Wednesday, February 24, 2016

IKLAN PENGISIAN JAWATAN PENOLONG KANAN SEKOLAH RENDAH DG32 HAKIKI TAHUN 2016

Dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia telah bersetuju berhubung pelaksanaan pengisian Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang dinaikkan pangkat ke gred DG32, DG34, DG38, DG41/DG42 (KUP) dan DG44 (KUP) secara Time-based Khas Untuk Penyandang (KUP) ke jawatan hakiki gred DG32 di sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) mulai tahun 2010 melalui Surat Kementerian Pelajaran KP.S(NP)BS.0063/1/1Jld.13/(23) bertarikh 2 Julai 2010.

Calon-calon yang layak dan berminat dipelawa mengisi permohonan berdasarkan kepada kriteria-kriteria berikut :
  1. Memperoleh LNPT 80% ke atas bagi tiga tahun (2012, 2013 dan 2014);
  2. Calon Gred DG32, DG34, DG38, DG41/DG42 dan DG44 secara Time-based Khas Untuk Penyandang (KUP);
  3. Bagi calon-calon DG41/DG42 dan DG44 (KUP) adalah terdiri daripada pegawai Ex-PPPLD;
  4. Calon-calon masih mempunyai tempoh perkhidmatan 3 tahun sebelum bersara;
  5. Bagi Guru Cemerlang tidak boleh memohon urusan ini kecuali melepaskan opsyen kecemerlangan;
  6. Calon yang dilantik hendaklah bersedia ditempatkan ke mana-mana sekolah yang mempunyai kekosongan jawatan tersebut;
  7. Bagi calon yang telah memohon iklan sebelum ini, jika berminat perlu membuat permohonan semula memandangkan permohonan sebelum ini telah tamat tempoh;
  8. Beberapa syarat yang perlu dipatuhi dan diisi oleh calon sepertimana Format Permohonan yang disediakan.
Calon-calon yang berminat juga boleh melayari laman sesawang www.moe.gov.my/jpnselangor untuk memuat turun borang Urusan Kenaikan Pangkat DG32 (KUP) ke DG32 Hakiki. Permohonan hendaklah sampai ke Pejabat Pendidikan Daerah (Unit Perkhidmatan) sebelumatau pada 7 Mac 2016.

Saturday, February 13, 2016

MAJLIS PERKAHWINAN MUHAMMAD RUZAINI BIN ROSLAN

Muhammad Ruzaini bin Roslan atau panggilan manjanya Amat telah meengadakan majlis sambut menantu di Dewan Serbaguna, Pantai Dalam. Dia merupakan sepupuku di sebelah bapa iaitu anak kepada pasangan Roslan bin Baba dan Aminah bt. Ismail. Tahniah kepada Amat dan pasangan, semoga selamat melayari bahtera perkahwinan bersama dengan isteri yang tercinta.



Friday, February 12, 2016

SINGLE SIGN-ON (SSO)


Single Sign-On atau dalu dikenali sebagai Sistem Pengurusan Sekolah telah mengorak langkah baharu ke arah kelestarian pendidikan di Malaysia. Sistem ini diwujudkan bagi memberi kemudahan kepada guru-guru mengakses data Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan hanya sekali log masuk. Sistem ini akan menghubungkan pengguna dengan pelbagai sistem KPM yang sedia ada. Ini memudahkan kerja guru dan sekaligus mengurangkan beban kerja guru. 

Walau bagaimanapun, sistem ini hanya menjurus kepada log masuk ke dalam sistem tunggal sahaja, walhal segala maklumat perlu diisi seperti biasa oleh pengguna. Masih terdapat kelemahan di dalam sistem ini di mana masih terdapat beberapa sistem yang menggunakan data yang sama di dalam sistem yang berbeza. Contohnya, sistem eOperasi menggunakan data yang sama dengan sistem eMIS yang kadang-kala mempunyai maklumat yang tidak seiring di antara satu sama lain.

Justeru itu, harapan saya dan warga pendidik umumnya agar pihak KPM memandang serius pandangan kami agar tugas mendidik anak bangsa untuk membentuk modal insan yang cemerlang dapat direalisasikan tanpa ada lagi gangguan dalam mengisi data-data yang memeningkan kepala.

Berikut adalah menu yang terdapat di paparan utama Sistem Pengurusan Sekolah : -
  1. Utama
  2. Log Masuk
  3. Muat Turun 
  4. Hubungi Kami
  5. Lupa Kata Laluan
  6. Manual Pengguna
  7. Surat Siaran
  8. Laporan
Manakala di bawah ini adalah menu antara muka (dashboard) di dalam Single Sign-On (SSO) : -
  1. Pengurusan Sekolah
  2. Pengurusan Guru
  3. Pengurusan Murid

Thursday, January 14, 2016

PERMOHONAN PERTUKARAN KHAS GURU SESI JANUARI BIL.1/2016

Permohonan pertukaran khasguru antara negeri sesi Januari Bil 1/2016 untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan gred DG29, DG32 (KUP Timed-Based), DG34 (KUP Time-Base), DG38 (KUP Time-based), DG41, DG42, DG44 (KUP Time-Based), DG48 (KUP Time-Based), DG52 (KUP Time-Based) dan DG54 (KUP Time-Based) dibuka mulai 15 hingga 25 Januari 2016 bagi negeri yang mempunyai lebihan pengisian guru ke negeri yang mempunyai kekosongan perjawatan.

Sila klik pautan e-GTukar KPM

Monday, January 4, 2016

PERMULAAN SEKOLAH RENDAH AINA FAQIHAH 2016

 Sebelum Pergi Ke Sekolah
 Baru Sampai Sekolah
 Beratur Untuk Masuk Ke Kelas
Berjumpa Dengan Guru Kelas

Wednesday, December 23, 2015

URUSAN PEMANGKUAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) GRED DG38, DG34, DG32 DAN DG29 YANG MEMPEROLEHI IJAZAH SEMASA DALAM PERKHIDMATAN KE GRED DG42 (KUP) DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) BAGI URUSAN TAHUN 2016

Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengadakan Urusan Pemangkuan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG38, DG34, DG32 dan DG29 Yang Memperolehi Ijazah Semasa Dalam Perkhidmatan Ke Gred DG42 (KUP) di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi Urusan Tahun 2016.
Tarikh iklan bermula 18 Disember 2015 sehingga 21 Mac 2016 (di peringkat Ketua Jabatan negeri/bahagian masing-masing) dan perakuan perlu diterima di peringkat BPSM selewat-lewatnya pada 21 Mac 2016. Mana-mana perakuan yang diterima selepas tarikh tutup di peringkat urusetia di BPSM tidak akan dipertimbangkan dan Ketua Jabatan bertanggungjawab di atas sebarang kelewatan yang dikemukakan selepas tarikh tutup.
Urusan ini terbuka kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG29 hingga Gred DG38 yang telah memperolehi ijazah semasa dalam perkhidmatan sebelum atau pada 31 Disember 2015.

Monday, December 14, 2015

URUSAN KENAIKAN PANGKAT TIME BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN (TBBK) BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) YANG MEMPUNYAI PENGALAMAN SEBAGAI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIPLOMA (PPPLD) DI KPM YANG BERKELAYAKAN SEHINGGA 31 DISEMBER 2015

Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri Selangor telah menerima pemakluman berkaitan dengan Surat Siaran Urusan Kenaikan Pangkat Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) bagi Pegawai Ex-PPPLD yang berkelayakan sehingga 31 Disember Tahun 2015 melalui Ruj. Kami : KPMSP.500-3/12/1JLD.3(59) bertarikh 30 November 2015.

Sehubungan dengan itu, dipohon khususnya Pejabat Pendidikan Daerah memanjangkan pemakluman urusan ini kepada semua sekolah seliaan masing - masing agar memudahkan proses selanjutnya untuk memperakukan calon yang layak oleh Ketua Jabatan.

Bersama - sama ini dikemukakan surat siaran dari KPM berserta lampiran - lampiran yang jelas menerangkan maksudnya untuk makluman dan tindakan tuan selanjutnya.

Untuk makluman tuan urusan ini  adalah perakuan kepada PPP yang mempunyai pengalaman  sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma bagi Pegawai sebagaimana berikut :

    1. PPPS Gred DG41 ke Gred DG44;
    2. PPPS Gred DG44 ke DG48.

Dipohon kepada Ketua Jabatan untuk menyemak maklumat perkhidmatan PPP  melalui Buku Rekod Perkhidmatan serta mengenal pasti  calon - calon yang layak  TBBK 2014 dan 2015 untuk diperakukan tetapi masih belum diperakukan lagi sebelum ini. Sebarang kecuaian memperakukan semula calon yang telah dinaikkan pangkat dan kesilapan maklumat akan dipertanggungjawabkan kepada Ketua Jabatan yang membuat perakuan tersebut.

Untuk makluman tuan juga permohonan yang lengkap diisi perlu dihantar ke PPD masing - masing manakala pegawai di Jabatan mengemukakan ke Unit Naik Pangkat. PPD perlu mengemukakan maklumat calon secara hardcopy dan softcopy sebelum atau pada 28 Disember 2015 ke Unit Naik pangkat.


Calon - calon yang layak juga perlu memaklumkan kepada Ketua Jabatan sama ada di Jabatan, PPD dan Sekolah di bawah seliaan untuk membuat perakuan bagi urusan berkenaan dan semua Ketua Jabatan perlu mengikuti tarikh yang ditetapkan sebagaimana ketetapan yang diberikan agar proses perakuan calon yang layak berjalan dengan lancar.


Untuk makluman Ketua Jabatan juga, bagi PPP yang sedang disiasat/ dalam prosiding tatatertib/telah dikenakan tindakan tatatertib tidak boleh diperakui dalam urusan kenaikan pangkat secara TBBK. Ketua Jabatan hanya boleh memperakukan PPP tersebut setelah keputusan tatatertib diperoleh dan kes selesai.