Terima kasih kerana sudi melayari laman blog saya. Saya berharap ia memberi manfaat dan sumbangan yang berguna buat anda semua.

Monday, May 30, 2011

KUALA KANGSAR BANDAR DI-RAJA PERAK




Sinonim dengan namanya, Kuala Kangsar adalah sebuah bandar yang meningkat naik. Aku dan keluarga ke sana semata-mata untuk berkunjung ke rumah kawan lama yang sudah sekian lama tidak ku temui. Dahulunya dia mengajar di sekolah yang sama dengan aku juga isteri tercinta, Sekolah Kebangsaan Seri Mega. Cikgu Asrul yang terkenal dalam kalangan murid-murid pemulihan sekolah tersebut kini telah menetap di rumah baharunya di Kuala Kangsar, Perak.

Kebetulan aku ke Pulau Pinang baru-baru ini, aku singgah sebentar ke rumahnya. Keluarganya menyambut aku dan keluarga dengan penuh ramah dan mesra. Maklumlah sudah lama tidak berjumpa. Isteri dan juga dua orang cahayamatanya serta seorang anak kepada kakaknya ada di rumah.

Kami saling bertegur sapa serta bercerita tentang kisah-kisah lama serta maklumat terkini tentang guru-guru di SKSM. Kelihatan susuk tubuhnya agak susut berbanding dahulu. Menurutnya dia berkeadaan begitu adalah kerana kerja sambilan yang dia buat, iaitu menoreh getah. Kebun getah tersebut adalah milik mentuanya yang tidak jauh dari rumahnya. Dia akan ke kebun untuk menoreh jika ada kelapangan seperti di hujung minggu atau cuti panjang.

Aku bangga dengan pencapaian sahabatku ini. Dia telah berjaya mengemudi rumahtangganya dengan cermat dan berhemah. Aku doakan agar dia dan keluarganya akan dimurahkan rezeki dan diberkati Ilahi. Amin.

Sunday, May 29, 2011

ROMBONGAN KE PULAU PINANG 2011






Pada 28 Mei 2011 (Sabtu) yang lalu aku dan keluarga telah mengikut rombongan mentua ku ke Pulai Pinang. Tujuan kami ke sana adalah untuk menghantar adik iparku, Anuar ke UiTM Seberang Prai. Kebetulan hantar Si Nuar ni, kami singgah sekali ke rumah Ina yang tinggal berdekatan dengan kolej UiTM. Petang tu, kami pergi makan angin di sekitar Seberang Prai dan Pulau Mutiara. Buah tangan yang kami beli cuma jeruk buah-buahan aje. Selepas membeli-belah kami ke Padang Kota. Dulu ada gerai makan-makan tetapi kini hanya tempat tengok pantai dan kapal-kapal yang berlabuh sahaja. Seronok juga bila menaiki feri dengan kereta. Teruja rasanya. Keesokannya kami pulang secara berasingan. Aku sekeluarga pulang dulu. Itu Cerita untuk esok. Mak dan abah pulang jam 1 petang. Si Amin tinggal di rumah Ina kurang lebih seminggu. Dia akan balik Puchong dengan Ina pada minggu depan semasa cuti DYMM Yang Di-Pertuan Agong. Kami sampai di rumah lepas maghrib. Penat badan-badan aku tapi seronok sungguh.

Friday, May 6, 2011

PAMERAN DINASOUR 2011





Pada hujung minggu yang lepas, kami sekeluarga telah berkunjung ke Pusat Sains Negara yang terletak di Mont Kiara. Di sana, kami telah menyaksikan pameran dinasour. Aisyah, Amirul dan Aina sungguh teruja menyaksikan ia beraksi.

FUN FAIR BANDAR BARU NILAI