Terima kasih kerana sudi melayari laman blog saya. Saya berharap ia memberi manfaat dan sumbangan yang berguna buat anda semua.

Wednesday, April 29, 2015

AKTIVITI MINGGU BAHASA INGGERIS 2015

Sing a song

Captain English badge

Monday, April 27, 2015

PROGRAM PEMULIHAN 3M (ProTim) 2015

Program Pemulihan 3M (ProTim) bagi kemahiran mengira telah dilancarkan oleh Pn. Nor Azian bt. Ashar, Guru Besar SKPP di Dataran Perdana SKPP. Program yang dikelolakan oleh Panitia Matematik bertujuan untuk memastikan murid Tahun 4 menguasai kemahiran asas mengira.
Objektif ProTim ini pula adalah seperti berikut : -
  1. Mengenal nombor bulat hingga 10 000.
  2. Menguasai opreasi tambah dalam lingkungan 10 000.
  3. Menguasai operasi tolak dalam lingkungan 10 000.
  4. Menguasai fakta asas darab.
  5. Menguasai fakta asas bahagi.
Program ini akan diteruskan pada sepanjang tahun agar murid menguasai kemahiran asas dalam Matematik supaya mereka tidak ketinggalan dan dapat meneruskan pembelajaran di dalam arus perdana. 

Sunday, April 26, 2015

ENGLISH WEEK SKPP 2015

Minggu Bahasa Inggeris SKPP sedang berlangsung dari 27 April 2015 hingga 30 April 2015. Majlis perasmian Minggu Bahasa Inggeris 2015 telah dilancarkan pada hari ini 27 April 2015 dalam perhimpunan rasmi sekolah. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh En. Rangit Singh a/l Pritam Singh selaku GPK HEM SKPP menggantikan Guru Besar SKPP yang sedang bercuti. Tema Minggu Bahasa Inggeris 2015 adalah "Oh, My English!"
Sepanjang Minggu Bahasa Inggeris 2015 semua murid Tahun 1 hingga Tahun 6 akan terlibat dengan aktiviti kuiz manakala beberapa aktiviti lain turut diselitkan dalam minggu ini. Antara aktiviti yang diselitkan adalah Break The Codes (Tahun 1), Work Puzzle (Tahun 2), Find The Hidden Objects (Tahun 3), Creative Invitation Card (Tahun 4), Scrap Book (Tahun 5) dan Crossword Puzzle (Tahun 6).

TEMASYA SUKAN TAHUNAN SK TAMAN SEROJA 2015

SK Taman Seroja telah mengadakan Temasya Sukan Tahunan pada 26 April 2015 (Ahad) di padang sekolah. Anak-anak ku yang bersekolah di sana telah mengambil bahagian. Aisyah telah berjaya mendapat tempat kedua dalam acara lontar peluru dan larian pakaian beragam. 
 
Manakala Amirul telah memenangi tempat ketiga dan keempat dalam acara mengheret bola dengan gelung rotan lari dalam guni. 
 
Aina pula dalam acara bawa bola dalam sudu dan mengheret bola dengan gelung rotan. Dia telah memenangi tempat pertama dan kedua dalam acara tersebut. 
Tahniah kepada semua anak-anak ku yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang di dalam acara sukan yang dipertandingkan di sekolah.

Wednesday, April 22, 2015

KEM MEMBACA 1 MALAYSIA 2015

Kem Membaca 1 Malaysia merupakan salah satu program Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Program Gerakan Tabiat Membaca bertujuam membina tabiat membaca dalam kalangan sekolah dan pembelajaran sepanjang hayat.

Program ini pertama kali telah dimulakan pada tahun 2009 sehingga kini. Semua sekolah diarahkan untuk mengambil bahagian dalam melaksanakan program ini.

Objektif Program KM1M adalah : -
  1. Membina dan mengukuh budaya membaca dalam kalangan pelajar.
  2. Memupuk sikap menghargai dan cintakan buku.
  3. Pembelajaran secara didik hibur di luar kelas melalui aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pembacaan.
Pelancaran program ini telah disempurnakan oleh Pn. Fuziah binti Talip selaku Penolong Kanan Kurikulum SK Puchong Perdana. Beliau telah menandatangani buku bacaan sebagai simbolik agar semua warga SKPP membaca buku. Acara diteruskan dengan bacaan buku oleh semua warga SKPP selama 10 minit.


 

Tuesday, April 21, 2015

TAKLIMAT PENUBUHAN KELAB KITAR SEMULA/ALAM SEKITAR & PERTANDINGAN KITAR SEMULA SEKOLAH-SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2015 BAGI SEKOLAH-SEKOLAH DI NEGERI SELANGOR

Solid Waste Corporation (SWCorp) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengadakan Taklimat Penubuhan Kelab Kitar Semula/Alam Sekitar & Pertandingan Kitar Semula Sekolah-Sekolah Peringkat Kebangsaan (PerKiSS) 2015 bagi Sekolah-Sekolah di Negeri Selangor. Taklimat tersebut telah diadakan di Dewan Bukit Jelutong, Shah Alam yang dikendalikan oleh SMK Bukit Jelutong.
Turut hadir adalah Datuk Ab Rahim bin Haji Mohd Nor selaku Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp, wakil Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Pengetua SMK Bukit Jelutong, Pengarah-pengarah SWCorp, Pegawai-pegawai Pejabat Pendidikan Daerah dan Guru-guru Penolong Kanan Kokurikulum dari daerah Petaling Perdana, Petaling Utama dan Klang.

Taklimat ini diberikan sebagai pendedahan kepada warga pendidik khususnya di negeri Selangor bagi mewujudkan kesedaran untuk mengitar semula barangan terbuang. Tujuan kitar semula adalah untuk memelihara alam sekitar agar lebih sihat dan menjamin masa hadapan yang lebih baik.
Pertandingan Kitar Semula Peringkat Kebangsaan pula sudah bermula dari 1 Januari 2015 sehingga 31 Ogos 2015. Penyampaian hadiah disampaikan pada suatu majlis yang akan diadakan pada 11 November 2015 sempena Hari Kitar Semua Sedunia. 

Terdapat tiga utama yang dipertandingkan. Hadiah pertama wang tunai berjumlah RM3000, hadiah kedua wang tunai RM2000 dan hadiah ketiga wang tunai berjumlah RM1000. Selain daripada itu, terdapat tiga Anugerah Khas yang bernilai RM500 setiap satu. Anugerah Khas tersebut adalah pengumpulan barangan kitar semula terbanyak, komitmen di dalam aktiviti kitar semula dan rekacipta daripada barangan terpakai.

Sunday, April 19, 2015

KEJOHANAN BOLA BALING MSSD PETALING PERDANA 2015

Kejohanan Bola Baling MSSD Petaling Perdana telah diadakan bermula dari 21 hingga 27 April 2015. Kejohanan tersebut telah diadakan di SMK Seksyen 7, Shah Alam. SK Puchong Perdana telah menghantar sepasukan atlet bola jaring bagi menyertai kejohanan tersebut. Guru pembimbing yang mengiringi para atlet sekolah adalah Pn. Masmah dan Pn. Jahlelawati.
Dengan latihan yang bersungguh-sungguh dan berterusan, pasukan sekolah SKPP telah berjaya mendapat tempat kedua dan memenangi pingat perak. Tahniah diucapkan kepada semua guru dan pasukan bola jaring sekolah kerana telah berjaya mengharumkan nama SKPP di peringkat daerah Petaling Perdana. Segala jasa anda akan dikenang oleh warga SKPP.

KEJOHANAN TENIS MSSD PETALING PERDANA 2015

Kejohanan Tenis MSSD Petaling Perdana telah diadakan di Kompleks PKNS Subang Jaya. Kejohanan tersebut diadakan dari 20 hingga 23 April 2015. SK Puchong Perdana telah menghantar seramai 4 orang murid yang terdiri daripada 2 orang murid lelaki dan 2 orang murid perempuan. Mereka adalah murid Tahun 6 yang telah dipilih oleh guru pembimbing tenis iaitu En. Muhammad Syahnan Yaacob.
Dengan bimbingan yang telah diberikan oleh guru pembimbing tenis yang berkaliber, SKPP telah berjaya mendapat tempat ketiga dan memperoleh pingat gangga dalam 2 kategori iaitu bergu lelaki dan beregu perempuan. Tahniah diucapkan kepada guru dan semua atlet yang berusaha dengan sedaya usaha menaikkan nama sekolah SKPP ke tahap yang lebih cemerlang.

Tuesday, April 14, 2015

SAMBUTAN HARI LAHIR MURID PRASEKOLAH SKPP 2015

Pada 9 April 2015 (Khamis), Prasekolah SKPP telah mengadakan sambutan hari lahir kepada semua murid yang lahir pada bulan Januari, Februari, Mac dan April. Mereka diraikan dengan jamuan makan yang diuruskan oleh guru-guru dan pembembantu-pembantu prasekolah. 
Sambutan Hari Lahir tersebut telah dihadiri oleh Guru Besar, GKP 1 dan GPK Kokurikulum. Turut serta pada majlis tersebut adalah seorang penceramah motivasi yang lebih mesra dipanggil Uncle Zorro.
 
Tahniah kepada semua murid yang menyambut hari lahir dalam majlis tersebut. Terima kasih dan tahniah kepada semua guru dan pembantu prasekolah serta ibu bapa dan penjaga yang telah menyumbangkan makanan dalam majlis tersebut.

Sunday, April 5, 2015

HARI LAHIR AISYAH NUR FARIHIN KE-10

 Pada 5 April 2015, genaplah usia Aisyah Nur Farihin 10 tahun. Dia kini sedang belajar di SK Taman Seroja bersama adiknya Amirul Fahmi dan Aina Faqihah. Semoga panjang usia dan dimurahkan rezeki hingga ke akhir hayat.

Thursday, April 2, 2015

PERMOHONAN PERTUKARAN GURU SESI JUN 2015

Permohonan pertukaran guru antara bahagian/negeri, antara daerah dan dalam daerah sesi Jun 2015 untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29, DG32 (KUP Time-based), DG34 (KUP Time-based), DG38 (KUP Time-based), DG41, DG42 (KUP Time-based), DG48 (KUP Time-based), DG52 (KUP Time-based) dan DG54 (KUP Time-based) dibuka mulai 1 hingga 25 April 2015.

Pengemaskinian maklumat diri melalui Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) Modul Pengurusan Guru, e-Operasi adalah tanggungjawab pemohon sebelum permohonan pertukaran guru melalui Modul e-GTukar dibuka.

Sila hubungi Pejabat Pendidikan Daerah/Jabatan Pendidikan Negeri atau Bahagian masing-masing jika terdapat sebarang masalah berkaitan dengan permohonan pertukaran

"PERTUKARAN YANG DILULUSKAN TIDAK BOLEH DIBATALKAN"

Sekian, harap maklum.