Friday, April 21, 2017

Wednesday, April 5, 2017

BERIADAH DI KARNIVAL SEMARAK HIJAU BBST ZON UTARA

8 April 2017 (Sabtu) - Majlis Perbandaran Sepang (MPS) telah menganjurkan Karnival Semarak Hijau di tapak Pasar Tani, Taman Seroja. Pelbagai aktiviti telah dirancang seperti senamrobik, sukaneka, pertandingan mewarna, tukar minyak hitam motor percuma, aktiviti memanah percuma dan lai-lain.


Kami sekeluarga tidak melepaskan peluang untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang diadakan. Aku telah mengambil peluang untuk menukar minyak hitam motorku. Manakala anak-anak tidak melepaskan peluang untuk menyertai pertandingan mewarna. Amirul, Aina dan Ain memang rasa teruja untuk menyertai pertandingan tersebut.


Sementara  menunggu pertandingan mewarna selesai, aku sempat menyertai aktiviti memanah. Walaupun hari hujan renyai-renyai agak ramai peserta yang beratur menunggu giliran masing-masing. Setiap peserta diberi enam batang anak panah. Agak sukar juga aktiviti memanah ini. Banyak sasaranku tidak mengena tetapi akhirnya anak panah terakhirku mengenai sasaran kuning yang terletak di kedudukan kedua tepat.


Selain daripada itu, pihak karnival telah menyelitkan hadiah cabutan bertuah kepada pada hadirin. Alhamdulillah kerana aku dan keluarga telah berjaya mendapat dua hadiah. Terima kasih diucapkan kepada MPS kerana berjaya menganjurkan Karnival Semarak Hijau pada tahun ini dengan jayanya. Karnival tamat pada pukul 1.00 petang. 

Sunday, February 12, 2017

MELAWAT RAKAN-RAKAN DI TEMASYA SUKAN TAHUNAN SKS2BK 2017


Bila terbaca post kawan-kawan di FB, rasa rindu pula nak berkumpul dengan kawan-kawan lama. Sukan Tahunan SKS2BK merupakan masa yang sesuai untuk bersua muka. Memang kedatangan aku dan dua orang anak perempuan ku tidak ku nyatakan kepada sesiapa. Rancangannya adalah untuk sampai di sana sebelum acara bermula.

Alhamdulillah kerana kami tiba tepat pada waktunya kerana acara baru sahaja bermula. Pada ketika itu acara perbarisan lintas hormat baru sahaja bermula. Setibanya di sana, akku terus menuju ke meja pengacara majlis. Ramai kawan-kawan lama yang aku temui di sana antaranya Suhaib, Nasuha, See, Kausalya, Rathi, Nero dan ramai lagi. Aku sempat bersembang dan bertanya khabar berkaitan hal masing-masing.

Kemudian, aku ke khemah penyelia peserta. Di sana aku berjumpa dengan Reduan dan Norhayati. Mereka masih santai kerana acara sukan masih belum bermula. Sempat juga mengambil gambar kenangan bersama mereka. Seterusnya aku ke khemah peserta. Di sana anak perempuan ku Aina bertemu semula dengan Idy, pembantu prasekolah yang pernah mengajar dia dahulu. Segan pula Aina bila bergambar bersama.


Selepas itu, aku meneruskan perjalananku ke khemah sebelah. Bertemu pula dengan sang permaisuri arab, iaitu Siti Hawa, cikgu yang pernah mengajar Amirul. Sejurus selepas itu aku bertemu pula dengan Mumtazzah dan Sapiha yang sedang sibuk menyiapkan khemah dan menjaga disiplin murid. Tak dapat berbual lama dengan mereka kerana kesibukan masing-masing. 

Tiba-tiba, Aina mengadu yang dia berasa sangat lapar. Barulah akuk perasan yang sejak dari tadi kami belum menjamah makanan lagi. Aku membawa anak-anak ku ke gerao jualan yang terletak di tapak parkir kereta. Kami singgah di gerai air minuman dan berjumpa pula dengan rakan-rakan pejabat. Fitri sibuk membancuh air Milo, manakala Izzah pula sibuk menceduk air ke dalam bekas manakala Kak Ayu sibuk menyusun air untuk dijual. Aku membeli beberapa cawan minuman sambil berbual-bual dengan mereka. Sejurus kemudian, aku meminta diri untuk beredar pulang. 


Sebelum keluar dari perkaranngan sekolah aku terserempak pula dengan beberapa orang bekas murid ku. Semuanya telah besar panjang. Mereka bersekolah di Tingkatan 2 sekolah menengah berhampiran. Semoga kalian semua menjadi manusia yang berjaya dan berguna pada nusa dan bangsa. Sampai jumpa lagi di lain masa. 

Saturday, December 31, 2016

SELAMAT TAHUN BARU 2017

Image result for tahun baru 2017

Selamat tahun baru 2017. Kedatangan tahun baru ini disambut sedikit suram kerana harga petrol telah dinaikkan dari RM1.90 kepada RM2.10. Bagaimana nak gembira sangat sedangkan ekonomi rakyat ditindas begini. Harap pertimbangkan sedikit kos sara hidup rakyat yang kini terus meningkat dan perbelanjaan yang banyak untuk persiapan persekolahan anak-anak dan kini dibebankan pula dengan kenaikan harga petrol.


Tuesday, December 27, 2016

RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN (RPT) TAHUN 2017

Sekolah akan dibuka tidak berapa lama lagi. Guru-guru sedang sibuk menghadiri Taklimat Persediaan Awal Persekolahan dan Mesyuarat-mesyuarat Pentadbiran, Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum. Sudah pasti para guru sedang tercari-cari Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) Tahun 2017 terutamanya RPT Tahun 1 (Semakan 2017). Justeru itu, saya kongsikan dengan guru-guru sekalian laman sesawang yang mempunyai Rancangan Pengajaran Tahunan bagi Tahun 1 hingga Tahun 6 terkini. Sila klik pautan di bawah ini untuk mendapat RPT pilihan anda.

TAKWIM PENGGAL DAN CUTI PERSEKOLAHAN TAHUN 2017 BAGI SEKOLAH KERAJAAN DAN SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN

SURAT SIARAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BILANGAN 18 TAHUN 2016

Sukacita dimaklumkan bahawa penggal persekolahan bagi sesi tahun 2017 akan bermula pada 1 Januari 2017 dan tamat pada 23 November 2017 bagi sekolah-sekolah di negeri Kumpulan A. Manakala sekolah-sekolah di negeri Kumpulan B akan bermula pada 3 Januari 2017 dan tamat pada 24 November 2017. Perincian takwim penggal dan cuti persekolahan pada tahun 2017 bagi negeri-negeri Kumpulan A adalah seperti di Lampiran A dan bagi negeri-negeri Kumpulan B adalah seperti di Lampiran B.

Muat Turun (Sila klik pautan di bawah ini)


Image result for cuti persekolahan 2017
Image result for cuti persekolahan 2017Image result for cuti perayaan 2017 kpm

Saturday, December 10, 2016

KENDURI KAHWIN ANAK RAKAN SEKERJA ISTERI


Bergambar di booth foto yang disediakan di majlis perkahwinan


Bergambar di perkarangan Dewan Politeknik Nilai


Friday, December 9, 2016

GOOGLE APPS FOR EDUCATION (GAFE) 2016

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menganjurkan Google Apps For Education (GAFE) untuk guru-guru dan pelajar-pelajar dari sekolah menengah mahupun sekolah rendah. Bengkel ini telah diadakan selama seminggu bermula pada 5 Disember 2016 hingga 9 Disember 2016. Kursus ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Shahrum bin Haji Sharif (ADUN Dengkil). Beliau telah sudi untuk menaja guru-guru yang pergi mengikuti kursus ini. Terima kasih diucapkan kepada YB Tuan Shahrum di atas tajaan tersebut.


Google Apps For Education (GAFE) adalah suatu kursus jangka pendek yang mengandungi modul-modul seperti Google Docs, Google Sheets, Google Slaids, Google Forms, Google Drawings, Google Maps dan Google Sites. Selama dua hari kami didedahkan dengan aplikasi tersebut. Pada hari terakhir kami telah berjaya menghasilkan sebuah laman web masing-masing.


Dengan pengetahuan dan kemahiran baharu yang telah dipelajari di UKM ini dapat memberi impak kepada pembangunan sekolah masing-masing. Semoga kecemerlangan sekolah akan lebih terserlah kelak. 

Saturday, December 3, 2016

KENDURI RATNASARI BEKAS PELAJAR SK SERI MEGA

''SELAMAT PENGANTIN BAHARU''


Bergambar kenangan dengan pasangan pengantin Ratnasari & Suami


Ini pula gambar yang diambil di majlis tersebut. 
Guna daya kreativiti sikit untuk ubah jadi retro.

Sunday, November 20, 2016

KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH MURID ORANG ASLI (KSSMOA) 2016

Kejohanan Sukan Sekolah Murid Orang Asli (KSSMOA) merupakan suatu kejohanan sukan khusus untuk murid Orang Asli sahaja. Pada tahun ini, negeri Perak telah dipilih sebagai tuan rumah bagi kejohanan tersebut. SK Bukit Tampoi (A) telah terpilih untuk mewakili negeri Selangor ke kejohanan tersebut. Aku telah membawa dua orang atlet seorang lelaki dan seorang perempuan untuk bertanding dalam acara olahraga iaitu acara lompat tingggi. Mereka ialah Tee Tyong Ben dan Surina binti Juhin. 


Kejohanan ini telah berlangsung pada 14 hingga 18 November 2016 bertempat di Ipoh. Kami telah menetap di Tower Regency Hotel selama kejohanan tersebut berjalan. Walau bagaimanapun, kami gagal membawa pulang pingat. Harapan masih menggunung dengan atlet-atlet pelapis yang bakal membawa nama sekolah ke mercu kegemilangan kelak.