Monday, February 9, 2015

KENDURI PERKAHWINAN ADINDA AFIQAH & ADAM

Afiqah binti Mansor adalah adik perempuan bongsu keluarga kami. Dia telah melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan hati sendiri, Adam bin Subuh. Alhamdulillah mereka telah selamat diijab kabulkan pada 7 Februari 2015 (Sabtu) di masjid Pantai Dalam. Majlis yang hanya dihadiri oleh kaum keluarga kedua-dua belah pihak serta beberapa orang sahabat rapat sahaja yang dijemput.
Keesokannya adalah majlis kenduri yang di adakan di Dewan Komuniti Bangsar yang terletak berdekatan dengan Bangsar Village. Alhamdulillah kerana ramai juga hadirin yang hadir bagi melarikan kedua mempelai tersebut. Majlis ini dianjurkan oleh kedua-dua belah pihak. Turut hadir adalah bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Nong Chik.
Majlis tersebut berakhir kira-kira pukul 4 petang kerana dewan yang ditempah akan digunakan oleh orang awam untuk kegunaan lain. Memang penat tetapi berbaloi kerana kita tidak perlu bersusah payah mengemas dewan dan sebagainya. Harapanku agar Afiqah & Adam melayari bahtera perkahwinan mereka sehingga ke akhir hayat. Semoga dirahmati Allah hendaknya.

Tuesday, January 27, 2015

URUSAN PEMANGKUAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) GRED DG38, DG32 DAN DG29 YANG MEMPEROLEH IJAZAH SESAMA DALAM PERKHIDMATAN KE GRED DG42

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan urusan pemangkuan PPP Gred DG38, DG34, DG 32 dan DG29 yang memperolehi ijazah semasa dalam perkhidmatan ke Gred DG42 bagi urusan tahun 2015.

Sehubungan dengan itu, kerjasama tuan adalah dipohon untuk mengenal pasti PPP yang berkelayakan diploma yang telah memperolehi ijazah semasa dalam perkhidmatan sebelum 31 Disember 2014 serta memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan (LKPPP). Seterusnya PPP tersebut diperakukan untuk pertimbangan LKPPP di KPM bagi tujuan pemangkuan ke Gred DG42.

PPP yang diperakukan hendaklah memenuhi syarat-syarat pemangkuan ke Gred DG42 seperti berikut :
1. Disahkan dalam perkhidmatan;
2. Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan iaitu jumlah wajaran LNPT tiga tahun terakhir hendaklah mencapai 80% dan ke atas dengan pembahagian wajaran sebanyak 20% bagi tahun 2011, 35% bagi tahun 2012 dan 45% bagi tahun 2013;
3. Memiliki ;
  • sarjana muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  • ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  •  ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  •  ijazah sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan ata kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  • ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atai kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
4. Bebas daripada tindakan tatatertib;
5. Telah mengisytiharkan harta;
6. Lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM);
7. Bebas daripada senarai peminjam Tegar Institusi Pinjaman Pendidikan; dan
8. Diperakukan oleh Ketua Jabatan.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 26 Februari 2015 (Khamis).

URUSAN KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) GRED DG32 HINGGA DG54 DAN PEGAWAI KUMPULAN PELAKSANA (PKP) SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN BAGI JUN 2014 HINGGA JUN 2015

Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengadakan urusan kenaikan pangkat secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan bagi pegawai-pegawai seperti berikut : -

a) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG32 hingga DG54 Bagi Urusan Julai 2014 hingga Jun 2015; dan
b) Pegawai Kumpulan Pelaksana (PKP) Bagi Urusan Jun 2014 hingga Jun 2015.

Iklan-iklan bagi urusan-urusan berkenaan akan dibuka mulai 9 Februari 2015 hingga 15 Mac 2015 menerusi e-Pangkat.

Sukacita dimaklumkan bahawa bagi memudahkan urusan, iklan integrasi diwujudkan di ePangkat merangkumi :

  1. Urusan 1 Januari 2015 sehingga 30 Jun 2015 (urusan semasa) dan urusan 1 Julai 2014 hingga 31 Disember 2014 (urusan cicir) bagi PPP.
  2. Urusan 1 Januari 2015 sehingga 30 Jun 2015(urusan semasa) dan urusan 1 Julai 2014 hingga 31 Disember 2014 (urusan cicir) bagi PKP.

Sila maklum bahawa perakuan hendaklah dibuat menerusi iklan ePangkat yang akan dibuka pada tarikh berkenaan KECUALI pegawai seperti berikut yang perlu diperakui secara manual :
  1. Pegawai yang mengambil Cuti Belajar, sama ada Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP), Cuti Belajar Separuh Gaji (CBSG) atau Cuti Belajar Tanpa Gaji (CSG);
  2. Pegawai yang sedang mengambil Cuti Separuh Gaji (CSG);
  3. Pegawai yang mengambil Cuti Separuh Gaji (CTG);
  4. Pegawai yang sepatutnya layak dipertimbangkan / telah dipertimbangkan pada urusan sebelumnya tetapi tidak berjaya kerana LNPT tidak mencapai tahap yang ditetapkan / KC tidak mencapai tahap yang ditetapkan / dikenakan tindakan tatatertib;
  5. Pegawai yang telah bersara / meninggal dunia dan rekod beliau telah dikeluarkan dari senarai aktif ePangkat;
  6. Pegawai yang berada di dalam Jawatan Kumpulan; dan 
  7. PPP Ex-PPPLD yang layak dipertimbangkan urusan kenaikan pangkat secara TBBK.

Saturday, January 17, 2015

KEPUTUSAN DG42 TELAH KELUAR

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan senarai calon yang telah berjaya memperoleh kenaikan pangkat ke gred DG42 bagi guru-guru yang telah menamatkan pengajian di OUM di bawah pembiayaan pendidikan KPM.

Senarai tersebut telah dimuatnaik pada 16 Januari 2015 yang lalu. Guru-guru yang berkenaan boleh membuat semakan secara atas talian melalui laman sesawang berikut : -


 Tahniah diucapkan kepada semua calon yang berjaya. Bagi calon-calon lain yang bukan melalui pengajian di OUM anda diminta menghubungi pegawai-pegawai Unit Kenaikan Pangkat, Kementerian Pendidikan Malaysia. Sila klik pada pautan di bawah ini.

Saturday, January 3, 2015

PENANGGUHAN SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR

Pada 29 Disember 2014, YAB Menteri Pendidikan telah mengumumkan penangguhan permulaan sesi persekolahan bagi tahun 2015 selama seminggu. Sehubungan dengan itu, tarikh baharu sesi persekolahan bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor  adalah 11 Januari 2015 (Ahad) dan bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin).

KPM ingin menjelaskan sekali lagi bahawa penangguhan ini adalah setelah mengambilkira semua keadaan dan kesukaran semua pihak akibat bencana banjir seperti yang diumumkan termasuk mengambilkira pasukan keselamatan kita, pegawai dan kakitangan daripada agensi kerajaan lain yang bertungkus lumus melaksanakan operasi bantuan dan juga perlukan masa untuk persediaan persekolahan anak-anak mereka apabila operasi tersebut ditamatkan.

Sumber :
Kenyataan Media KPPM : Penjelasan Penangguhan Sesi Persekolahan Tahun 2015 Akibat Banjir

Monday, December 15, 2014

KELAHIRAN ANAK KELIMA

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dipermudahkan urusan kelahiran anak kelima kami. Bayi yang seberat 2.91 kg telah selamat dilahirkan pada pukul 10 malam 13/12/14 (Sabtu). Walaupun pada mulanya tarikh jangkaan doktor adalah pada 16 Disember 2014 manakala mengikut tarikh imbasan pula adalah pada 6 Disember 2014.
 
Maka lahirlah seorang putera permata baharu keluarga Cikgu Fadzli & Ustazah Arbaiah. Kekandanya Amirul Fahmi adalah insan yang paling gembira kerana kini dia telah ada teman untuk bermain sesama jantina. Itupun kena tunggu empat atau lima tahun akan dating.
 
 Pada hari ini, 15/12/14 berita yang aku terima daripada laman social bahawa sepupuku Wan Muhd Reduan telah menyambut cahaya matanya yang ketiga. Cuma yang aku kurang pasti adalah jantinanya. Melalui gambar yang dikirimkan aku beranggapan bahawa anaknya adalah seorang lelaki juga. Syukurlah semakin ramai umat Nabi Muhammad S.A.W. Kepada rakan-rakanku sekalian, berusaha untuk menambah rezeki yang melimpah-ruah daripada Yang Maha Mencipta.

Thursday, December 4, 2014

HARI KELUARGA KPM 2014


MASUK JAWI

Puchong, 4 Disember 2014 - Tarikh bersejarah buat Amirul Fahmi, anak kedua daripada empat adik-beradik yang telah selamat menjalani operasi berkhatan. Operasi tersebut telah dilalukan di Klinik Zuraidah, Puchong Perdana oleh doktor berpengalaman iaitu Dr. Zuraidah sendiri. 
Dia seorang yang bersemangat wajar kerana berani menyahut seruan untuk melalukan operasi berkhatan tersebut. Oleh kerana kemahuan dia, aku telah turutkan. Tahniah diucapkan kepada anakku kerana akhirnya telah menjadi seorang yang berani menyahut cabaran. Ayahmu doakan agar Amirul cepat dewasa dan menjadi seorang yang bertanggungjawab di masa hadapan.

Monday, November 24, 2014

SEMAKAN KEPUTUSAN UPSR 2014

Keputusan Peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun 2014 akan dikeluarkan pada 26 November 2014 (Rabu). Para pelajar boleh mendapatkan keputusan tersebut di sekolah masing-masing bermula pada pukul 10.00 pagi hari tersebut.

Selain pergi ke sekolah untuk mendapatkan keputusan, para pelajar atau ibu bapa/penjaga boleh menyemak keputusan ini melalui pesanan ringkas (SMS) dengan cara berikut : -












Semakan juga boleh dibuat melalui dalam talian (online) dengan cara berikut : -

Semak Online Keputusan Peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STPM

  1. Layari laman sesawang SAPS (www.saps.gov.my)
  2. Klik butang Semakan Ibu Bapa yang berwarna merah.
  3. Masukkan No. Kad Pengenalan atau No. Sijil Lahir.
  4. Pilih sama ada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah.
  5. Klik butang Semak Laporan.

Sunday, November 23, 2014

KARNIVAL UPIN & IPIN 2014

Karnival Upin & Ipin yang diadakan pada 21,22 dan 23 November 2014. Karnival tersebut diadakan di Pusat Pameran Antarabangsa Putrajaya (PICC). Aku sekeluarga telah ke sana untuk melihat sendiri kemeriahan sambutan orang ramai dengan rancangan kartun keluaran tempatan.
Pengalaman pertama yang kami alami adalah tempat parkir yang terhad. Kami terpaksa meletakkan kereta di bahu jalan raya di kaki bukit PICC. Selepas meletakkan kenderaan, kami berjalan kaki sejauh 300 meter. Setelah sampai di kaki bukit PICC, kami mula menaiki tangga yang panjang dan berlingkar-lingkar seperti ular kena palu. Ada antara pengunjung yang mengambil keputusan untuk mendaki bukit. Memandangkan isteriku sedang sarat mengandung, aku mengambil keputusan untuk menaiki tangga juga.
 
Sesampai di hadapan bangunan PICC, kami mula mencari laluan masuk ke karnival. Pada mulanya, laluan masuk adalah di bahagian pintu masuk utama. Oleh kerana ramai pengunjung pada masa tersebut, kami mencari laluan alternatif iaitu di laluan parkir kenderaan berbumbung. Memandangkan laluannya yang sempit, kami terpaksa berpusu-pusu untuk masuk ke dalam bangunan. Dengan memimpin tangan anak-anak yang dibawa agar tidak hilang kami melaluinya dengan berhati-hati. Akhirnya berjaya juga kami melepasi halangan tersebut dan masuk ke dalam ruang pameran.

Monday, November 17, 2014

MAJLIS GRADUASI AINA 2014



ANUGERAH KECEMERLANGAN AISYAH 2014

Anugerah Kecemerlangan SK Seksyen 2 Bandar Kinrara
 Mata Pelajaran Terbaik Bahasa Arab Tahun 3
 Tokoh Sahsiah Terbaik

Anugerah Kecemerlangan Sekolah Agama (KAFA)
 Tempat Kedua 3 As-Syafie
Anugerah Mumtaz