Monday, March 24, 2014

KELAS FARDU AIN SEMPENA CURI SEKOLAH

Cuti sekolah penggal pertama telah bermula dari 22/3/2014 sehingga 30/4/2014. Sempena dengan cuti sekolah Sekolah Agama KAFA Taman Seroja telah menganjurkan Kelas Fardu Ain kepada kanak-kanak sekolah rendah. Justeru itu, aku mengambil peluang ini untuk menambahkan ilmu fardu ain kepada anak-anak ku agar lebih mendalam ilmunya dalam bidang agama. Kelas tersebut bermula dari hari Isnin sehingga Jumaat dari pukul 8.00 pagi hingga 11.00 pagi.

Pada hari Isnin yang lalu, aku telah mendaftarkan Aisyah dan Amirul ke kelas tersebut. Semasa pendaftaran aku dapati ramai juga kanak-kanak yang datang mendaftar. Ini menunjukkan bahawa kelas fardu ain yang dianjurkan mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan.

Maklumat tentang kelas fardu ain ini aku peroleh daripada anak-anak ku yang bersekolah di sekolah agama KAFA. Berkebetulan salah seorang ustaz di sekolah tersebut adalah bilal di sebuah masjid. Beliau yang telah mencadangkan kelas fardu ain tersebut dibuka kepada murid-murid sekolah agama tersebut. Bayaran yang dikenakan adalah RM15 bagi seorang kanak-kanak. Bayaran merangkumi pendaftaran, bahan-bahan dan jamuan kepada mereka. Memang berbaloi-baloi...

Saturday, February 22, 2014

KLINIK BOLA SEPAK 2014


Klinik Bola Sepak 2014 telah diadakan di Pusat Komuniti Seksyen 1 Bandar Kinrara. Klinik tersebut telah dijalankan pada 23 Februari 2013 (Ahad). Seramai lebih kurang 50 orang murid yang berusia di antara 5 hingga 7 tahun telah dipilih daripada sekolah-sekolah rendah di sekitar Bandar Kinrara. Sekolah-sekolah yang terlibat adalah SK Seksyen 1 Bandar Kinrara, SK Seksyen 2 Bandar Kinrara dan SJK(T) Ladang Kinrara. 

Amirul Fahmi, anak lelakiku telah turut sama menjayakan klinik tersebut. Dengan penyertaannya, kanak-kanak yang hadir telah diberikan sepasang kasut bola sepak sebagai penghargaan kerana sudi hadir bagi menjayakan klinik tersebut.

Saturday, February 1, 2014

GARIS PANDUAN PEMAKAIAN BAJU KORPORAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

Garis Panduan Pemakaian Baju Korporat ini adalah bagi penyeragaman pemakaian baju korporat dalam kalangan pegawai/kakitangan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Penyeragaman ini adalah bagi menetapkan identiti pegawai/kakitangan dan imej KPM. Rekabentuk dan warna pakaian korporat adalah seperti berikut : -


Pembekalan baju korporat tidak boleh menggunakan peruntukan Jabatan/Bahagian dan hendaklah dibiayai sendiri oleh pegawai/kakitangan. Perkara ini adalah selaras dengan Surat Pekeliling Kewangan Bil. 8 Tahun 2008 di para 25 yang menyatakan bahawa "Pembekalan baju korporat Jabatan/Bahagian yang menggunakan peruntukan Kerajaan juga dihentikan serta merta."

Selain daripada itu, pemakaian baju korporat oleh pegawai/kakitangan KPM hanya dibenarkan apabila melaksanakan tugas rasmi di lapangan/luar sahaja. Bagi pegawai/kakitangan lelaki, baju korporat hanya boleh dipakai bersama-sama seluar panjang (slack)/khakis dengan keutamaan warna gelap. Bagi pegawai/kakitangan wanita, baju korporat hanya boleh dipakai bersama skirt labuh berbentuk "A" (A-line skirt) paras tumit atau seluar panjang polos berwarna hitam dan tudung berwarna hitam/dark blue/royal blue. 

Pakaian semasa bertugas di pejabat dan menghadiri upacara-upacara rasmi yang lain adalah tertakluk kepada Pekeliling dan peraturan semasa yang sedang berkuat kuasa seperti berikut : -
  1. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1985 (Pakaian Masa Bekerja dan Semasa Menghadiri Upacara-upacara Rasmi bagi Pegawai-pegawai Awam);
  2. Perkara 6 Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993;
  3. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2006 (Fesyen Pakaian Alternatif Sebagai Pakaian Semasa Bekerja dan Menghadiri Upacara Rasmi);
  4. Surat Edaran Jabatan Perkhidmatan Awam JPA(S) TT.193/37/Jld.4 bertarikh 15 Mac 2005 (Galakan Memakai Baju Kebangsaan Pada Hari Jumaat); dan
  5. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2008 (Pemakaian Baju Batik Malaysia oleh Pegawai Awam Pada Hari Khamis).
Pegawai/kakitangan yang dibekalkan dengan pakaian seragam/uniform hendaklah memakainya ketika bertugas pada setiap masa melainkan diarah dari masa ke semasa oleh Ketua Jabatan. Sehubungan dengan itu, Ketua Jabatan/Bahagian adalah diminta untuk memastikan Garis Panduan ini dipatuhi oleh semua dan memantau pelaksanaan pemakaian baju korporat oleh semua pegawai/kakitangan di bawah seliaan masing-masing demi meningkatkan imej korporat KPM. 

Garis Panduan Pemakaian Baju Korporat Kementerian Pendidikan Malaysia boleh dimuatturun pada pautan di bawah :

Thursday, January 30, 2014

SELAMAT TAHUN BAHARU CINA 2014


Tahun Baharu Cina pada tahun 2014 telah jatuh pada 31 Januari dan 1 Februari 2014. Walaupun begitu, sekolah akan mula bercuti pada 30 Januari 2014 (Khamis). Cuti peristiwa yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertujuan untuk memberi ruang dan masa yang mencukupi kepada warga sekolah untuk pulang ke kampung masing-masing dalam keadaan selamat dan selesa. Ini dapat membantu mengurangkan kesesakan lalu-lintas sempena perayaan tersebut.

Justeru itu, saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada seluruh rakyat Malaysia amnya dan semua warga sekolah yang berbangsa Tiong Hua. Semoga pada tahun ini memberi lebih keuntungan dan kebahagiaan kepada anda semua. Berhati-hati ketika membawa kenderaan dan sentiasa memastikan keadaan kenderaan anda berada di dalam keadaan yang selamat. Saya mendoakan agar anda selamat pergi dan selamat juga apabila kembali dari bercuti. Sekolah akan dibuka semula pada 2 Februari 2014 (Isnin).

Monday, December 23, 2013

SELAMAT HARI NATAL 2013


Merry Christmas!!!Merry Christmas!!!Merry Christmas!!!

Selamat menyambut Hari Natal bagi tahun 2013 kepada semua penduduk Malaysia khususnya yang beragama Kristian. Saya mengucapkan selamat bergembira di samping keluarga tercinta bersama hadiah-hadiah yang banyak dan menarik. Semoga pada tahun ini memberikan tuah kepada anda sekeluarga.  

LAWATAN KE FARM IN THE CITY


































Thursday, December 19, 2013

DIVIDEN & BONUS ASB 2013

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 7.70 sen seunit dan bonus 1.00 sen seunit bagi Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013. Ini adalah penurunan agihan pendapatan 0.05 sen seunit dan bonus 0.15 sen seunit berbanding agihan pendapatan 7.75 sen seunit dan bonus 1.15 sen seunit untuk tahun 2012.

Semua urus niaga bagi ASB di Ibu Pejabat ASNB, pejabat-pejabat ASNB dan ejen-ejen ASNB telah ditangguhkan pada 22 Disember 2013 sehingga 1 Januari 2014 bagi tujuan pengiraan pengagihan pendapatan dan bonus. 

Pembayaran pengagihan pendapatan dan bonus bagi tabung ASB akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun para pemegang unit. Para pemegang unit boleh mengemaskinikan buku pelaburan ASB masing-masing di Ibu Pejabat, pejabat-pejabat atau ejen-ejen ASNB di seluruh negara mulai 2 Januari 2014. 

Tuesday, December 17, 2013

EMPAT USUL CUEPACS

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu kerajaan mempertimbangkan cadangan empat perkara dalam usaha menambah baik faedah dan kebajikan 1.4 juta penjawat awam. Berikut adalah cadangan empat perkara tersebut :
  1. Kelulusan pinjaman perumahan mengikut harga rumah bukan gaji.
  2. Cuti tanpa rekod untuk mengerjakan umrah bagi Islam dan melancong bagi bukan Islam.
  3. Faedah pinjaman perumahan sebanyak 4% disemak semula.
  4. Elaun perumahan sebanyak RM180 dikaji semula kerana tidak mencukupi.
Cadangan empat perkara di atas disebut oleh Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman pada Konvensyen Tritahunan CUEPACS ke-26.

PROSES DATA PBS LEBIH LAJU

Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan membangunkan modul Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang baru menggunakan teknologi Java dan HTML 5 yang lebih cekap dan ringan berbanding teknologi sebelumnya.
Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh memberitahu persidangan Dewan Negara semalam, pendekatan baru dalam pengurusan kapasiti pemprosesan di pusat data secara ‘on-demand’ itu diambil bagi membolehkan keupayaan pemprosesan ditingkatkan mengikut keperluan.
“Ini memastikan pengguna tidak menghadapi isu ‘auto log out’ atau server perlahan dan tidak dapat mencapai aplikasi itu,” katanya semasa menjawab soalan Senator Datuk Muhammad Olian Abdullah mengenai langkah kerajaan untuk menaik taraf PBS di setiap sekolah yang disediakan kemudahan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi.
Kementerian juga melaksanakan beberapa penambahbaikan dalam modul PBS baru dengan menyediakan keupayaan ‘cache’ bagi membolehkan PBS terus beroperasi walaupun secara ‘off-line’.
Maklumat lanjut boleh dilayari di laman sesawang myMetro Online.

Tuesday, December 10, 2013

GAJI BAHARU PEGAWAI SARJANA DAN PhD

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata 33 skim perkhidmatan gaji tersebut termasuk pensyarah universiti, pegawai teknologi maklumat, pegawai penyelidikan, akauntan, pegawai kanan polis serta pegawai tadbir dan diplomatik.
Bagi pegawai yang sedang berkhidmat dan masih berada di gred lantikan, dan kemudiannya memperoleh kelulusan akademik tersebut, beliau berkata kerajaan akan turut menawarkan insentif hadiah kenaikan gaji (HKG).
“Ini adalah khusus bagi skim perkhidmatan seperti pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai perkhidmatan pendidikan lepasan diploma,” katanya kepada soalan Senator Baharudin Abu Bakar pada persidangan Dewan Negara di sini, semalam.
Berita ini disunting daripada Harian Metro. Maklumat lanjut boleh layari laman sesawang http://www.hmetro.com.my/

Saturday, December 7, 2013

IKLAN PEMANGKUAN / KENAIKAN PANGKAT JAWATAN PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI (PPPT) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KE GRED DH48, DH44, DH42, DH34 DAN DH32 TAHUN 2013

Iklan Pemangkuan / Kenaikan Pangkat Jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Kementerian Pendidikan Malaysia bagi gred-gred berikut :
  1. Gred DH44 Ke Gred DH48
  2. Gred DH41/42 Ke Gred DH44
  3. Gred DH29/32/34 Ke Gred DH42
  4. Gred DH32 Ke Gred DH34
  5. Gred DH29 Ke Gred DH32
Sila muat turun iklan tersebut di laman sesawang http://www.moe.gov.my/

Tuesday, December 3, 2013

KEPUTUSAN PERTUKARAN GURU ANTARA & DALAM DAERAH BAGI JANUARI 2014

Keputusan Penempatan Pertukaran (Antara Negeri, Antara Daerah , Dalam Daerah) Bagi Urusan Pertukaran Januari 2014 akan diumumkan pada 6 Disember 2013. Maklumat lanjut boleh dilayari di laman sesawang http://apps.moe.gov.my/epgo/

Friday, November 29, 2013

RAYUAN PERTUKARAN GURU BAGI JANUARI 2014 & KEPUTUSAN PERTUKARAN GURU ANTARA DAERAH

Keputusan permohonan pertukaran guru antara negeri/bahagian telah dikeluarkan. Tahniah kepada pemohon yang telah berjaya. Bagi mereka yang tidak berjaya, jangan berputus asa kerana khidmat anda masih diperlukan lagi. Anda masih berpeluang untuk mengemukakan rayuan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). 

Permohonan rayuan secara bertulis untuk pertukaran guru sesi Januari 2014 hendaklah dikemukakan sebelum atau pada 10 Disember 2013 ke KPM. Sebarang rayuan selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

Selain daripada itu, berita baik untuk pemohon pertukaran guru antara daedah. Keputusan permohonan pertukaran guru antara daerah akan dikeluarkan pada 4 Disember 2013. Untuk mendapat maklumat yang terkini, sila layari laman sesawang http://apps.moe.gov.my/epgo/