Monday, August 24, 2009

Fadhilat Solat Tarawih 2

Malam 6
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala para malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap satu batu dan tanah berdoa untuk keampunan oarang-orang yang mengerjakan tarawih pada malam itu.

Malam 7
Seolah-olah mereka dapat bertemu dengan Nabi Musa A.S. serta menolong baginda menentang musuhnya Firaun dan Hamman.

Malam 8
Allah SWT mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.

Malam 9
Allah SWT mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10
Allah SWT mengurniakan kepada mereka kebaikan dunia dan akhirat.

Dipetik daripada MBSA

Friday, August 21, 2009

Fadhilat Solat Tarawih

Malam 1
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

Malam 2
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat tarawih serta dosa-dosa kedua ibu bapanya.

Malam 3
Para malaikat di bawah Arasy' menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

Malam 4
Orang-orang yang mengerjakan solat tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

Dipetik daripada MBSA

Thursday, August 20, 2009

Pengisytiharan Puasa 2009

Pada malam ini, Penyimpan Mohor-Mohor Besar Raja-Raja telah mengisytiharkan bahawa tarikh permulaan puasa pada tahun 2009 ini adalah pada 22hb. Ogos 2009 iaitu pada hari Sabtu. Di sini saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak dan selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat yang mengenali saya.

Tuesday, August 18, 2009

Bisnes Bulan Puasa

Sempena bulan puasa yang akan datang ini, aku telah menjalankan bisnes menjual serunding. Stok serunding ini saya dapat daripada makcik saya yang berada di negeri Kelantan. Di negeri Che Siti Wan Kembang ini terdapat beberapa kawasan yang popular dengan serunding iaitu Kampung Laut dan Pasir Mas. Makcik saya yang tinggal di Kampung Laut telah hampir 10 tahun berkecimpung dengan perniagaan serunding ini.

Berikut adalah jenis serunding yang makcik saya sediakan antaranya ialah serunding daging dan serunding ikan.Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi dealer sila hubungi telefon saya (017-8880954)
Serunding Daging

1 kilogram = RM 60.00

1/2 kilogram = RM 30.00

200 gram = RM 12.00



Serunding Daging

1 kilogram = RM 60.00

1/2 kilogram = RM 30.00

200 gram = RM 12.00

Cuti Sekolah Awal SK Seksyen 2 Bandar Kinrara

Pada 17hb. Ogos 2008, SK Seksyen 2 Bandar Kinrara telah diisytiharkan tutup selama seminggu mulai hari sehingga 24hb. Ogos 2009. Ini disebabkan oleh penularan wabak Selsema Babi H1N1 yang telah disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Tuesday, August 11, 2009

Kursus Penolong Penyelaras Makmal Komputer Fasa 6

Bagi membantu Penyelaras Makmal Komputer SK Seksyen 2 Bandar Kinrara iaitu Makmal Komputer Fasa 6, aku telah diminta untuk menghadiri kursus Penolong Penyelaras Makmal Komputer di SK Seksyen 13, Shah Alam yang bersebelahan dengan Stadium Melawati. Fasilitator yang mengajar aku adalah terdiri daripada En. Farihin Fong Sho Ghi dan En. Mohd Rafiq dari Mega Computer Solutions.

Tuesday, July 21, 2009

Selamat Hari Lahir Ke-28

Selamat Hari Lahir ke-28 buat adikku Mohd. Farid. Walaupun sambutannya agak awal beberapa hari. Ini adalah disebabkan oleh masa yang tidak sesuai. Kebanyakan adik-beradikku hadir kecuali Afiqah yang sedang mengikuti pengajiannya di UiTM Cawangan Machang, Kelantan. Bagi kakak kepada Farid, dia menggabungkan hari lahir kedua-dua anaknya iaitu Muhammad Haziq dan Muhammad Azim di mana hari lahir mereka adalah pada bulang yang sama dengan pakcik mereka ini.

SELAMAT HARI LAHIR ADIK DAN ANAK-ANAK SAUDARAKU

Wednesday, July 8, 2009

Sakit Tekak

Semalam aku telah pergi ke sebuah klinik kerajaan di sekitar Lembah Pantai. Sudah agak lama aku tidak pergi ke klinik kerajaan untuk pemeriksaan. Kali ini aku pergi ke sana adalah untuk membuat pemeriksaan tekak.

Pada pagi semalam (7/7/09) selepas aku bangun dari tidur, aku dapati suaraku tidak dapat keluar seperti biasa. Sehari dua ini memang aku dapat rasakan tekakku agak kering dari biasa. Jadi aku telah beritahu pihak sekolah tempat aku bekerja untuk meminta kebenaran untuk pergi ke klinik untuk membuat pemeriksaan.

Selepas diperiksa, kerongkong dalam mulutku telah membengkak. Selepas doktor menulis perskripsi ubat yang aku perlukan, beliau telah meminta aku untuk berjumpa dengan ketua doktor untuk mendapatkan kebenaran cuti sakit. Beliau telah memberikan sehari untuk cuti sakit. Cuti yang telah diberikan oleh doktor tersebut aku gunakan untuk berehat secukupnya.

Kepada anda semua, aku harapkan agar jagalah kesihatan diri. Maklumlah cuaca sekarang yang agak berjerebu, kering dan panas mungkin membawa penyakit yang tidak pernah kita undang. Jadi berwaspadalah.

Tuesday, June 30, 2009

Tindakan Tatatertib

Pada sebelah tengaharinya pula aku dan beberapa orang rakan setugas yang lain telah dipanggil oleh GPK Kurikulum & Tadbiran berkaitan surat tunjuk sebab yang telah aku hantar tempoh hari. Ia berkenaan ketidakhadiranku pada 3 hari semasa cuti sekolah yang lalu. Pada hari berkenaan aku sepatutnya ke sekolah untuk mengikuti kursus Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) yang dikendalikan oleh pihak sekolah.

Sehari sebelumnya aku telah terlebih dahulu bertolak untuk mengikuti pakej perlancongan keluarga yang diadakan di Pulau Kapas. Jadi adalah mustahil aku dapat menghadiri kursus tersebut. Pakej ini telah kami rancang 2 bulan lebih awal. Lagipun wang deposit pun sudah aku bayar. Takkan setiap perancangan untuk bersama keluarga juga perlu diberitahu kepada pihak sekolah. Logik tak?

Pencerapan P&P

Pencerapan adalah salah satu cara penilaian. Dan pada hari aku telah dicerap oleh GPK Kurikulum & Tadbiran, SK Seksyen 2 Bandar Kinrara. Masa pencerapan adalah pada jam 7.40 pagi sehingga 8.40 pagi. Mata pelajaran yang dicerap pula adalah Matematik Tahun 5 Kuprum.

Aku mengajar seperti biasa yang aku lakukan. Cuma ada sedikit penambahan dalam penyediaan Bahan Bantu Mengajar (BBM). Kebanyakan masa pengajaran, aku menggunakan Bahasa Inggeris, malangnya seperti yang aku jangkakan ada segelintir muridku yang langsung tidak memahami penerangan yang aku berikan.

Saturday, June 27, 2009

Majlis Perpisahan

Sempena cuti berganti bagi kebanyakan sekolah-sekolah di Malaysia pada hari ini, Sekolah Kebangsaan Seri Mega telah berbesar hati untuk menjemput bekas guru-guru SK Seri Mega 2008 yang telah berpindah ke sekolah baru pada awal 2009 yang lepas ke Majlis Perpisahan Bekas Guru-Guru SK Seri Mega 2008.

Walaupun begitu, hanya Cikgu Tham Lai Wun sahaja yang dapat menghadirkan diri. Guru-guru jemputan yang lain tidak dapat mengadirkan diri kerana terlibat dengan tugas-tugas lain yang perlu diselesaikan di tempat kerja masing-masing dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi mengadakan dan menjemput kami bekas guru-guru SK Seri Mega 2008 untuk majlis tersebut. Diharapkan agar guru-guru SK Seri Mega akan terus meningkatkan prestasi murid-muridnya agar lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

Hari Terbuka

Pada hari ini Sabtu (27hb. Jun 2009) - Sekolah Kebangsaan Seksyen 2 Bandar Kinrara telah mengadakan sekolah ganti. Ia merupakan rentetan daripada cuti berganti yang akan diambil sempena Hari Raya Aidilfitri 2009. Berikutan itu, pihak sekolah telah bersetuju untuk menjadikan hari ini sebagai Hari Terbuka sekolah. Ini bermakna ibu bapa murid boleh mendapatkan buku rekod murid. Ibu bapa akan secara langsung bertemu dengan guru-guru kelas dan guru mata pelajaran bagi mengetahui prestasi terkini anak-anak mereka.

Selain daripada Hari Terbuka, pihak sekolah juga telah membuat kutipan yuran lain persekolahan yang berjumlah RM 29.00 setiap murid. Ini adalah jumlah yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah dipilih oleh pihak sekolah melalui pakej-pakej yang telah ditetapkan. Bersama-sama dengan ini, Persatuan Ibu, Bapa Dan Guru, SK Seksyen 2 Bandar Kinrara telah bersetuju untuk guru-guru kelas mengutip yuran PIBG yang berjumlah RM50.00 bagi setiap keluarga. Ini adalah jumlah yang telah dipersetujui oleh ibu bapa pada Mesyuarat Agong PIBG 2009.