Wednesday, November 23, 2016
Sunday, November 20, 2016
KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH MURID ORANG ASLI (KSSMOA) 2016
Kejohanan Sukan Sekolah Murid Orang Asli (KSSMOA) merupakan suatu kejohanan sukan khusus untuk murid Orang Asli sahaja. Pada tahun ini, negeri Perak telah dipilih sebagai tuan rumah bagi kejohanan tersebut. SK Bukit Tampoi (A) telah terpilih untuk mewakili negeri Selangor ke kejohanan tersebut. Aku telah membawa dua orang atlet seorang lelaki dan seorang perempuan untuk bertanding dalam acara olahraga iaitu acara lompat tingggi. Mereka ialah Tee Tyong Ben dan Surina binti Juhin.
Kejohanan ini telah berlangsung pada 14 hingga 18 November 2016 bertempat di Ipoh. Kami telah menetap di Tower Regency Hotel selama kejohanan tersebut berjalan. Walau bagaimanapun, kami gagal membawa pulang pingat. Harapan masih menggunung dengan atlet-atlet pelapis yang bakal membawa nama sekolah ke mercu kegemilangan kelak.
Monday, September 26, 2016
EMAIL 1GOVUC
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperluaskan kemudahan emel 1GovUC kepada semua warga KPM sehingga peringkat sekolah bermula awal Mac 2016 selaras dengan Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU bertajuk "Pemantapan Penggunaan dan Pengurusan E-mel di Agensi-Agensi Kerajaan" bertarikh 1 Julai 2010 bertujuan memastikan penghantaran e-mel rasmi menggunakan akaun e-mel rasmi dan dilarang menggunakan yahoo.com, gmail.com, streamyx.com dan sebagainya untuk urusan rasmi.
Berikut adalah tatacara membuka akaun emel 1GovUC : -
1. Layari laman sesawang 1GovUC (klik di sini)
2. Masukkan Domain\user name dan Password
Contoh : Domain\user name : 1GovUC\kodsekolah.edu
Password : Sila rujuk Penyelaras ICT
3. Anda diminta mengubah Language dan Time Zone
Contoh : Language : English (USA)
Time Zone : UTC +8.00 Kuala Lumpur, Singapore
4. Anda sudah bersedia untuk menggunakan emel anda.
...SELAMAT MENCUBA...
Saturday, September 17, 2016
KAJI SELIDIK PERANAN & TANGGUNGJAWAB GURU
https://bpsmkpm.typeform.com/to/G1F0O6
Kaji selidik ini merupakan inisiatif untuk mengkaji isu tugas dan ttanggungjawab guru di sekolah. Kami amat prihatin mengenai tahap kesejahteraan anda di sekolah. Besar harapan kami agar anda sudi meluangkan sedikit masa untuk turut serta dalam kaji selidik ini.
Borang kaji selidik ini mengandungi 45 hingga 65 soalan ( bilangan soalan bergantung kepada jenis tugas anda) yang akan mengambil lebih kurang 15 hingga 25 minit daripada masa anda.
Thursday, September 15, 2016
SELAMAT HARI MALAYSIA 2016
Selamat menyambut Hari Malaysia kepada semua warga Malaysia yang sentiasa bersatu padu dan hidup dalam suasana yang harmoni.
PESTA AIR BAGAN LALANG@SEPANG 2016

*PESTA AIR PANTAI BAGAN LALANG @ Sepang*
*17 - 18 September 2016 Sabtu Ahad*
Anjuran: Majlis Perbandaran Sepang
17 SEPTEMBER 2016
-6.15Pagi- 10.00Pagi
*Larian Hijau** Zumba*
-6.15Pagi- 10.00Pagi
*Larian Hijau** Zumba*
-10.30 Pagi
*Perasmian Pesta Air oleh YB Exco Kerajaan Negeri Selangor*
*Perasmian Pesta Air oleh YB Exco Kerajaan Negeri Selangor*
-2.00 Ptg
*Persembahan Cempuling*
*Persembahan Cempuling*
-4.00 Ptg
*Persembahan Kebudayaan Tempatan*
*Persembahan Kebudayaan Tempatan*
-8.00 Malam
*Persembahan Kebudayaan oleh Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor*
*Persembahan Kebudayaan oleh Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor*
18 SEPTEMBER 2016
-8.00 Pagi
*Selangor Fest* *Selangor Idol*
- 11.00 pagi
*Persembahan Band MBPJ*
*Selangor Fest* *Selangor Idol*
- 11.00 pagi
*Persembahan Band MBPJ*
- 3.00 petang
* Persembahan PROJECTOR BAND
* Persembahan PROJECTOR BAND
- 5.00 petang
* Penyampaian Hadiah Acara*
* Penyampaian Hadiah Acara*
- 7.00 petang
* Pesta Air Tamat*
* Pesta Air Tamat*
ACARA-ACARA LAPANGAN..JOM JOIN***
- Bola Sepak Pantai
- Bola Tampar Pantai
- Festival Silat Antarabangsa
- Larian Hijau
- Membina Istana Pasir
- Tangkap Itik
- Pukul Bantal
- Panjat Tiang Licin
- Pertandingan Wau Tegak/ Wau Cantik
- Pertandingan Memanah Tradisional
- Pertandingan Mewarna
- Gerai Jualan
- Pertandingan Fotografi Secara Maya@ Pesta Air
- Lure Model Pokemon Go
- Bola Sepak Pantai
- Bola Tampar Pantai
- Festival Silat Antarabangsa
- Larian Hijau
- Membina Istana Pasir
- Tangkap Itik
- Pukul Bantal
- Panjat Tiang Licin
- Pertandingan Wau Tegak/ Wau Cantik
- Pertandingan Memanah Tradisional
- Pertandingan Mewarna
- Gerai Jualan
- Pertandingan Fotografi Secara Maya@ Pesta Air
- Lure Model Pokemon Go
*tolong sebarkan ye..cuti sekolah ni mana tahu ada yg nk pergi..03-83190200/0300
😊
Saturday, September 3, 2016
CUTI PADA HARI-HARI PEPERIKSAAN AWAM / PENTAKSIRAN PUSAT
|
Kategori
|
Pekeliling Ikhtisas
|
|
Bil
|
6
|
|
Tahun
|
2016
|
|
Jabatan
|
Bahagian Pengurusan
Sekolah Harian
|
|
Fail
|
|
|
Tarikh
|
01 September 2016
|
PANDUAN KESELAMATAN SEMASA PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN SERTA KEGIATAN KOKURIKULUM DAN SUKAN DI DALAM DAN DI LUAR KAWASAN SEKOLAH
|
Kategori
|
Pekeliling Ikhtisas
|
|
Bil
|
5
|
|
Tahun
|
2016
|
|
Jabatan
|
Bahagian Pengurusan
Sekolah Harian
|
|
Fail
|
|
|
Tarikh
|
24 August 2016
|
Tuesday, August 30, 2016
PERMOHONAN PERTUKARAN GURU SESI JANUARI 2017
Permohonan pertukaran guru antara bahagian/negeri, antara daerah dan dalam daerah bagi sesi Januari 2017 untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan gred DG29, DG32 (KUP Time-based), DG34 (KUP Time-based), DG38 (KUP Time-based), DG41, DG42, DG44 (KUP Time-based), DG48 (KUP Time-based), DG52 (KUP Time-based) dan DG54 (KUP Time-based) telah dibuka mulai 1 hingga 30 September 2016.
Bagi guru-guru yang berkenaan, boleh mula mendaftar dahulu sebelum mengisi borang secara dalam talian. Setelah permohonan dibuat, Guru Besar akan membuat pengesahan mengikut sekolah masing-masing. Semoga berjaya.
e-GTukar : https://epgo.moe.gov.my/
Friday, August 19, 2016
SOLAT HAJAT KAFA BAITUL HIKMAH 2016
Sekolah KAFA Baitul Hikmat telah mengadakan program motivasi dan solat hajat sempena peperiksaan UPKK, UPSRA dan UPSR. Memandangkan Aisyah Nur Farihin sudah darjah 5, maka dia adalah salah seorang yang terlibat sama dalam program tersebut. Selain itu semua murid Tahun 5 dan Tahun 6 turut terlibat sama.
Program tersebut telah diadakan pada 19 Ogos 2016 (Jumaat) dari pukul 2.30 petang hingga 10.30 malam di Masjid Hisamuddin Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang. Program ini bermula dengan teknik menjawab soalan pada sebelah petang manakala pada sebelah malam diadakan solat hajat, bacaan Yassin dan ceramah motivasi. Murid-murid telah diberikan tempat menginap, makanan dan minuman serta alat tulis.
Subscribe to:
Posts (Atom)


























