Monday, August 15, 2016

GAYA RETRO PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN 2016 SK BUKIT TAMPOI (A)

JADUAL PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2016

Hari/Tarikh
Masa
Kod Kertas
SELASA
16/8/2016
07:45 – 09:00
09:05 – 10:05
11:30 – 12:45
12:50 – 01:50
Bahasa Melayu (Pemahaman)
Sains (Kertas 1)
Bahasa Inggeris (Pemahaman)
Matematik (Kertas 1)
RABU
17/8/2016
07:45 – 08:45
09:00 – 10:15
10:40 – 11:40
11:45 – 01:00
Matematik (Kertas 2)
Bahasa Inggeris (Penulisan)
Sains (Kertas 2)
Bahasa Melayu (Penulisan)

Thursday, August 11, 2016

KEMPEN KESEDARAN KESIHATAN PENDENGARAN DAN PERTUTURAN 2016


Kempen Kesedaran Kesihatan Pendengaran dan Pertuturan yang dianjurkan oleh Unit Audiologi, Hospotal Putrajaya telah datang berkunjung ke SK Bukit Tampoi (A) pada 11 Ogos 2016 (Khamis). Seramai 18 orang kakitangan hospital telah datang beserta pelbagai peralatan pendengaran dan pertuturan untuk menguji pendengaran dan pertuturan murid-murid di sekolah ini.


Di samping itu, pelbagai aktiviti sampingan yang diadakan. Antara aktiviti yang diadakan adalah seperti senamrobik, sukaneka, kuiz, pertandingan mewarna dan ceramah kesihatan. Selain itu, mereka turut menyediakan makanan dan minuman untuk semua kakitangan dan murid SK Bukit Tampoi (A).


Di akhir program, para pemenang diraikan dengan pemberian hadiah yang turut disedikan oleh pihak hospital. Murid-murid SK Bukit Tampoi (A) sangat gembira dengan kehadiran mereka di sini. Walaupun tujuan utamanya adalah untuk pemeriksaan kesihatan tetapi aktiviti sampingannya membuatkan murid leka seketika. Syabas dan tahniah kepada kakitangan Unit Audiologi, Hospital Putrajaya kerana sudi menganjurkan kempen sebegini di sekolah kami.

Friday, August 5, 2016

BAS PINTAR FOUNDATION BERKUNJUNG KE SK BUKIT TAMPOI (A)

Bas Pintar Foundation merupakan bas interaktif untuk pembelajaran murid di sekolah-sekolah di bawah tajaan Pintar Foundation. Di dalam ini mengandungi gajet interaktif untuk pembelajaran berkonsepkan kecerdasan pelbagai (multiple intelligence). 


Bas ini didatangkan bersama seorang pemandu dan dua orang pemudahcara (fasilitator) untuk memberikan penerangan cara penggunaan gajet interaktif yang disediakan. Mereka adalah En. Khairul dan Cik Mira.


Murid-murid di bawa masuk secara berperingkat iaitu mengikut kelas masing-masing. Mereka diberi masa kurang lebih 30 minit bagi setiap sesi. Pada setiap sesi, murid akan diberikan penerangan tentang gajet interaktif dan fungsi bagi setiap gajet.


Kemudian murid akan dibenarkan untuk menggunakan semua gajet yang tersedia mengikut giliran masing-masing. Di akhir pembelajaran, murid diberikan borang soal selidik tentang kepuasan hati murid terhadap Bas Pintar ini.

Saturday, July 30, 2016

RUMAH TERBUKA DI HOTEL SAMA-SAMA KLIA

Malaysia Airport Holding Berhad telah bermurah hati untuk menganjurkan rumah terbuka bagi meraikan anak-anak asnaf dari SK Bukit Tampoi (A), SK Sungai Melut (A) dan SK Cyberjaya. Turut hadir adalah semua kakitangan MAHB dan keluarga. Di samping mengiringi anak muridku, aku turut membawa bersama ahli keluarga untuk menjamu selera. Bersama-sama kami adalah En. Azman Shah dan keluarga, Cik Siti Khatijah dan dua orang guru praktikum iaitu En. Syaiful dan En. Rafifuddin. Bagi memeriahkan majlis, MAHB juga telah menjemput ikon kanak-kanak iaitu Upin & Ipin.

Friday, July 1, 2016

MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM IHYA' RAMADHAN 2016

Murid-murid yang menerima hamper dan duit raya

SK Bukit Tampoi (Asli) telah menjalankan Majlis Penutupan Program Ihya' Ramadhan pada 1 Julai 2016 (Jumaat) di kantin sekolah. Majlis ini telah dilaksanakan oleh Panitia Pendidikan Agama Islam bagi mengisi masa terluang dengan zikir untuk murid-murid yang beragama Islam. Tahniah diucapkan kepada Ustaz Anwar, Ustazah Nor Baizura dan Ustazah Nurul Husna kerana berjaya melaksanakan Program Ihya' Ramadhan pada tahun ini dengan jayanya.

Guru-guru SK Bukit Tampoi (Asli) bergambar kenangan dengan pakaian hari raya

Berselfie dengan anak-anak murid

Wednesday, June 8, 2016

BANTUAN KHAS HARI RAYA AIDILFITRI 2016

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada semua 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

Beliau juga berkata bantuan khas RM250 akan turut dinikmati oleh 743 000 pesara kerajaan sebagai menghargai jasa mereka. Anggaran peruntukan kewangan yang berjumlah 1 billion ringgit akan dibuat pada 13 Jun 2016.

Sumber : Bernama (8 Jun 2016)