Wednesday, December 23, 2015

URUSAN PEMANGKUAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) GRED DG38, DG34, DG32 DAN DG29 YANG MEMPEROLEHI IJAZAH SEMASA DALAM PERKHIDMATAN KE GRED DG42 (KUP) DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) BAGI URUSAN TAHUN 2016

Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengadakan Urusan Pemangkuan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG38, DG34, DG32 dan DG29 Yang Memperolehi Ijazah Semasa Dalam Perkhidmatan Ke Gred DG42 (KUP) di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi Urusan Tahun 2016.
Tarikh iklan bermula 18 Disember 2015 sehingga 21 Mac 2016 (di peringkat Ketua Jabatan negeri/bahagian masing-masing) dan perakuan perlu diterima di peringkat BPSM selewat-lewatnya pada 21 Mac 2016. Mana-mana perakuan yang diterima selepas tarikh tutup di peringkat urusetia di BPSM tidak akan dipertimbangkan dan Ketua Jabatan bertanggungjawab di atas sebarang kelewatan yang dikemukakan selepas tarikh tutup.
Urusan ini terbuka kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG29 hingga Gred DG38 yang telah memperolehi ijazah semasa dalam perkhidmatan sebelum atau pada 31 Disember 2015.

Monday, December 14, 2015

URUSAN KENAIKAN PANGKAT TIME BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN (TBBK) BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) YANG MEMPUNYAI PENGALAMAN SEBAGAI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIPLOMA (PPPLD) DI KPM YANG BERKELAYAKAN SEHINGGA 31 DISEMBER 2015

Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri Selangor telah menerima pemakluman berkaitan dengan Surat Siaran Urusan Kenaikan Pangkat Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) bagi Pegawai Ex-PPPLD yang berkelayakan sehingga 31 Disember Tahun 2015 melalui Ruj. Kami : KPMSP.500-3/12/1JLD.3(59) bertarikh 30 November 2015.

Sehubungan dengan itu, dipohon khususnya Pejabat Pendidikan Daerah memanjangkan pemakluman urusan ini kepada semua sekolah seliaan masing - masing agar memudahkan proses selanjutnya untuk memperakukan calon yang layak oleh Ketua Jabatan.

Bersama - sama ini dikemukakan surat siaran dari KPM berserta lampiran - lampiran yang jelas menerangkan maksudnya untuk makluman dan tindakan tuan selanjutnya.

Untuk makluman tuan urusan ini  adalah perakuan kepada PPP yang mempunyai pengalaman  sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma bagi Pegawai sebagaimana berikut :

    1. PPPS Gred DG41 ke Gred DG44;
    2. PPPS Gred DG44 ke DG48.

Dipohon kepada Ketua Jabatan untuk menyemak maklumat perkhidmatan PPP  melalui Buku Rekod Perkhidmatan serta mengenal pasti  calon - calon yang layak  TBBK 2014 dan 2015 untuk diperakukan tetapi masih belum diperakukan lagi sebelum ini. Sebarang kecuaian memperakukan semula calon yang telah dinaikkan pangkat dan kesilapan maklumat akan dipertanggungjawabkan kepada Ketua Jabatan yang membuat perakuan tersebut.

Untuk makluman tuan juga permohonan yang lengkap diisi perlu dihantar ke PPD masing - masing manakala pegawai di Jabatan mengemukakan ke Unit Naik Pangkat. PPD perlu mengemukakan maklumat calon secara hardcopy dan softcopy sebelum atau pada 28 Disember 2015 ke Unit Naik pangkat.


Calon - calon yang layak juga perlu memaklumkan kepada Ketua Jabatan sama ada di Jabatan, PPD dan Sekolah di bawah seliaan untuk membuat perakuan bagi urusan berkenaan dan semua Ketua Jabatan perlu mengikuti tarikh yang ditetapkan sebagaimana ketetapan yang diberikan agar proses perakuan calon yang layak berjalan dengan lancar.


Untuk makluman Ketua Jabatan juga, bagi PPP yang sedang disiasat/ dalam prosiding tatatertib/telah dikenakan tindakan tatatertib tidak boleh diperakui dalam urusan kenaikan pangkat secara TBBK. Ketua Jabatan hanya boleh memperakukan PPP tersebut setelah keputusan tatatertib diperoleh dan kes selesai.

Sunday, December 13, 2015

HAPPY BIRTHDAY AMMAR FATTAH

Hari ini Ammar Fattah menyambut hari lahirnya yang pertama iaitu pada 13 Disember 2015 (Ahad). Dia ialah anak bongsu hasil perkongsian hidup bersama Arbaiah isteri yang aku cintai. Pada hari istimewa ini, isteriku telah berbesar hati untuk membuat sebiji kek chocalate moist yang sememangnya dia mahir. 

Kami bercadang untuk menyambut hari lahir Ammar Fattah di rumah baharu adikku, Farid di apartment Pantai Indah yang secara kebetulan menjemput aku dan keluarga untuk datang makan tengah hari di rumah baharunya.

Turut hadir ke rumah baharu Farid adalah Mak, Afiqah dan suami, Syahmi, Kak Ros serta Syakiman dan keluarga. Mereka dijamu dengan makan tengah hari dan kek chocalate moist buatn isteriku yang tercinta. Selamat Hari Lahir Ammar Fattah bin Mohd. Fadzli.

JAMUAN MAKAN DI RUMAH BAHARU FARID

Farid ialah adikku yang ketiga yang kini bekerja di Prudential BSN Kuala Lumpur. Dia telah membeli sebuah apartment di Pantai Indah, Pantai Dalam dengan harga RM200K lebih. Aku bersyukur kerana dia telah memiliki sebuah rumah sendiri untuk dia dan keluarga. 

Hari ini aku telah dijemput untuk bertandang ke rumah baharunya bersama keluarga bagi mengenali rumah yang baru dibelinya. Aku sekeluarga telah tiba pada pukul 1.00 tengah hari. Tidaklah sukar sangat untuk mencari rumahnya kerana rumah yang baru dibelinya adalah kawasan perumahan teman-teman semasa aku menuntut di IBMM dahulu.
Rumahnya terletak di tingkat 9, jadi kami menggunakan lif untuk naik ke rumahnya. Setibanya kami di sana, Mak, Syahmi dan Syakiman dan keluarga telah sedia menunggu di dalam rumah tersebut. Ketika itu, mereka sedang menyediakan makanan untuk makan tengah hari. Rumah yang baru diubahsuai telah menelan belanja sebanyak RM40K.

Memang berbaloi dengan belanja yang dikeluarkan kerana boleh dikatakan keseluruhan rumahnya telah diubahsuai. Ruang tamu, bilik tidur, dapur dan bilik air semuanya kelihatan indah dan menarik. Silingnya yang telah dilekatkan plaster dengan lampu down light, lantainya dialas dengan parkir kalis air dan dindingnya dicat dengan cat yang tahan conteng.
Selain daripada itu, dia juga telah menambah kabinet tv untuk melengkapkan lagi aksesori ruang tamunya. Ruang dapurnya kelihatan agar besar berbanding ruang dapur di rumah mak. Dengan table top bertatahkan jubin hitam yang dilengkapi dengan dapur berkaca tahan panas beserta penyedut asap. Manakala di atasnya pula dipasang dengan kabinet berbentuk L berwarna merah terang. 

Secara keseluruhanya, aku memang berpuas hati dengan ubahsuai yang telah dibuat dengan belanja yang berpatutan. Idea yang dicurahkan untuk mengubahsuai keseluruhannya rumah idamannya sudah tercapai. Aku berharap agar rezekiku dimurahkan Tuhan agar aku dapat memiliki rumah idamanku pula. Doa dari kalian amat aku pohon.

Saturday, December 12, 2015

SELAMAT PENGANTIN BAHARU USTAZ KAMIL SK SERI MEGA

Selamat pengantin baharu saya ucapkan kepada Ustaz Kamil dan isteri kerana telah diijab kabulkan dengan rasminya. Mereka telah disandingkan pada 12 Disember 2015 di rumah pengantin perempuan di Tanah Rancangan Belia Bukit Canggang, Banting, Selangor. Perjalanan yang mengambil masa 15 minit sahaja dari rumahku di Sepang. Rupanya kami tinggal berdekatan la yer. 
Beliau merupakan guru agama yang membuat praktikum di SK Seri Mega, Kuala Lumpur. Itu pun setelah aku keluar daripada sekolah tersebut. Walau bagaimanapun, beliau seorang yang senang didekati dan mudah mesra tetapi pemalu. Aku kenal dengan beliau melalui isteriku yang ketika itu masih bertugas di sekolah yang sama. Beliau terkenal dengan ustaz sambal hitam kerana beliau sering menjual penambah selera tersebut air tangan emaknya yang berada di Pahang. Boleh dikatakan beliau setiap minggu beliau berulang-alik ke Pahang untuk mendapatkan bekalan sambal tersebut di atas permintaan guru-guru sekolah.
Ustaz Kamil dan isteri ditempatkan di Sarawak. Kalau tidak silap pada tahun lepas, seorang di Miri dan seorang di Sarikei. Berkat rezeki berkahwin nanti bolehlah mereka minta ditempatkan semula di tempat yang lebih dekat atau lebih baik pulang semula ke semenanjung. Selamat pengantin baharu dan selamat berbulan madu. Semoga mendapat anak yang soleh atau solehah secepat mungkin.

Thursday, November 19, 2015

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN MURID & GRADUASI PRASEKOLAH SK TAMAN SEROJA 2015

 Tahniah kepada Aisyah Nur Farihin, Amirul Fahmi dan Aina Faqihah di atas kecemerlangan dalam bidang akademik di SK Taman Seroja bagi tahun 2015
AISYAH NUR FARIHIN  

Anugerah Kedudukan Dalam Kelas
(Tempat Pertama)
&
Anugerah Mata Pelajaran Terbaik
(Bahasa Arab)


 AMIRUL FAHMI 

Anugerah Kedudukan Dalam Kelas
(Tempat Ketiga)

AINA FAQIHAH

 Graduasi Prasekolah 2015
(Kelas Permata)

 Bersama Ibu Tersayang
(ARBAIAH)

Monday, November 2, 2015