Tuesday, March 29, 2011

SPPICTS 2011 Bermula Lagi

Kutipan data berlangsung dari 27 Mac 2011 sehingga 16 April 2011. Mohon kerjasama semua pihak untuk menjayakan kutipan data kali ini.

Maklumat untuk mengisi adalah seperti berikut :http://www.blogger.com/img/blank.gif
1. URL : http://ssqs.moe.edu.my/ssqs/index.php
2. ID :
3. Password : <123>

Sila kemaskini maklumat jika ada perubahan dan jawab soalan yang dikemukakan dengan jujur. Pastikan tiada medan yang tertinggal (semua ikon petunjuk menjadi warna hijau)

Thursday, March 17, 2011

HARI LAHIRKU YANG KE-33

Tanggal 17 Mac 2011 (Khamis) merupakan hari lahirku yang ke-33. Pada tahun ini, sambutannya sedikit menyedihkan kerana kekurangan peruntukan. Pendapatan bulananku tidak lagi dapat menampung perbelanjaanku sekeluarga. Aku tidak tahu di mana silapnya. Bila dibuat kira-kira, aku mendapati ada lebihan daripada pendapatanku tetapi malangnya ia habis begitu sahaja. Mungkin aku perlu mengubah strategi perbelanjaanku. Seperti maklumat yang aku peroleh daripada pembacaanku, buat simpanan dahulu barulah berbelanja. Mungkin dengan cara ini dapat meningkatkan simpananku seterusnya memberi keselesaan dalam hidupku.

Kali ini, tiada sambutan yang aku dan keluargaku buat berkaitan dengan masalah di atas. Cuma aku membawa keluargaku keluarkan sedikit simpananku untuk perbelanjaan harian sahaja. Alhamdulillah, memadailah dengan apa yang dikurniakan tuhan kepada keluargaku yang sederhanan ini. Semoga rezeki yang diberikan akan dikekalkan dan diberkati-Nya. Amin.

Sunday, February 20, 2011

PENDRIVE BUKAN SEKADAR TEMPAT SIMPANAN DATA SAHAJA


PADA hari ini USB Pen Drive atau Cakera Flash USB mengambil alih peranan disket yang suatu ketika dahulu digunakan sebagai tempat simpanan data luaran yang mudah di bawa ke mana-mana.

Malah, ia mempunyai kapasiti yang lebih tinggi daripada disket dan bentuk fizikalnya juga lebih kecil dan ringan berbanding disket.

Dalam dunia teknologi maklumat hari ini, ia merupakan alat yang sangat penting dalam kehidupan seharian kita sama ada untuk pekerjaan atau sebagainya.

Malah dengan rupa bentuk yang pelbagai dan menarik, ia dijadikan sebagai sebahagian fesyen kepada seseorang.

Apa yang lebih menarik ialah peranan Cakera Flash USB ini bukan sahaja untuk penyimpanan data semata-mata tetapi terdapat kegunaan-kegunaan yang lain.

Antaranya adalah seperti berikut:-

* Ia boleh digunakan untuk melarikan program-program komputer secara terus daripadanya seperti OpenOffice, Mozilla Firefox dan lain-lain.

Program-program komputer ini boleh dipilih oleh anda untuk memasangkannya kepada Cakera Flash USB tersebut.

Sila lawati laman web PortableApps.com untuk mengetahui faedah ini.

* Sekiranya anda mahu Cakera Flash USB ini berfungsi lebih daripada melarikan program-program komputer, maka ia perlu berupaya melarikan sistem pengoperasian.

ini boleh dilakukan sama ada anda mahu larikan sistem pengoperasian Windows atau Linux.

Konfigurasinya agar rumit tapi anda boleh dapati manualnya di Internet.

* Cakera Flash USB juga boleh dijadikan alat untuk sambungan tanpa wayar dengan menggunakan fungsi konfigurasi sambungan tanpa wayar yang ada dalam Windows dan menyimpan salinan konfiguasi sambungan wayar itu ke dalamnya.

* Ia juga boleh digunakan untuk dijadikan sebagai alat mereset kata laluan bagi Windows.

Sumber daripada Utusan Online.

Saturday, February 19, 2011

KERJA YANG PERLU DISIAPKAN MINGGU HADAPAN

Pada minggu hadapan merupakan minggu yang sibuk kerana ada 3 tugas yang perlu dibereskan dengan kadar segera. Berikut adalah tugas yang mesti dibereskan.

1. Pendaftaran murid ke Pertandingan Balapan dan Padang MSSD Petaling 2011
2. Kertas soalan untuk Ujian BUlanan 1
3. 3 tugasan OUM yang perlu dihantar pada 1 hingga 7 Mac 2011

Dalam masa yang amat suntuk ini aku mesti bertungkus-lumus untuk menyelesaikan semuanya. Harap aku dapat menyelesaikannya dengan bantuan dan sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan.

Saturday, January 29, 2011

MALAYSIA IT FAIR 2011 DI MID VALLEY

Selepas selesai Larian Merentas Desa Peringkat Sekolah di SKS2BK, aku telah pergi ke Mid Valley. Tujuan aku ke sana adalah untuk ke Malaysia IT Fair yang diadakan mulai hari ini sehingga esok. Pada pemerhatian aku, IT Fair ini dikelolakan oleh Karspesky. Karspesky menawarkan belian atas belian. Jika anda membeli antivirus keluaran syaikat tersebut sama ada KAV atau KIS anda akan memperoleh 1 unit KAV PERCUMA!!!. Selain daripada itu, anda juga akan memperoleh angpau Jackie Chan, Chinese Zodiak dan beg Menghijaukan Bumi. Anda juga berpeluang untuk mendapatkan pendrive 4GB dengan harga RM1 sahaja jika anda membeli KIS 2011. Aku harap info ini membantu buat sesiapa yang nak beli produk Karspesky 2011.

Sunday, January 23, 2011

TABLET UNTUK PRODUKTIVITI


Tablet PC dijangka menjadi alat ICT yang terhebat pada tahun 2011. Ia bukan sahaja kecil dan ringan tetapi yang paling menarik adalah kepelbagaian fungsinya kepada pengguna. Berikut adalah beberapa fungsi yang perlu ada pada sebuah Tablet PC.

1. Simpan dalam beg
Berikutan cirinya yang mudah alih dan fleksibel, anda boleh membawa dan menggunakan Tablet PC di mana jua.

2. Mobiliti dalam Persekitaran Kerja
Gunakan Tablet PC untuk pelbagai tugas kerja. Misalnya, guru boleh menggunakan Tablet PC untuk persediaan pengajaran hariannya.

3. Baca Buku
Tablet PC merupakan cara terbaik untuk anda membaca kandungan digital seperti E-Majalah, Ebook, dokumen PDF dan sebagainya.

4. Ikuti Berita
Membaca akhbar adalah sesuatu yang penting pada waktu pagi. Dapatkannya secara online sebelum ia dijual di kedai.

5. PowerPoint
Anda boleh menyunting atau menyudahkan persembahan slaid PowerPoint dengan mudah.

6. Lakaran Kreativiti
Aktiviti melakar adalah lebih mudah dengan menggunakan pen digital.

7. Ambil Nota
Anda boleh menggunakan kekunci terbina atau menulis terus ke Tablet PC.

8. Mesyuarat
Membolehkan anda mengambil nota dan mengikuti perjalanan mesyuarat dengan lebih baik.

9. Ucapan
Tablet PC juga dipasang perisian pengesan suara yang menukarkan pengucapan kepada perkataan.

10. Borang
Pengisian borang dengan Tablet PC dapat menjimatkan kertas dan kos operasi.

11. Log Perbatuan
Gunakan Tablet PC untuk menyimpan segala rekod perbatuan terus dalam bentuk digital.

12. Resipi di Dapur
Gantungkan Tablet anda di dinding untuk memasak resipi masakan kegemaran anda.

13. Album Foto
Gunakan Tablet PC untuk menunjukkan gambar kenangan anda kepada teman.

14. Menonton tayangan
Tidak perlu pemain DVD untuk memainkan tayangan. Hanya perlu muat turun dan tonton pada Tablet PC.

15. Peta Minda
Tablet juga memberi anda kemampuan melakar peta minda. Gunakan program Paint, Word atau pasang perisian lain yang bersesuaian.

16. Sembang
Sama ada menggunkana Yahoo! Messenger atau Windows Live, anda juga boleh bersembang menggunakan Tablet.

17. Jadual
Hanya gunakan program Kalendar, klik ikon dan jadual anda akan dipaparkan.

18. Diari
Sama seperti mengambil nota, anda juga boleh mencatat warna-warni kehidupan anda pada diari digital di Tablet PC.

19. Tulis dan Terbit
Rekabentuk dan keupayaan skrin anda membolehkan anda memasukkan teks dengan cepat.

Maklumat diperolehi daripada Majalah PC keluaran Februari 2011

Tuesday, January 18, 2011

HARI THAIPUSAM

Pada 20 Januari 2011 (Khamis), kaum India akan menyambut perayaan Hari Thaipusam. Hari tersebut merupakan hari cuti umum seluruh Malaysia. Oleh yang demikian, semua premis kerajaan akan bercuti selama 1 hari sahaja agar kaum India khususnya dapat merayakan perayaan tersebut. Ia akan dibuka semula seperti biasa pada keesokkannya iaitu pada 21 Januari 2011 (Jumaat). Selamat menyambut Hari Thaipusam kepada semua sahabat handai dan rakan taulan yang berbangsa India di Malaysia mahupun di mana jua anda berada.

Saturday, January 15, 2011

MAJLIS PERPISAHAN PN. NAFISAH BT. SALLEH


Pada 14 Januari 2011 (Jumaat) yang lalu, SKS2BK telah mengadakan majlis perpisahan buat Pn. Nafisah, Pn. Juliana dan Pn. Jamalah. Malangnya hanya Pn. Nafisah sahaja yang hair pada majlis tersebut. Beliau telah berpindah ke sekolah baharu iaitu SK Taman Desaminium, Seri Kembangan. Sampai berjumpa lagi dan selamat bertugas di tempat baharu bersama kakitangan baharu.

Tuesday, January 11, 2011

MALAYSIA IT FAIR 2011


Kepada semua peminat IT. Ini adalah peluang anda untuk mendapatkan pendrive 4GB pada harga RM1 sahaja. Bersama-samalah kita ke Mid Valley pada 28 hingga 30 Januari 2011.

Sunday, January 9, 2011

FINALIS AJL 2010













Senarai Finalis AJL 2010

1)Hanyut – Audi Mok/Faizal Tahir/Faizal Tahir
2)Kebahagiaan Dalam Perpisahan – Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim/Shahir AF8
3)Noktah Cinta – Ajai/Sheikh Qalam/Hafiz AF7
4)Drama King – Taja/Teja/Meet Uncle Hussain
5)Ku Ada Kamu – Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim/Adira AF8
6)Cinta Sempurna – Yuna
7)Pelita – Loque/Loque/A.P.I
8)Berlari – Shazzy Ishak/Tomok
9)Sofea Jane – Iswandy/Sham/Black Mentor
10)Mencari Konklusi – Noh/Noh/Hujan
11)Selamat Malam – Audi Mok/Faizal Tahir
12)Ekstravaganza – Sam/Bunkface
13)Jahat – Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim/Stacy
14)Tolong Ingatkan Aku – Ana Raffali

Antara mereka siapakah yang akan dinobatkan sebagai Juara AJL Ke-25 ini?

Saturday, January 8, 2011

MAJLIS PERSANDINGAN DUA PUPU






Aku memanggilnya, Ayol. Anak bongsu daripada empat adik-beradik. Tiga orang kakaknya telah berumahtangga dan mempunyai cahaya mata. Dia selamat diijabkabulkan dengan Ila, gadis Dato' Keramat, Kuala Lumpur. Selamat berbahagia kepada Ayol dan Ila. Semoga kekal ke anak cucu.

Wednesday, December 29, 2010

TAHNIAH HARIMAU MALAYA


Sila dapatkan berita lanjut daripada Utusan Online

KERTAS AKHIR OUM 2010

Hari ini adalah hari terakhirku menduduki peperiksaan OUM pada tahun ini. Kertas yang aku ambil adalah kertas Morfologi dan Sintaksis. Aku berharap aku boleh menjawabnya dengan baik. Selepas ini barulah aku akan berasa lega kerana beban peperiksaan telah berakhir.

Pada tahun 2011, aku akan berdepan dengan pelbagai tugasan yang lebih mencabar minda dan emosiku. Selamat tahun baru kepada semua sahabat handai dan keluarga tersayang.