Monday, September 26, 2016

EMAIL 1GOVUC

Image result for 1govuc
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperluaskan kemudahan emel 1GovUC kepada semua warga KPM sehingga peringkat sekolah bermula awal Mac 2016 selaras dengan Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU bertajuk "Pemantapan Penggunaan dan Pengurusan E-mel di Agensi-Agensi Kerajaan" bertarikh 1 Julai 2010 bertujuan memastikan penghantaran e-mel rasmi menggunakan akaun e-mel rasmi dan dilarang menggunakan yahoo.com, gmail.com, streamyx.com dan sebagainya untuk urusan rasmi.

Berikut adalah tatacara membuka akaun emel 1GovUC : -

1. Layari laman sesawang 1GovUC (klik di sini)
Image result for 1govuc
2. Masukkan Domain\user name dan Password
Image result for 1govuc

   
Contoh : Domain\user name : 1GovUC\kodsekolah.edu
                 Password : Sila rujuk Penyelaras ICT

3. Anda diminta mengubah Language dan Time Zone

   Contoh : Language : English (USA)
                Time Zone : UTC +8.00 Kuala Lumpur, Singapore

4. Anda sudah bersedia untuk menggunakan emel anda.

...SELAMAT MENCUBA...

Saturday, September 17, 2016

KAJI SELIDIK PERANAN & TANGGUNGJAWAB GURU


Pautan Kaji Selidik Peranan & Tanggungjawab Guru, sila klik pautan di bawah : -

https://bpsmkpm.typeform.com/to/G1F0O6

Kaji selidik ini merupakan inisiatif untuk mengkaji isu tugas dan ttanggungjawab guru di sekolah. Kami amat prihatin mengenai tahap kesejahteraan anda di sekolah. Besar harapan kami agar anda sudi meluangkan sedikit masa untuk turut serta dalam kaji selidik ini.

Borang kaji selidik ini mengandungi 45 hingga 65 soalan ( bilangan soalan bergantung kepada jenis tugas anda) yang akan mengambil lebih kurang 15 hingga 25 minit daripada masa anda.

Thursday, September 15, 2016

SELAMAT HARI MALAYSIA 2016


Selamat menyambut Hari Malaysia kepada semua warga Malaysia yang sentiasa bersatu padu dan hidup dalam suasana yang harmoni.

PESTA AIR BAGAN LALANG@SEPANG 2016

Image result for pesta air sepang
*PESTA AIR PANTAI BAGAN LALANG @ Sepang*
*17 - 18 September 2016 Sabtu Ahad*
Anjuran: Majlis Perbandaran Sepang
17 SEPTEMBER 2016
-6.15Pagi- 10.00Pagi
*Larian Hijau** Zumba*
-10.30 Pagi
*Perasmian Pesta Air oleh YB Exco Kerajaan Negeri Selangor*
-2.00 Ptg
*Persembahan Cempuling*
-4.00 Ptg
*Persembahan Kebudayaan Tempatan*
-8.00 Malam
*Persembahan Kebudayaan oleh Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor*
18 SEPTEMBER 2016
-8.00 Pagi
*Selangor Fest* *Selangor Idol*

- 11.00 pagi
*Persembahan Band MBPJ*
- 3.00 petang
* Persembahan PROJECTOR BAND
- 5.00 petang
* Penyampaian Hadiah Acara*
- 7.00 petang
Pesta Air Tamat*
ACARA-ACARA LAPANGAN..JOM JOIN***
- Bola Sepak Pantai
- Bola Tampar Pantai
- Festival Silat Antarabangsa
- Larian Hijau
- Membina Istana Pasir
- Tangkap Itik
- Pukul Bantal
- Panjat Tiang Licin
- Pertandingan Wau Tegak/ Wau Cantik
- Pertandingan Memanah Tradisional
- Pertandingan Mewarna
- Gerai Jualan
- Pertandingan Fotografi Secara Maya@ Pesta Air
- Lure Model Pokemon Go
*tolong sebarkan ye..cuti sekolah ni mana tahu ada yg nk pergi..03-83190200/0300😊

Tuesday, August 30, 2016

PERMOHONAN PERTUKARAN GURU SESI JANUARI 2017

Image result for egtukar
Permohonan pertukaran guru antara bahagian/negeri, antara daerah dan dalam daerah bagi sesi Januari 2017 untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan gred DG29, DG32 (KUP Time-based), DG34 (KUP Time-based), DG38 (KUP Time-based), DG41, DG42, DG44 (KUP Time-based), DG48 (KUP Time-based), DG52 (KUP Time-based) dan DG54 (KUP Time-based) telah dibuka mulai 1 hingga 30 September 2016.

Bagi guru-guru yang berkenaan, boleh mula mendaftar dahulu sebelum mengisi borang secara dalam talian. Setelah permohonan dibuat, Guru Besar akan membuat pengesahan mengikut sekolah masing-masing. Semoga berjaya.

JADUAL UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH 2016

Image result for jadual upsr 2016 pdf
Image result for jadual upsr 2016 pdf
Image result for jadual upsr 2016 pdf

Friday, August 19, 2016

SOLAT HAJAT KAFA BAITUL HIKMAH 2016


Sekolah KAFA Baitul Hikmat telah mengadakan program motivasi dan solat hajat sempena peperiksaan UPKK, UPSRA dan UPSR. Memandangkan Aisyah Nur Farihin sudah darjah 5, maka dia adalah salah seorang yang terlibat sama dalam program tersebut. Selain itu semua murid Tahun 5 dan Tahun 6 turut terlibat sama. 


Program tersebut telah diadakan pada 19 Ogos 2016 (Jumaat) dari pukul 2.30 petang hingga 10.30 malam di Masjid Hisamuddin Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang. Program ini bermula dengan teknik menjawab soalan pada sebelah petang manakala pada sebelah malam diadakan solat hajat, bacaan Yassin dan ceramah motivasi. Murid-murid telah diberikan tempat menginap, makanan dan minuman serta alat tulis.

Monday, August 15, 2016

GAYA RETRO PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN 2016 SK BUKIT TAMPOI (A)

JADUAL PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2016

Hari/Tarikh
Masa
Kod Kertas
SELASA
16/8/2016
07:45 – 09:00
09:05 – 10:05
11:30 – 12:45
12:50 – 01:50
Bahasa Melayu (Pemahaman)
Sains (Kertas 1)
Bahasa Inggeris (Pemahaman)
Matematik (Kertas 1)
RABU
17/8/2016
07:45 – 08:45
09:00 – 10:15
10:40 – 11:40
11:45 – 01:00
Matematik (Kertas 2)
Bahasa Inggeris (Penulisan)
Sains (Kertas 2)
Bahasa Melayu (Penulisan)

Thursday, August 11, 2016

KEMPEN KESEDARAN KESIHATAN PENDENGARAN DAN PERTUTURAN 2016


Kempen Kesedaran Kesihatan Pendengaran dan Pertuturan yang dianjurkan oleh Unit Audiologi, Hospotal Putrajaya telah datang berkunjung ke SK Bukit Tampoi (A) pada 11 Ogos 2016 (Khamis). Seramai 18 orang kakitangan hospital telah datang beserta pelbagai peralatan pendengaran dan pertuturan untuk menguji pendengaran dan pertuturan murid-murid di sekolah ini.


Di samping itu, pelbagai aktiviti sampingan yang diadakan. Antara aktiviti yang diadakan adalah seperti senamrobik, sukaneka, kuiz, pertandingan mewarna dan ceramah kesihatan. Selain itu, mereka turut menyediakan makanan dan minuman untuk semua kakitangan dan murid SK Bukit Tampoi (A).


Di akhir program, para pemenang diraikan dengan pemberian hadiah yang turut disedikan oleh pihak hospital. Murid-murid SK Bukit Tampoi (A) sangat gembira dengan kehadiran mereka di sini. Walaupun tujuan utamanya adalah untuk pemeriksaan kesihatan tetapi aktiviti sampingannya membuatkan murid leka seketika. Syabas dan tahniah kepada kakitangan Unit Audiologi, Hospital Putrajaya kerana sudi menganjurkan kempen sebegini di sekolah kami.

Friday, August 5, 2016

BAS PINTAR FOUNDATION BERKUNJUNG KE SK BUKIT TAMPOI (A)

Bas Pintar Foundation merupakan bas interaktif untuk pembelajaran murid di sekolah-sekolah di bawah tajaan Pintar Foundation. Di dalam ini mengandungi gajet interaktif untuk pembelajaran berkonsepkan kecerdasan pelbagai (multiple intelligence). 


Bas ini didatangkan bersama seorang pemandu dan dua orang pemudahcara (fasilitator) untuk memberikan penerangan cara penggunaan gajet interaktif yang disediakan. Mereka adalah En. Khairul dan Cik Mira.


Murid-murid di bawa masuk secara berperingkat iaitu mengikut kelas masing-masing. Mereka diberi masa kurang lebih 30 minit bagi setiap sesi. Pada setiap sesi, murid akan diberikan penerangan tentang gajet interaktif dan fungsi bagi setiap gajet.


Kemudian murid akan dibenarkan untuk menggunakan semua gajet yang tersedia mengikut giliran masing-masing. Di akhir pembelajaran, murid diberikan borang soal selidik tentang kepuasan hati murid terhadap Bas Pintar ini.