Terima kasih kerana sudi melayari laman blog saya. Saya berharap ia memberi manfaat dan sumbangan yang berguna buat anda semua.

Monday, November 21, 2011

MESYUARAT PERANCANGAN STRATEGIK PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PASUKAN AUDIT DATA PPD TAHUN 2011

Sesi persekolahan 2011 telah tamat. Sebagai perancangan tahun 2012, Unit EMIS PPD Petaling Perdana mengadakan mesyuarat seperti berikut sebagai perancangan aktiviti yang bakal dijalankan pada tahun hadapan.

Sehubungan dengan itu, aku telah diminta hadir untuk di mesyuarat tersebut pada 21, 22, dan 23 November 2011. Mesyuarat tersebut akan diadakan di Teluk Dalam Resort, Pulau Pangkor. Aku telah bertolak pada pukul 9.00 pagi dan tiba di jeti Lumut pada pukul 1.00 tengah hari. Kami telah bertolak ke Teluk Dalam Resort dengan menaiki feri dan tiba kurang lebih pukul 4.15 petang.

Setelah check-in di resort, kami telah mengambil kesempatan untuk berehat di bilik masing-masing. Ada di antara kami yang membawa bersama ahli keluarga yang lain untuk bercuti. Pada malam pertama mesyuarat tersebut merupakan malam penentuan perlawanan bola sepak peringkat akhir Sukan Sea di antara Malaysia dengan Indonesia. Kami terpaksa menahan perasaan yang berkecamuk sama ada ingin menonton perlawanan tersebut atau meneruskan mesyuarat tersebut. Cepatlah habis mesyuarat malam ini.

Friday, November 18, 2011

CUTI! OH, CUTI!

Cuti sekolah sudah bermula. Aku telah memasang angan-angan untuk merancang percutian bersama keluarga. Malangnya, pada minngu pertama cuti sahaja aku telah diarahkan untuk ke Pangkor, menghadiri kursus EMIS.

Apa boleh buat, sudah menjadi tanggungjawab aku sebagai seorang JU. Lepas selesai kursus, aku diminta hadir ke sekolah untuk menyelesaikan tugas pelupusan harta modal pula. Hanya masa cutilah yang membolehkan aku menyelesaikan kerja yang merumitkan ini.

Aku berharap setelah selesai kerja-lerja di sekolah, bolehlah aku beristirehat bersama keluarga. Aku ingat nak bawa mereka ke kawasan sungai aje dulu. Yealah sepanjang tahun bergelut dengan stress aje. Inilah masanya untuk mengurangkan tekanan tersebut.

Dikesampatan aku ingin menyucapkan selamat bercuti kepada semua warga SKS2BK. Semoga bergembira hendaknya. Sampai berjumpa kembali pada tahun 2012.

Wednesday, November 16, 2011

KEPUTUSAN UPSR 2011

Keputusan UPSR 2011 telah dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia melalui Kementerian Pelajaran Malaysia pada 17.11.2011 (Khamis). Keputusan yang telah berada di Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing akan diserahkan kepada pihak sekolah mulai pagi ini. Keputusan tersebut akan diambil oleh guru peperiksaan UPSR dan pihak pentadbir sekolah.

Keputusan dijangka akan diperolehi oleh murid-murid Tahun 6 selewat-lewatnya pada pukul 10.00 pagi di sekolah masing-masing. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi pejabat sekolah masing-masing untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat.

Diharapkan keputusan pada tahun ini akan meningkat. Semoga murid-murid Tahun 6 pada kali ini mendapat keputusan yang terbaik untuk mereka sesuai dengan jerih-perih mereka berusaha sepanjang belajar di sekolah rendah masing-masing. Selamat Berjaya.

Monday, November 14, 2011

KURSUS P&P MENGGUNAKAN ICT

Aku telah menghadiri Kursus P&P Menggunakan ICT pada 14 hingga 16 November 2011. Kursus ini diadakan di Permaisuri Resort, Port Dickson. Kursus ini telah dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Selangor. Isi kandungan kursus tidak diberitahu dalam surat edaran. Akku harap dapat menambahkan ilmu dalam bidang ICT ini.

Sunday, November 13, 2011

KEJOHANAN BADMINTON PIALA DATO' SATIM DIMAN

Pada 13 November 2011 (Ahad)yang lalu aku telah menyertai kejohanan badminton. Kejohanan ini telah dianjurkan oleh Dato' Satimbin Diman ADUN N29 Sri Serdang. Beliau turut berbesar hati untuk merasmikan acara tersebut. Acara perasmiannya adalah dengan bermain satu set permaian bersama pengerusi dan ajk yang lain.

Permainan ini dimaninkan secara liga berkumpulan. Ini bermakna aku bermain di bawah nama sekolah ku, SK Seksyen 2 Bandar Kinrara. Pasukan yang dalam kumpulan kami terdiri daripada SK Seksyen Bandar Kinrara 1, SK Pusat Bandar Puchong 1 dan SK Puchong Perdana.

Keputusannya, atlet wanita kami telaah berjaya memenangi acara bergu dalam salah satu permainan tersebut. Tahniah diucapkan kepada mereka. Kesimpulannya, kami memerlukan banyak latihan sebelum boleh menyertai mana-mana permainan.