadapi isu ‘auto log out’ atau server perlahan dan tidak dapat mencapai aplikasi itu,” katanya semasa menjawab soalan Senator Datuk Muhammad Olian Abdullah mengenai langkah kerajaan untuk menaik taraf PBS di setiap sekolah yang disediakan kemudahan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi.
Kementerian juga melaksanakan beberapa penambahbaikan dalam modul PBS baru dengan menyediakan keupayaan ‘cache’ bagi membolehkan PBS terus beroperasi walaupun secara ‘off-line’.
Maklumat lanjut boleh dilayari di laman sesawang myMetro Online.
Tuesday, December 10, 2013
GAJI BAHARU PEGAWAI SARJANA DAN PhD
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata 33 skim perkhidmatan gaji tersebut termasuk pensyarah universiti, pegawai teknologi maklumat, pegawai penyelidikan, akauntan, pegawai kanan polis serta pegawai tadbir dan diplomatik.
Bagi pegawai yang sedang berkhidmat dan masih berada di gred lantikan, dan kemudiannya memperoleh kelulusan akademik tersebut, beliau berkata kerajaan akan turut menawarkan insentif hadiah kenaikan gaji (HKG).
“Ini adalah khusus bagi skim perkhidmatan seperti pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai perkhidmatan pendidikan lepasan diploma,” katanya kepada soalan Senator Baharudin Abu Bakar pada persidangan Dewan Negara di sini, semalam.
Berita ini disunting daripada Harian Metro. Maklumat lanjut boleh layari laman sesawang http://www.hmetro.com.my/
Saturday, December 7, 2013
IKLAN PEMANGKUAN / KENAIKAN PANGKAT JAWATAN PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI (PPPT) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KE GRED DH48, DH44, DH42, DH34 DAN DH32 TAHUN 2013
Iklan Pemangkuan / Kenaikan Pangkat Jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Kementerian Pendidikan Malaysia bagi gred-gred berikut :
- Gred DH44 Ke Gred DH48
- Gred DH41/42 Ke Gred DH44
- Gred DH29/32/34 Ke Gred DH42
- Gred DH32 Ke Gred DH34
- Gred DH29 Ke Gred DH32
Tuesday, December 3, 2013
KEPUTUSAN PERTUKARAN GURU ANTARA & DALAM DAERAH BAGI JANUARI 2014
Keputusan Penempatan Pertukaran (Antara Negeri, Antara Daerah , Dalam Daerah) Bagi Urusan Pertukaran Januari 2014 akan diumumkan pada 6 Disember 2013. Maklumat lanjut boleh dilayari di laman sesawang http://apps.moe.gov.my/epgo/
Friday, November 29, 2013
RAYUAN PERTUKARAN GURU BAGI JANUARI 2014 & KEPUTUSAN PERTUKARAN GURU ANTARA DAERAH
Keputusan permohonan pertukaran guru antara negeri/bahagian telah dikeluarkan. Tahniah kepada pemohon yang telah berjaya. Bagi mereka yang tidak berjaya, jangan berputus asa kerana khidmat anda masih diperlukan lagi. Anda masih berpeluang untuk mengemukakan rayuan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Permohonan rayuan secara bertulis untuk pertukaran guru sesi Januari 2014 hendaklah dikemukakan sebelum atau pada 10 Disember 2013 ke KPM. Sebarang rayuan selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.
Selain daripada itu, berita baik untuk pemohon pertukaran guru antara daedah. Keputusan permohonan pertukaran guru antara daerah akan dikeluarkan pada 4 Disember 2013. Untuk mendapat maklumat yang terkini, sila layari laman sesawang http://apps.moe.gov.my/epgo/
Wednesday, November 27, 2013
PEMAKLUMAN MENGENAI STATUS PELAKSANAAN BAYARAN INSENTIF SUBJEK PENDIDIKAN (BISP)
Sebagaimana YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan sedia maklum, Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) diberikan kepada Pegawai Perkhidmatan Pelajaran (PPP) selaras dengan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
PPP yang mengajar subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris serta mengajar subjek Bahasa Inggeris dan PPP yang menggunakan kelayakan dalam bidang tersebut dalam tugas rasmi layak diberi BISP berdasarkan surat Pekeliling Perkhidmatan KPM Bilangan 3 Tahun 2003 (SPP KPM Bil.3/2003).
PPP yang mengajar subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris serta mengajar subjek Bahasa Inggeris dan PPP yang menggunakan kelayakan dalam bidang tersebut dalam tugas rasmi layak diberi BISP berdasarkan surat Pekeliling Perkhidmatan KPM Bilangan 3 Tahun 2003 (SPP KPM Bil.3/2003).
Berikutan pemansuhan PPSMI dan pengenalan inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), kerajaan memutuskan bahawa pemberian BISP dimansuhkan mulai 1 Januari 2014. Pada masa ini, kementarian menimbingkan insentif baharu dan akan dimajukan untuk Persetujuan Agensi Pusat.
Dipetik daripada Surat Ketua Setiausaha, KPM ( KP(PP)0053/7 Jld.14(30))
Monday, November 25, 2013
KEPUTUSAN PERTUKARAN GURU BAGI JANUARI 2014
Keputusan Pertukaran Guru Antara Negeri / Bahagian bagi sesi Januari 2014 boleh disemak di Sistem Maklumat Guru Modul e-GTukar mulai jam 9.00 malam pada 25 Nov 2013.
Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian / Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi pertukaran sesi Januari 2014 untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DGA 29, DGA 32 (KUP time based), DGA 34 (KUP time based), DG 41, DG 44 (KUP time based), DG 48 (KUP time based) dan DG 52 (KUP time based) dibuka mulai 01 hingga 30 September 2013.
Sila semak maklumat anda melalui laman web e-OPERASI. Sekiranya terdapat sebarang pindaan yang perlu dibuat, sila berhubung dengan PK1/PK2/PK3 untuk tindakan pembetulan maklumat dengan segera sebelum sesi pertukaran bermula.
Layari laman sesawang berikut untuk mendapatkan keputusan pertukaran guru.
Thursday, November 21, 2013
Thursday, November 7, 2013
LOGO BAHARU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
RASIONAL
Logo ini direka mengunakan huruf ‘Alif’ sebagai konsep teras. Pendekatan mengunakan huruf atau typography adalah berdasarkan pengertian bahawa manusia yang pada masa hidupnya, berada pada jalan yang lurus sebagaimana huruf ‘Alif’ itu. Alif juga membawa pengertian ILMU kerana Allah mengangkat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa darjat. Ilmu juga diklasifikasikan sebagai pengetahuan atau kepandaian yang merangkumi semua bidang yakni duniawi mahupun ukhrawi. Ilmu juga di takrifkan sebagai pemindahan roh atau jiwa daripada kegelapan kepada kecerahan dan sebagai suatu kebenaran dan keyakinan. Logo ini menggunakan dua ‘P’ dan dua ‘Alif’ melambangkan dua peringkat pendidikan iaitu Sistem Sekolah dan Sistem Pengajian Tinggi. Hurup ‘P’ yang bertingkat ke arah Alif melambangkan tahap-tahap kecemerlangan pendidikan Malaysia. Bentuk Bulat melambangkan Malaysia sebagai pusat pendidikan yang bersifat global. Dari segi warna, biru bermaksud profesionalisma dalam sistem pendidikan negara. Kuning keemasan melambangkan kecemerlangan. Putih melambangkan sistem pendidikan yang bermutu tinggi dan membentuk insan yang berkualiti dan berilmu mulia.
Wednesday, November 6, 2013
NAIK TARAF SKIM PENJAWAT AWAM
Terbaru, daripada 1.4 juta kakitangan awam, sejumlah 600,000 penjawat awam akan terlibat sama akan menerima “durian runtuh” apabila bakal menerima kenaikan gaji kakitangan awam naik yang mana akan melibatkan 81 skim perkhidmatan awam kesemuanya. Antaranya :
Senarai 81 Skim Yang Terlibat Dalam Kenaikan Gred Dan 2 Tangga Gaji:-
- Pembantu Kawalan Trafik Udara
- Pemandu Lokomotif Sabah
- Pereka
- Pegawai Kebudayaan
- Ahli Fotografi
- Jurusolek
- Pegawai Galian
- Pegawai Kimia Bumi
- Pegawai Kaji Bumi (Geofizik/Kaji Bumi)
- Penolong Pegawai Galian
- Penolong Pegawai Kimia Bumi
- Pembantu Galian
- Pembantu Kaji Bumi
- Pegawai Makmal Filem
- Penolong Pegawai Makmal Filem
- Pembantu Makmal Filem
- Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah
- Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma
- Pensyarah Perubatan
- Pensyarah Pergigian
- Pembantu Pegawai Latihan Vokasional/
- Penolong Pegawai Latihan Vokasional/
- Pegawai Latihan Vokasional
- Pengajar Kraf
- Pembantu Pertanian
- Pembantu Veterinar
- Renjer Hutan
- Pengajar Membalak
- Pengawas Hutan
- Pembantu Hidupan Liar
- Pembantu Hidupan Liar Rendah
- Tukang K1
- Tukang K2
- Pemandu/ Operator Jentera Pemunggah
- Operator Loji
- Pekerja Awam Khas
- Pekerja Awam
- Penyelamat
- Pelukis Pelan
- Juruteknik Landskap
- Juruteknik
- Juruteknik Ukur
- Juruteknik Perancang Bandar dan Desa
- Pembantu Pemeriksa Kilang dan Jentera
- Penguasa Bekalan Air
- MerinyuTali Air
- Pegawai Perhubungan Preman
- Penyelia Jeti
- Penghantar Notis
- Pembantu Kamera
- Pemandu
- Pemandu Kenderaan
- Pembantu Am Pejabat
- Pengurus Stesen
- Penyelia Jurupakaian
- Peniup Kaca
- Pegawai Khidmat Pelanggan
- Pengawas Pemulihan
- Pegawai Penerbitan
- Penolong Pegawai Penerbitan
- Pembantu Penerbitan
- Operator Kamera Offset
- Pembuat Plat
- Penolong Operator Kamera
- Penolong Pegawai Penyelidik Sosial
- Pembantu Penyelidik Sosial
- Pengurus Asrama
- Penolong Pengurus Asrama
- Penyelia Asrama
- Penolong Pegawai Tadbir Tanah
- Pembantu Tadbir Tanah
- Pegawai Pemeriksa Paten
- Pemandu Enjin (Keretapi Bukit Bendera)
- Pembantu Pemuliharaan
- Jurulatih Kawad
- Pembantu Wartawan/Wartawan
- Atendan Kesihatan
- Penolong Pegawai Penaksir
- Pegawai Aktuari
- Pegawai Angkatan Tetap, Angkatan Tentera Malaysia
- Askar Laskar Angkatan Tetap, Angkatan Tentera Malaysia
Senarai 81 skim seperti di atas termasuk dalam Bajet 2014 yang mana anda semua akan mula menrima surat tawaran opsyen bermula November 2013 ini. Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Naik dan Kenaikan Gred
- November 2013 : Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mula dikeluarkan. Mula terima surat tawaran opsyen bagi kenaikan gaji & gred kakitangan awam daripada ketua jabatan masing-masing
- Disember 2013 : Penjawat awam perlu beri jawapan. Terima atau tidak.
Faedah Dari Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Naik Dan Kenaikan Gred 81 2013 kenaikan taraf skim perkhidmatan gred 1 hingga 10 kepada gred 11 pemberian dua tambahan kenaikan mata gaji pertukaran nama beberapa skim seperti diminta Cuepacs dan kesatuan berkaitan. Jika skim anda belum tersenarai lagi untuk menerima kenaikan gaji dan gred dalam tempoh terdekat ini, Cuepacs sedang berusaha keras untuk membolehkan lebih banyak skim menerima tempias penambaikan dan kenaikan. Termasuklah Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Kastam, Jabatan Imigresen, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta pihak berkuasa tempatan. Skim-skim yang lain tetap akan ada harapan untuk menerima berita kenaikan gaji selepas ini. Nantikan berita gembira tersebut tidak lama sahaja lagi. Apa respon kakitangan awam mengenai berita kenaikan gaji yang terbaru ini ?
Subscribe to:
Posts (Atom)

































