Monday, September 23, 2013

SINGGAH DI PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SKS2BK 2013

SK Seksyen 2 Bandar Kinrara telah mengadakan Perkhemahan Unit Beruniform 2013 pada 20 dan 21 September 2013. Pada waktu yang sama SK Seri Mega pula mengadakan suatu program sukan. Jadi mereka terpaksa menunggu aku selesai bertugas sehingga sesi malam. 
Pada sebelah malamnya, aku telah membawa keluargaku ke SKS2BK untuk berkecimpung dengan aktiviti yang sedang dijalankan. Aktiviti yang dijalankan pada sebelah malam adalah persembahan malam kebudayaan. Aktiviti tersebut diadakan di Dewan Serambi Warisan. Beberapa orang guru telah ditugaskan untuk menjadi hakim di dalam persembahan tersebut.
Manakala di kantin sekolah, para guru dan keluarga masing-masing yang tidak terlibat sama dalam aktiviti tersebut sedang mengadakan aktiviti sampingan iaitu BBQ. Kebanyakan peralatan dan bahan BBQ telah disediakan sendiri oleh guru-guru. Pihak kantin juga berbesar hati menyumbang nasi goreng sebagai hidangan ruji pada malam tersebut. 
Para pasangan guru-guru perempuan telah menyumbangkan tenaga dan keringat membakar bahan-bahan yang telah disediakan oleh isteri masing-masing. Pelbagai hidangan yang disediakan seperti ikan, sotong dan udang. Hidangan yang paling istimewa pada malam tersebut adalah ikan siakap bakar. Wow!!! Terangkat.
Terima kasih kepada semua yang telah bekerjasama menjayakan BBQ tersebut. Semoga ia dapat diulangi pada masa-masa yang akan datang bagi mengeratkan hubungan silaraturrahim antara guru.

Sunday, September 22, 2013

HARI LAHIR YANG MENYEDIHKAN

Aina Faqihah ialah anak perempuanku yang ke-3 daripada 4 beradik. Tanggal 22 September 2013, genaplah usianya 4 tahun. Sepatutnya dia diraikan dengan kek dan makanan ringan di majlis hari lahirnya. Malangnya, dengan ibunya sedang sakit perut kerana keracunan makanan, aku terpaksa memikul tanggungjawab mengemas rumah dan menyediakan makanan untuk keluarga. Maka aku dan isteri hanya boleh mengucapkan selamat ulang tahun kelahirannya sahaja.

Wahai anakku sayang, maafkan ayah kerana tidak dapat meraikan sambutan ulang tahunmu yang ke-4. Mungkin sekarang kau masih mentah dan tidak mengerti apa-apa tetapi apabila kau meningkat dewasa, pasti kau akan mengerti masalah keluarga kita. Ayah dan ibu doakan agar kau dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki sehingga ke akhir hayat. Amin. Selamat Hari Lahir yang ke-4. 

Daripada ayah dan ibu tersayang.

Monday, September 2, 2013

HARGA RON 95 NAIK 20 SEN



Artikel Penuh: 
http://www.utusan.com.my/ © Utusan Melayu (M) Bhd 

Saturday, August 31, 2013

PERTUKARAN GURU SESI JANUARI 2014

Sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian / Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi Pertukaran Sesi Januari 2014 melalui sistem e-GTukar telah dibuka mulai 1 - 30 September 2013. Pemohon boleh mengakses aplikasi e-GTukar ini melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia . Aplikasi ini hanya boleh diakses melalui Internet Explorer sahaja.

Pautan Laman Sesawang e-GTukar KPM : http://apps.moe.gov.my/epgo/

Tuesday, August 27, 2013

BULAN KEMERDEKAAN KE-56

Tema
 
"Negaraku Berdaulat : Tanah Tumpah Darahku"
 
 
Lagu

Lirik lagu

Mara! Kita halilintar
Tiada gentar puncak dunia Malaysia
Sudah bergema kita halilintar
Tiada gentar.. bendera kita terus berkibar
Wira… menggempur musuh
Biarpun lumpuh marak api putera puteri
Kita terus gempur
Bawa semangat negara berdaulat
Malaysiaku kepadamu.. tumpah darahku
Mara… bawa semangat negara berdaulat
Malaysiaku kepadamu.. tumpah darahku
Tanah Tumpah Darahku
Tajuk : Tanah Tumpah Darah Ku
Pencipta : Joe Farizal & Aye
Lirik : Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek
Penyanyi : Ahmad Zakaria

My Sumber - http://www.mysumber.com/
 

Saturday, August 17, 2013

PANDUAN PEMAKANAN PADA MUSIM PERAYAAN

  1. Banyakkan sayur dan buah, kurangkan makanan daripada haiwan.
  2. Jauhi makanan segera dan makanan ringan.
  3. Kurangkan pengambilan daging, kulit ayam, minuman tenusu yang berlemak, majerin, makanan bergoreng, makanan ringan dan makanan yang dibakar dengan lemak trans.
  4. Kurangkan pengambilan gula serta makanan yang dihasilkan menggunakan tepung putih.
  5. Ambil makanan kaya potassium seperti pisang, buah bersitrus, buah-buahan dan sayur-sayuran.
  6. Makan makanan yang tinggi kalsium seperti susu rendah lemak, brokoli, bayam dan tauhu.
  7. Gunakan minyak sayuran secara sederhana.
  8. Banyak minum air masak.
Sumber : Harian Metro (18 Ogos 2013)

Tuesday, August 6, 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1434H

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434H. Semoga hari raya tahun ini memberikan keberkatan kepada semua. Kepada mereka yang pulang ke kampung, berhati-hati ketika memandu. Saya memohon ampun dan maaf jika terdapat salah dan silap, semoga dimaafkan. 

Tuesday, July 9, 2013

SELAMAT DATANG WAHAI RAMADHAN AL-MUBARAK

1 Ramadhan 1434H datang lagi buat sekian kalinya. Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah S.W.T. kerana dengan izinnya kita dapat bertemu kembali dengan Ramadhan pada tahun ini. Maka, marilah kita bersam-sama mengimarahkan bulan yang mulia ini dengan amalan-amalan wajib di samping amalan-amalan yang sunat agar kita akan dirahmati oleh Yang Maha Besar. Tunaikanlah solat yang lima waktu secara berjemaah, membaca Al-Quran, melakukan solat-solat sunat dan memberi sedekah jariah serta memberi juadah berbuka kepada jiran tetang dan sahabat handai. Semoga amalan-amalan yang kita lakukan itu akan mendapat kebaikan yang berlipat kali ganda pada bulan yang mulia ini. 

Sunday, June 30, 2013

KELANTAN JUARA PIALA FA KALI KE-2 BERTURUT-TURUT

PASUKAN Kelantan muncul juara Piala FA selepas menewaskan Johor Darul Takzim (JDT) pada perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil. Pasukan Kelantan menumpaskan JDT dengan jaringan 1-0. FOTO: BERNAMA

Wednesday, June 26, 2013

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2012

Hari ini merupakan sejarah dalam hidupku kerana pada hari ini aku, Pn. Norazlinda, Pn. See, Pn. Norhasliza dan Pn. Khuzaimah telah dipilih untuk menerima Anugerah Perkhidmatan Cemelang bagi tahun 2012. Kami kecuali Pn. Khuzaimah menaiki kereta Pn. Norazlinda untuk ke majlis tersebut. Pn. Khuzaimah datang dengan suami dan anak-anak dari Kulai, Johor kerana beliau kini telah bertugas di sana. 
 
Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz di Bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang terletak di Bandar Raya Shah Alam. Majlis tersebut bermula pada pukul 8:00 pagi dengan dimulai dengan ucapan daripada Pegawai PPD Petaling Perdana diikuti oleh ucapan perasmian oleh Ketua Sektor Pengurusan Sumber Manusia . 
 
Tuan Haji A. Rahman bin Haji Ngit (Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan) daripada Jabatan Pelajaran Negeri Selangor (JPN) telah menggantikan Tuan Haji Mahmud bin Karim (Pengarah Pelajaran Negeri Selangor) yang berada di Saigon, Vietnam. Kemudian, diikuti oleh Tuan Haji Mohamed Ghazali bin Hamzah (Pegawai Pelajaran Daerah PPD Petaling Perdana) bagi menyambung penyampaian anugerah tersebut daripada Ketua Sektor)
Di dalam majlis tersebut aku sempat bertemu dengan beberapa orang jurulatih EMIS seperti Marzuki, Kak Nik dan Radzi yang turut menerima anugerah yang sama. Selain daripada itu, aku juga bertemu dengan Bob selaku Pegawai Pengurus Majlis (Floor Manager) pada hari tersebut. Turut aku temui adalah bekas kakitangan SKS2BK seperti Kak Jamalah, Kak Juliana dan Pn.Nafisah. Tahniah ku ucapkan kepada mereka kerana telah berjaya merangkul anugerah APC 2012 di sekolah masing-masing. Teruskan usaha dan sumbangan anda kepada sekolah masing-masing agar bertambah cemerlang, gemilang dan terbilang. Majlis tersebut tamat kira-kira pukul 12:00 tengah hari.


Sunday, June 16, 2013

KENDURI KAHWIN RAFIAN WARI


Rafian Wari bin Roslan ialah sepupuku dari sebelah bapa. Dia adalah anak sulung daripada Mak Cik Aminah dan Pak Cik Roslan. Pada 15 Jun 2013 (Sabtu), dia telah selamat diijabkabulkan dengan isterinya. Majlis tersebut telah berlangsung di Taman Bukit Cheras. Malangnya pada hari tersebut aku tidak dapat menghadirkan diri kerana aku menghadiri Karnival Frog di SMK Pusat Bandar Puchong 1 manakala isteriku pula terlibat dengan pertandingan Bola Sepak dan Bola Baling di SK Seri Mega.


Oleh itu, aku dan keluarga hanya dapat hadir pada kenduri kahwin yang diadakan keesokannya. Majlis tersebut diadakan di Dewan Komuniti Bukit Cheras milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Aku dan rombongan pengantin lelaki tiba lebih kurang pukul 12:30 tengah hari. Selepas semua persiapan telah sedia, kami mula berarak ke dewan tersebut. Kami telah disambut oleh rombongan pengantin perempuan di muka pintu dewan. 

Kemudian, kami dijemput masuk oleh wakil pengantin perempuan ke dalam dewan. Dewannya terletak di tingkat bawah dewan tersebut. Setibanya di pintu masuk, aku terlihat suatu kawasan untuk bergambar di sudut kiri pintu. Rupa-rupanya itu adalah sudut bergambar kenangan untuk para tetamu yang hadir. Setelah masuk ke dalam dewan, majlis diteruskan dengan majlis menepung tawar oleh kaum keluarga masing-masing. Aku berpeluang untuk menepung tawar pasangan pengantin tersebut. 



Selesai majlis menepung tawar, kami dijemput untuk menjamu selera bersama pasangan pangantin. Setelah selesai makan, kami pengambil peluang untuk bergambar kenangan di sudut bergambar yang disediakan tadi.  Memang sesuatu yang lain daripada yang lain. Bukan sahaja pengantin, malah tetamu juga dapat bergambar bersama. Tahniah diucapankan kepada Rafian Wari dan pasangan. Semoga jodoh kalian dipanjangkan sehingga ke anak cucu. Amin. 






Sunday, June 9, 2013

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU AMBILAN SEPTEMBER 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan ke "PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU AMBILAN SEPTEMBER 2013”  bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) lantikan SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN (SPP) . Borang permohonan atas talian boleh dicapai melalui http://www.moe.gov.my mulai 10 Jun 2013.  Maklumat lanjut boleh diperoleh daripada laman sesawang Jabatan Pelajaran Negeri Selangor. Untuk mengetahui tentang syarat-syarat permohonan sila klik Syarat-syarat Permohonan PPG. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian http://apps.moe.gov.my/kdp/ppg2013/permohonan/index.cfm. Sebarang pertanyaan bolehlah dikemukakan kepada Sektor Peningkatan Keilmuan, BPG di talian 03-8884 1262/ 1091/1260  atau Sektor Pengambilan Dan Pendaftaran Latihan, BPG di talian 03-8884 1253/1242/1227/1228. 

Unit Latihan dan Kemajuan Staf
Jalan Cenderawasih 6/7, Seksyen 6
40000 Shah Alam
Jabatan Pelajaran Negeri Selangor
No Tel   : 03-55121958
No Fax  : 03-55134960

KONVOKESYEN KE-14 OUM


Universiti Terbuka Malaysia (OUM) telah mengadakan Konvokesyen Ke-14 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Majlis tersebut telah berlangsung dari 8 hingga 11 Jun 2013. Pada majlis yang bersejarah ini, aku adalah salah seorang graduan yang menerima ijazah tersebut. Aku telah berjaya menerimanya dalam Sidang 4 pada 9 Jun 2013 (Ahad). Majlis tersebut telah berlangsung dari pukul 2.00 petang sehingga 5.00 petang.



Mak dan adikku, Afiqah turut hadir bagi meraikan kejayaanku ini. Tahniah kepada semua graduan OUM yang telah berjaya menamatkan pengajian masing-masing dengan jayanya. Semoga kalian akan lebih berjaya dalam kerjaya masing-masing kelak.