Sunday, September 21, 2014

KERTAS SOALAN UPSR 2014 BOCOR LAGI

Selepas kertas peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 bagi mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris bocor, kini Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) mengesan dua mata pelajaran lagi turut mengalami perkara yang sama iaitu Matematik dan Bahasa Tamil.

Perkara ini didedahkan oleh pegawai kanan lembaga terbabit yang membuat laporan polis berhubung kebocoran itu di Balai Polis Putrajaya pada 21 September 2014 (Ahad).

Sumber : Utusan Online (21/9/2014)

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN UPSR 2014 (ULANGAN)

Jadual waktu peperiksaan UPSR 2014 yang dijadualkan pada 30 September 2014 (Selasa) telah dikeluarkan oleh Lempaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Jadual tersebut meliputi mata pelajaran Bahasa Inggeris (Kertas 1 & 2) dan Sains. Layari laman sesawang LPM untuk memuat turun jadual waktu tersebut. 

Tuesday, September 16, 2014

HARI MALAYSIA 2014


Hari Malaysia disambut saban tahun pada 16 September. Pada tarikh tersebut merupakan tarikh pembentukan nama Malaysia yang ada sekarang. Ini disebabkan oleh kemasukan negeri-negeri Sabab dan Sarawak ke dalam Malaysia. Justeru itu, marilah kita bersama-sama bersatu hati meraikan perpaduan hati rakyat di seluruh Malasyia. Selamat Hari Malaysia.

Thursday, September 11, 2014

UPSR 2014 TIDAK DIBATALKAN

Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 merupakan peperiksaan awam yang paling kontroversi pada tahun ini. Setelah berita tentang kebocoran kertas Sains dan Bahasa Inggeris yang telah diumumkan oleh Dato' Idris Jusoh (Menteri Pendidikan 2) menyebabkan Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri) marah dengan keadaan tersebut. 

Justeru itu, beliau mengarahkan agar satu jawatankuasa penyiasat bebas ditubuhkan bagi menyiasat dengan lebih mendalam tentang masalah ini.  Masalah ini timbul dengan tersebarnya soalan-soalan yang sama dengan kertas soalan yang sebenar di media-media sosial.

Oleh yang dekimian, KPM telah mengeluarkan arahan supaya kertas soalan Sains dan Bahasa Inggeris diulang semula pada 31 September 2014 (Selasa). Dengan itu, keputusan Bahasa Inggeris yang telah diambil oleh semua murid di Malaysia adalah terbatal. Terdapat juga berita yang mengatakan bahawa Peperiksaan UPSR 2014 telah dibatalkan. Namun berita ini telah dinafikan oleh Lembaga Peperiksaan (LP) di dalam laman sesawangnya.

Sumber : Lembaga Peperiksaan (12/09/2014)

KERTAS PEPERIKSAAN BAHASA INGGERIS DIBATALKAN

Adalah dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan Malaysia telah menerima laporan bahawa Kertas Peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan Bahasa Inggeris 014/2 bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 yang dijadualkan berlangsung pada tarikh 11 September 2014 telah didapati bocor. Lembaga Peperiksaan telah menjalankan siasatan dan mendapati perkara ini adalah benar.

Sehubungan dengan ini, Lembaga Peperiksaan memaklumkan bahawa kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan Bahasa Inggeris 014/2 bagi UPSR tahun 2014 yang dijadualkan pada 11 September 2014 adalah DIBATALKAN. Tarikh baharu bagi peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan Bahasa Inggeris 014/2 adalah pada 30 September 2014 bersekali dengan Science 018, 028 dan 038.

Wednesday, September 10, 2014

KERTAS SOALAN UPSR 2014 BOCOR

Kertas Peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 bagi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 yang dijadualkan pada 11 September 2014 (Khamis) ditangguhkan kerana didapati telah bocor. Justeru itu, peperiksaan bagi kertas peperiksaan tersebut akan ditunda pada 30 September 2014 (Selasa). 

Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dalam kenyataannya bahawa siasatan awal mendapati kandungan soalan bagi kertas peperiksaan berkenaan sudah tersebar menerusi media sosial.

Sumber : Akhbar BH Online (http://www.bharian.com.my/)

Wednesday, September 3, 2014

PERMOHONAN PERTUKARAN GURU SESI JANUARI 2015

Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian / Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi pertukaran sesi Januari 2015 untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29, DG32 (KUP Time-based), DG34 (KUP Time-based), DG38 (KUP Time-based), DG41, DG44 (KUP Time-based), DG48 (KUP Time-based), DG52 (KUP Time-based) dan DG54 (KUP Time-based) telah dibuka mulai 1 hingga 30 September 2014.

Permohonan boleh dibuat melalui laman sesawang e-GTukar seperti di bawah : -


Tuesday, September 2, 2014

IKLAN KENAIKAN PANGKAT KE JAWATAN HAKIKI GRED DG32

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah bersetuju berhubung pelaksanaan pengisian Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang dinaikkan pangkat ke gred DG32 secara Time-Based Khas Untuk Penyandang (KUP) ke jawatan hakiki gred DG32 di sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) mulai tahun 2010 melalui Surat Kementerian Pelajaran KP.S(NP)BS.0063/1/1Jld.13/(23) bertarikh 2 Julai 2010.

Justeru itu, semua calon yang layak dan berminat dipelawa mengisi permohonan berdasarkan kepada kriteria-kriteria berikut : -
  1. Memperoleh LNPT 80 peratus ke atas bagi tiga tahun (2011, 2012 dan 2013)
  2. Calon Gred DG32 (KUP) lantikan 1 Januari 2007 sehingga 31 Disember 2011.
  3. Calon yang layak bersedia ditempatkan ke mana-mana sekolah yang mempunyai kekosongan jawatan tersebut.
  4. Beberapa syarat perlu dipatuhi dan diisi oleh calon sepertimana Format Permohonan yang disertakan.
Calon-calon yang berminat juga boleh melayari laman sesawang www.moe.my/jpnselangor untuk memuat turun borang-borang Urusan Kenaikan Pangkat DG32 KUP ke DG32 Hakiki.

Pihak sekolah dipohon untuk mengemukakan borang permohonan yang lengkap bersama senarai semak kepada Pejabat Pendidikan Daerah (Unit Perkhidmatan) sebelum atau pada 5 September 2014.

Sehubungan dengan itu, Pejabat Pendidikan Daerah diminta mengemukakan senarai nama calon yang layak ke Unit Naik Pangkat sebelum atai pada 24 September 2014 (Rabu).

Kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

MAJLIS SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KE-57

Pada tahun ini, Malaysia telah menyambut hari kemerdekaannya yang ke-57. Bagi menyahut seruan kerajaan dan KPM, Sekolah Kebangsaan Puchong Perdana telah mengadakan sambutan bulan kemerdekaan pada hari Jumaat (29/8/2014). SKPP menyambut bulan kemerdekaan dengan menggantungkan bendera-bendera Jalur Gemilang di pagar sekolah, kelas-kelas dan di antara bangunan.
Tema bulan kemerdekaan pada tahun ini ialah Malaysia : Di sini lahirnya sebuah cinta. Dengan semangat cintakan tanah air murid-murid SKPP telah menjayakan bulan kemerdekaan dengan dendangan lagu-lagu patriotik sambil mengibarkan Jalur Gemilang.

Thursday, August 21, 2014

LOGO HARI KEMERDEKAAN KE-57


Rasional Logo Hari Kemerdekaan Ke-57

HARI BERKABUNG 1 MALAYSIA

22 Ogos 2014 (Jumaat) - Hari ini adalah Hari Berkabung bagi seluruh rakyat Malaysia. Hari Berkabung ini diadakan bagi menghormati jenazah-jenazah MH17 yang dijangka tiba di KLIA pada hari ini. Justeru itu, seluruh rakyat Malaysia diminta untuk memakai pakaian yang berwarna gelap. Selain daripada itu, semua bendera Malaysia akan dikibarkan separuh tiang bagi menandakan penghormatan negara kepada seluruh mangsa yang terlibat.

Seramai 20 orang jenazah yang telah dibawa pulang. Mereka terdiri daripada 17 buah keranda dan 3 buah bekas abu. Kesemua mereka akan dibawa ke tempat pengkebumian yang telah dipersetujui oleh ahli keluarga masing-masing sejurus tiba di tanah air. Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita turut rasa bersedih kerana kehilangan rakyat Malaysia di dalam tragedi tersebut.

Senarai 20 Jenazah Mangsa MH17 Yang Dibawa Pulang : Sumber daripada Bernama

Monday, August 18, 2014

1 MURID 1 SUKAN SKPP 2014

Acara : 
Futsal, Bola Jaring & Bola Baling

Tarikh : 
19, 20 dan 21Ogos 2014 (Futsal & Bola Jaring)
26,27 dan 28 Ogos 2014 (Bola Baling)
29 Ogos 2014 (Akhir)

Masa : 
7.20 pagi - 9.20 pagi

Sasaran :
Murid Tahun 3, 4 dan 5