Terima kasih kerana sudi melayari laman blog saya. Saya berharap ia memberi manfaat dan sumbangan yang berguna buat anda semua.

Tuesday, July 21, 2009

Selamat Hari Lahir Ke-28

Selamat Hari Lahir ke-28 buat adikku Mohd. Farid. Walaupun sambutannya agak awal beberapa hari. Ini adalah disebabkan oleh masa yang tidak sesuai. Kebanyakan adik-beradikku hadir kecuali Afiqah yang sedang mengikuti pengajiannya di UiTM Cawangan Machang, Kelantan. Bagi kakak kepada Farid, dia menggabungkan hari lahir kedua-dua anaknya iaitu Muhammad Haziq dan Muhammad Azim di mana hari lahir mereka adalah pada bulang yang sama dengan pakcik mereka ini.

SELAMAT HARI LAHIR ADIK DAN ANAK-ANAK SAUDARAKU

Wednesday, July 8, 2009

Sakit Tekak

Semalam aku telah pergi ke sebuah klinik kerajaan di sekitar Lembah Pantai. Sudah agak lama aku tidak pergi ke klinik kerajaan untuk pemeriksaan. Kali ini aku pergi ke sana adalah untuk membuat pemeriksaan tekak.

Pada pagi semalam (7/7/09) selepas aku bangun dari tidur, aku dapati suaraku tidak dapat keluar seperti biasa. Sehari dua ini memang aku dapat rasakan tekakku agak kering dari biasa. Jadi aku telah beritahu pihak sekolah tempat aku bekerja untuk meminta kebenaran untuk pergi ke klinik untuk membuat pemeriksaan.

Selepas diperiksa, kerongkong dalam mulutku telah membengkak. Selepas doktor menulis perskripsi ubat yang aku perlukan, beliau telah meminta aku untuk berjumpa dengan ketua doktor untuk mendapatkan kebenaran cuti sakit. Beliau telah memberikan sehari untuk cuti sakit. Cuti yang telah diberikan oleh doktor tersebut aku gunakan untuk berehat secukupnya.

Kepada anda semua, aku harapkan agar jagalah kesihatan diri. Maklumlah cuaca sekarang yang agak berjerebu, kering dan panas mungkin membawa penyakit yang tidak pernah kita undang. Jadi berwaspadalah.