Wednesday, September 10, 2014

KERTAS SOALAN UPSR 2014 BOCOR

Kertas Peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 bagi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 yang dijadualkan pada 11 September 2014 (Khamis) ditangguhkan kerana didapati telah bocor. Justeru itu, peperiksaan bagi kertas peperiksaan tersebut akan ditunda pada 30 September 2014 (Selasa). 

Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dalam kenyataannya bahawa siasatan awal mendapati kandungan soalan bagi kertas peperiksaan berkenaan sudah tersebar menerusi media sosial.

Sumber : Akhbar BH Online (http://www.bharian.com.my/)

Wednesday, September 3, 2014

PERMOHONAN PERTUKARAN GURU SESI JANUARI 2015

Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian / Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi pertukaran sesi Januari 2015 untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29, DG32 (KUP Time-based), DG34 (KUP Time-based), DG38 (KUP Time-based), DG41, DG44 (KUP Time-based), DG48 (KUP Time-based), DG52 (KUP Time-based) dan DG54 (KUP Time-based) telah dibuka mulai 1 hingga 30 September 2014.

Permohonan boleh dibuat melalui laman sesawang e-GTukar seperti di bawah : -


Tuesday, September 2, 2014

IKLAN KENAIKAN PANGKAT KE JAWATAN HAKIKI GRED DG32

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah bersetuju berhubung pelaksanaan pengisian Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang dinaikkan pangkat ke gred DG32 secara Time-Based Khas Untuk Penyandang (KUP) ke jawatan hakiki gred DG32 di sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) mulai tahun 2010 melalui Surat Kementerian Pelajaran KP.S(NP)BS.0063/1/1Jld.13/(23) bertarikh 2 Julai 2010.

Justeru itu, semua calon yang layak dan berminat dipelawa mengisi permohonan berdasarkan kepada kriteria-kriteria berikut : -
  1. Memperoleh LNPT 80 peratus ke atas bagi tiga tahun (2011, 2012 dan 2013)
  2. Calon Gred DG32 (KUP) lantikan 1 Januari 2007 sehingga 31 Disember 2011.
  3. Calon yang layak bersedia ditempatkan ke mana-mana sekolah yang mempunyai kekosongan jawatan tersebut.
  4. Beberapa syarat perlu dipatuhi dan diisi oleh calon sepertimana Format Permohonan yang disertakan.
Calon-calon yang berminat juga boleh melayari laman sesawang www.moe.my/jpnselangor untuk memuat turun borang-borang Urusan Kenaikan Pangkat DG32 KUP ke DG32 Hakiki.

Pihak sekolah dipohon untuk mengemukakan borang permohonan yang lengkap bersama senarai semak kepada Pejabat Pendidikan Daerah (Unit Perkhidmatan) sebelum atau pada 5 September 2014.

Sehubungan dengan itu, Pejabat Pendidikan Daerah diminta mengemukakan senarai nama calon yang layak ke Unit Naik Pangkat sebelum atai pada 24 September 2014 (Rabu).

Kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

MAJLIS SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KE-57

Pada tahun ini, Malaysia telah menyambut hari kemerdekaannya yang ke-57. Bagi menyahut seruan kerajaan dan KPM, Sekolah Kebangsaan Puchong Perdana telah mengadakan sambutan bulan kemerdekaan pada hari Jumaat (29/8/2014). SKPP menyambut bulan kemerdekaan dengan menggantungkan bendera-bendera Jalur Gemilang di pagar sekolah, kelas-kelas dan di antara bangunan.
Tema bulan kemerdekaan pada tahun ini ialah Malaysia : Di sini lahirnya sebuah cinta. Dengan semangat cintakan tanah air murid-murid SKPP telah menjayakan bulan kemerdekaan dengan dendangan lagu-lagu patriotik sambil mengibarkan Jalur Gemilang.

Thursday, August 21, 2014

LOGO HARI KEMERDEKAAN KE-57


Rasional Logo Hari Kemerdekaan Ke-57

HARI BERKABUNG 1 MALAYSIA

22 Ogos 2014 (Jumaat) - Hari ini adalah Hari Berkabung bagi seluruh rakyat Malaysia. Hari Berkabung ini diadakan bagi menghormati jenazah-jenazah MH17 yang dijangka tiba di KLIA pada hari ini. Justeru itu, seluruh rakyat Malaysia diminta untuk memakai pakaian yang berwarna gelap. Selain daripada itu, semua bendera Malaysia akan dikibarkan separuh tiang bagi menandakan penghormatan negara kepada seluruh mangsa yang terlibat.

Seramai 20 orang jenazah yang telah dibawa pulang. Mereka terdiri daripada 17 buah keranda dan 3 buah bekas abu. Kesemua mereka akan dibawa ke tempat pengkebumian yang telah dipersetujui oleh ahli keluarga masing-masing sejurus tiba di tanah air. Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita turut rasa bersedih kerana kehilangan rakyat Malaysia di dalam tragedi tersebut.

Senarai 20 Jenazah Mangsa MH17 Yang Dibawa Pulang : Sumber daripada Bernama

Monday, August 18, 2014

1 MURID 1 SUKAN SKPP 2014

Acara : 
Futsal, Bola Jaring & Bola Baling

Tarikh : 
19, 20 dan 21Ogos 2014 (Futsal & Bola Jaring)
26,27 dan 28 Ogos 2014 (Bola Baling)
29 Ogos 2014 (Akhir)

Masa : 
7.20 pagi - 9.20 pagi

Sasaran :
Murid Tahun 3, 4 dan 5





Wednesday, August 6, 2014

PC FAIR (III) 2014

Perusahaan Industri Komputer Malaysia (PIKOM) telah kembali buat kali yang ketiga dengan produk-produk ICT yang terbaharu dengan harga yang berpatutan. Jadi, janganlah lepaskan peluang untuk berkunjung ke tempat-tempat seperti yang disenaraikan di bawah ini.

Tarikh
Tempat
8-10 Ogos 2014
Digital Lifestyle Expo (DLE) 2014, KLCC
26-28 September 2014
Kuantan, Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah
Johor Baru, Persada Johor
28-30 November 2014
Pulau Pinang, PISA
12-14 Disember 2014
Melaka, MITC
19-21 Disember 2014
Kuala Lumpur, KLCC

Sumber : PIKOM

URUSAN PEMANGKUAN PENGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) UNTUK MENGISI JAWATAN PENGETUA DAN GURU BESAR BAGI JANUARI-DISEMBER TAHUN 2015 DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan penyiaran urusan pemangkuan Pengetua dan Guru Besar bagi pengisian bulan Januari sehingga Disember 2015 yang telah dibuka dari 23 Julai 2014 (Rabu) sehingga 6 September 2014 (Sabtu).

Muatturun surat siaran dengan klik di sini.

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)