Sunday, December 3, 2017
Thursday, November 30, 2017
HARI BERTEMU PELANGGAN JPN SELANGOR 2017
Bersama Pn. Mazura (Bekas GPK 1 SKS2BK)
Bertemu Pn. Maimoon (Bekas GB SKS2BK)
Bertemu Abu Talib (sahabat maktab perguruan)
Bertemu Suzila dan kawan (Guru SKPP)
Bertemu En. Marzuki (Pegawai ICT JPN)
Bertemu Pn. Munaliza (GB SKSP)
Thursday, August 31, 2017
URUSAN PEMANGKUAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) SEBAGAI GURU BESAR DARI GRED DG41/DG42 KE GRED DG44 SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) BAGI TAHUN 2017
Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan urusan pemangkuan Guru Besar Gred DG41/DG42 ke Gred DG44 Khas Untuk Penyandang (KUP) bagi tahun 2017 bermula 29 Ogos 2017 hingga 15 September 2017 (Peringkat permohonan calon).
Urusan pemangkuan ini terbuka kepada semua PPP yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun di Gred DG41/DG42 sebelum atau pada 31 Disember 2017 sebagai Guru Besar Ex-PPPLD serta telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam urusan pemangkuan ini. Permohonan hendaklah melalui Ketua Jabatan dengan menggunakan Sistem e-Pangkat. Permohonan yang dikemukakan ke BPSM secara luar talian tidak akan dipertimbangkan.
Bagi Guru Besar yang layak dinaikkan pangkat ke Gred DG44 (KUP) secara Time-based Ex-PPPLD pada 2017 dan sebelumnya adalah tidak dibenarkan memohon urusan pemangkuan laluan khas ini memandangkan tarikh kenaikan pangkat pegawai secara TBBK Ex-PPPLD adalah lebih awal. Oleh itu, Ketua Jabatan hendaklah memperakukan pegawai-pegawai ini untuk urusan kenaikan pangkat secara TBBK Ex-PPPLD tertakluk kepada iklan yang akan dibuka.
Iklan boleh mula dipohon mulai 29 Ogos 2017.
Keterangan lanjut sila rujuk lampiran Surat Siaran di bawah ini.
Sunday, August 27, 2017
KARNIVAL BOBOIBOY GALAXY DI ALAMANDA 2017
Bergambar dengan Boboiboy Galaxy
Bergambar dengan Geng Boboibooy
Bergambar di Frame Pokemon
Bersalam dengan Geng Boboiboy
Yaya dalam Boboiboy
Yaya dalam Boboiboy Galaxy
Amirul dan Aina dalam Permainan Boboiboy Kad
Tuesday, July 18, 2017
PERMOHONAN NPQEL AMBILAN 2018
Permohonan NPQEL ambilan tahun 2018 boleh dilakukan melalui sistem dalam talian NPQEL MPPS mulai 11 Julai 2017 sehingga 11 Ogos 2017. Sila klik pautan Permohonan NPQEL Dalam Talian.
Sila semak kelayakan untuk menyertai kursus NPQEL :
Sila semak kelayakan untuk menyertai kursus NPQEL :
- Telah disahkan dalam jawatan (bagi PPP DG 29);
- Markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) melebihi 85% selama 3 tahun terkini;
- Bebas daripada tindakan tatatertib;
- Telah mengisytiharkan harta (masih dalam tempoh 5 tahun);
- Lulus Tapisan Keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM);
- Bebas daripada senarai Peminjam Tegar Institusi Pinjaman Pendidikan; dan
- Diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan.
Wednesday, June 7, 2017
CUTI GANTI SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2017
Kementerian Pendidikan Malaysia bersetuju memberi Cuti Berganti pada 23 Jun 2017 (Jumaat) kepada sekolah-sekolah di dalam Kumpulan B sempena Hari Raya Aidilfitri 2017 yang dijangka jatuh pada 25 Jun 2017 (Ahad).
Negeri-negeri di dalam Kumpulan B terdiri daripada Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan. Negeri-negeri ini perlu mengganti cuti pada 17 Jun 2017 (Sabtu).
Friday, May 19, 2017
HARI GURU 2017 DISAMBUT MERIAH
Semasa Majlis Perasmian Hari Guru 2017
Nyanyian Lagu "Kami Guru Malaysia"
Bergambar bersama beg cenderamata
Model pakaian kembar seiras
Model
Anugerah Guru Serba Boleh
Permainan Berbalas Pantun
Gaya Pentadbir Sekolah
Ain bersama Guru Prasekolah
Aku bersama anak muridku
Guru-guru SK Bukit Tampoi (A)
Aimi rakan Ain yang bakal berpindah
Tuesday, May 9, 2017
PELANTIKAN SEBAGAI PK HAL EHWAL MURID SK BUKIT TAMPOI (A)
En. Mohd. Fadzli sebagai PK HEM di SK Bukit Tampoi (A)
Semalam aku mendapat maklumat daripada PK HEM di mana aku dan dia perlu berada di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sepang pada pukul 9.00 pagi pada 9 Mei 2017 (Selasa) di Bilik Gemilang Puri. Tujuan perjumpaan adalah untuk menyerahkan surat lantikan pentadbiran oleh Pegawai PPD Sepang. Hatiku mulai gundah-gulana kerana beranggapan aku akan dipindahkan ke sekolah lain.
Penyelia Pengurusan Sekolah
Keesokkan harinya, aku telah pergi ke PPD Sepang seperti yang dijanjikan. Di sana akan berjumpa dengan rakan-rakan penolong kanan pelbagai jawatan yang datang untuk tujuan yang sama. Pada pukul 9.15 pagi majlis yang ringkas telah diadakan bersama kehadiran Timbalan Pegawai PPD dan Penyelia Pengurusan Sekolah. Seramai tiga orang lantikan pentadbir baharu dan lapan orang pertukaran ke jawatan setara.
Timbalan Pegawai PPD Sepang
Kami telah diberikan taklimat ringkas oleh En. Faizam (Penyelia Pengurusan Sekolah) berkaitan tujuan perjumpaan dan langkah-langkah yang perlu diambil sejurus surat lantikan tersebut diperoleh. Diikuti oleh ucapan ringkas oleh Tuan Haji Mutalib (Timbalan Pegawai PPD Sepang) dan beberapa nasihat sebagai pedoman kepada kami.
Pn. Noor Adida sebagai PK Kokurikulum SK KLIA
Sejurus mendapat surat lantikan tersebut aku mendapati yang aku masih ditempatkan di sekolah yang sama, cuma pertukaran jawatan sahaja. Aku ditukarkan ke jawatan yang setara iaitu dari PK Kokurikulum ke PK Hal Ehwal Murid menggantikan tempat Pn. Noor Adida yang bertukar ke jawatan PK Kokurikulum di SK KLIA. Jawatan PK Kokurikulum SK Bukit Tampoi (A) diisi oleh En. Farid dari SK Taman Putra Perdana 2 yang sebelum ini menjawat jawatan sebagai PK Petang.
En. Farid sebagai PK Kokurikulum di SK Bukit Tampoi (A)
Alhamdulillah. Setelah selesai penyerahan surat pelantikan masing-masing telah menuju ke sekolah yang ditempatkan mengikut surat tersebut untuk melapor diri. Tarikh lantikan bagi jawatan kami adalah pada 8 Mei 2017 (Isnin). Aku berjanji kepada diriku agar mendukung jawatan yang diamanahkan dengan sebaik mungkin dan sedaya upayaku. Gambar di bawah ialah En. Suzaim sebagai PK Kokurikulum dari SK KLIA ditempatkan secara setara ke PK Petang di SK Cyberjaya.
En. Suzaim sebagai PK Petang di SK Cyberjaya
Subscribe to:
Posts (Atom)





















































