Saturday, May 19, 2018

SAMBUTAN HARI GURU SK BUKIT TAMPOI (A) TAHUN 2018


Sambutan Hari Guru pada tahun ini agar meriah kerana turut diraikan bersama PIBG dan ibu bapa. Ini adalah satu inisiatif YDP PIBG supaya ibu bapa turut menunjukkan sokongan dan penghargaan kepada warga pendidik. PIBG juga bermurah hati dengan menyumbangkan 3 buah kek buat guru-guru.

Selepas majlis perasmian, aku menyertai guru-guru dalam aktiviti permainan. Akku diletakkan di dalam kumpulan 1 yang dianggotai oleh Rozima, Nor Baizura dan Itaerdayu. Ada tiga aktiviti yang kami sertai iaitu permainan memasukkan benang ke dalam jarum, teka simpulan bahasa dan musang berjanggut.

Di akhir program guru-guru telah menerima hadiah bagi permainan tersebut yang disampaikan oleh Guru Besar. Turut disampaikan adalah hadiah kepada semua guru dan staf sebagai penghargaan daripada Badan Kebajikan yang diakhiri dengan pemberian hadiah oleh murid-murid kepada guru-guru kesayangan mereka.




















Thursday, April 19, 2018

TRAIN THE TRAINER FOR JUNIOR INNOVATE 2018


Program Train The Trainer adalah sebahagian daripada Program Junior Innovate yang dianjurkan oleh Chumbaka dengan penajaan daripada Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). Ini adalah persediaan untuk pertandingan Junior Innovate Wilayah Tengah yang dijangka diadakan pada 29 - 30 September 2018 di Bukit Jalil.

Sebanyak 8 buah sekolah yang terlibat dengan program ini. Sekolah-sekolah yang terlibat terdiri daripada SK Putrajaya 8, SK Intan Baiduri, SK Kota Warisan, SK Bukit Kemuning 2, SK Kampung Selayang, SK Jenderam, SK Sungai Rawang dan SK Bukit Tampoi (A) yang diadakan pada 18 - 19 April 2018 di Digital Maker Hub, Cyberjaya.

SK Jenderam, SK Sungai Rawang dan SK Bukit Tampoi (A) telah ditaja oleh UEM Edgenta manakala sekolah selebihnya ditaja oleh MDEC. UEM Edgenta dan MDEC telah menaja program selama 2 hari ini bersama set Arduino buat sekolah masing-masing.


Sesi Pembentangan Kumpulan Guru







Sesi Pembentangan Kumpulan Murid






Hasil Projek