Farid ialah adikku yang ketiga yang kini bekerja di Prudential BSN Kuala Lumpur. Dia telah membeli sebuah apartment di Pantai Indah, Pantai Dalam dengan harga RM200K lebih. Aku bersyukur kerana dia telah memiliki sebuah rumah sendiri untuk dia dan keluarga.
Hari ini aku telah dijemput untuk bertandang ke rumah baharunya bersama keluarga bagi mengenali rumah yang baru dibelinya. Aku sekeluarga telah tiba pada pukul 1.00 tengah hari. Tidaklah sukar sangat untuk mencari rumahnya kerana rumah yang baru dibelinya adalah kawasan perumahan teman-teman semasa aku menuntut di IBMM dahulu.
Rumahnya terletak di tingkat 9, jadi kami menggunakan lif untuk naik ke rumahnya. Setibanya kami di sana, Mak, Syahmi dan Syakiman dan keluarga telah sedia menunggu di dalam rumah tersebut. Ketika itu, mereka sedang menyediakan makanan untuk makan tengah hari. Rumah yang baru diubahsuai telah menelan belanja sebanyak RM40K.
Memang berbaloi dengan belanja yang dikeluarkan kerana boleh dikatakan keseluruhan rumahnya telah diubahsuai. Ruang tamu, bilik tidur, dapur dan bilik air semuanya kelihatan indah dan menarik. Silingnya yang telah dilekatkan plaster dengan lampu down light, lantainya dialas dengan parkir kalis air dan dindingnya dicat dengan cat yang tahan conteng.
Selain daripada itu, dia juga telah menambah kabinet tv untuk melengkapkan lagi aksesori ruang tamunya. Ruang dapurnya kelihatan agar besar berbanding ruang dapur di rumah mak. Dengan table top bertatahkan jubin hitam yang dilengkapi dengan dapur berkaca tahan panas beserta penyedut asap. Manakala di atasnya pula dipasang dengan kabinet berbentuk L berwarna merah terang.
Secara keseluruhanya, aku memang berpuas hati dengan ubahsuai yang telah dibuat dengan belanja yang berpatutan. Idea yang dicurahkan untuk mengubahsuai keseluruhannya rumah idamannya sudah tercapai. Aku berharap agar rezekiku dimurahkan Tuhan agar aku dapat memiliki rumah idamanku pula. Doa dari kalian amat aku pohon.
No comments:
Post a Comment