Monday, June 18, 2018

SALAM AIDILFITRI 1439H

Image result for hari raya aidilfitri 2018

Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada semua kaum keluarga, sahabat handai dan rakan taulan. Pohon ampun dan maaf di atas kesilapan dan kesalahan diriku dan keluarga sepanjang tahun ini sama ada disengajakan ataupun tidak. Semoga kalian berada di dalam Rahmat-Nya yang Maha Esa.



Saturday, May 19, 2018

SAMBUTAN HARI GURU SK BUKIT TAMPOI (A) TAHUN 2018


Sambutan Hari Guru pada tahun ini agar meriah kerana turut diraikan bersama PIBG dan ibu bapa. Ini adalah satu inisiatif YDP PIBG supaya ibu bapa turut menunjukkan sokongan dan penghargaan kepada warga pendidik. PIBG juga bermurah hati dengan menyumbangkan 3 buah kek buat guru-guru.

Selepas majlis perasmian, aku menyertai guru-guru dalam aktiviti permainan. Akku diletakkan di dalam kumpulan 1 yang dianggotai oleh Rozima, Nor Baizura dan Itaerdayu. Ada tiga aktiviti yang kami sertai iaitu permainan memasukkan benang ke dalam jarum, teka simpulan bahasa dan musang berjanggut.

Di akhir program guru-guru telah menerima hadiah bagi permainan tersebut yang disampaikan oleh Guru Besar. Turut disampaikan adalah hadiah kepada semua guru dan staf sebagai penghargaan daripada Badan Kebajikan yang diakhiri dengan pemberian hadiah oleh murid-murid kepada guru-guru kesayangan mereka.