Terima kasih kerana sudi melayari laman blog saya. Saya berharap ia memberi manfaat dan sumbangan yang berguna buat anda semua.

Monday, May 28, 2012

21 TEKNIK MOTIVASI DIRI

Mengikut penceramah motivasi dan fasilitator profesional, Taidin Suhaimin, ada 21 cara berkesan untuk meningkatkan motivasi  atau memotivasikan diri tatkala lemah, tidak berdaya atau putus asa melanda diri iaitu :
  1. Baca buku motivasi terutama biografi orang-orang yang berjaya.
  2. Tulis artikel motivasi.
  3. Dirikan sembahyang khusus untuk mendapat taufik, keampunan dan petunjuk daripada Allah.
  4. Berdoa dan memohon kekuatan dan hidayah daripada Allah.
  5. Cipta satu ritual misalnya 'jika orang lain boleh, saya pun boleh'.
  6. Dengar lagu yang dapat memberi semangat dan inspirasi.
  7. Bermain muzik kegemaran sekiranya pandai bermain alat muzik.
  8. Tatap gambar yang dapat memberi inspirasi dan semangat baru.
  9. Meditasi.
  10. Tidur sehingga anda benar-benar sihat dan mendapat semula tenaga kerana kurang tidur boleh menyebabkan kelesuan dan kebosanan.
  11. Bersenam atau melakukan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya tiga kali seminggu supaya badan dan minda sentiasa sihat, cergas dan cerdas.
  12. Bertekad untuk menyiapkan semua kerja tertunggak atau menyelesaikan masalah dihadapi dengan sungguh kesungguhan hingga selesai.
  13. Buat atau kaji semula perancangan kerja atau hidup anda.
  14. Susun ataur pejabat, rumah, kelas, fail dan sebagainya.
  15. Jumpa kaunselor untuk mendapat khidmat nasihat.
  16. Jumpa kawan-kawan yang positif untuk mendapat pandangan atau nasihat.
  17. Keluar makan dengan keluarga atau denga kawan-kawan rapat.
  18. Pergi beriadah, bersiar-siar bersama ahli keluarga.
  19. Ikuti seminar motivasi.
  20. Adakan kenduri doa selamat.
  21. Pergi melancong di dalam atau ke luar negara.
Semoga dengan teknik-teknik di atas dapat menbantu sesiapa yang dalam keadaan stress. Sumber ini dipetik daripada Harian Metro (Isnin, 28 Mei 2012 ; Variasi : Bestari . M/S V17)

Tuesday, May 22, 2012

PC EXPO 2012

PC Expo 2012 akan diadakan dari 25 hingga 27 Mei 2012. Expo ini akan diadakan di Mid Valley Exhibition Centre. Antara perkara yang menarik semasa expo adalah seperti pendrive 8GB berharga RM8, pencetak semua dalam satu berharga RM88, external hardisk 500GB berharga RM149 dan banyak lagi. Datanglah beramai-ramai ke expo tersebut. Jumpa anda di sana. Untuk maklumat lanjut layari laman sesawang berikut http://www.pcexpo.com.my

Sunday, May 20, 2012

HI-TEA HARI GURU 2012

Sempena Hari Guru 2012, Kelab Staf SKS2BK telah mengadakan hi-tea di Hotel Marriot, Putrajaya.  Tempat jamuan tersebut diadakan ialah di Zest Restaurant. Pelbagai jenis makanan yang disediakan daripada makan yang berat sehingga makanan pencuci mulut.

Kebanyakan daripada guru-guru SKS2BK telah hadir dalam jamuan tersebut. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti cabutan bertuah, memotong kek, permainan dan jamuan makan. Pada kali ini, aku bertuah kerana memperoleh sebuah hamper. Alhamdulillah bersyukur kepada Ilahi. Semoga dimurahkan rezeki buat aku dan keluargaku kelak. Selamat Hari Guru kepada semua guru di Malaysia amnya, SKS2BK khususnya.

Wednesday, May 16, 2012

24,053 GURU NAIK PANGKAT

KUALA KANGSAR, 16 Mei - Seramai 24,053 guru lepasan ijazah dan diploma di seluruh negara yang memenuhi syarat tempoh perkhidmatan akan menikmati kenaikan pangkat mulai 1 Jun hingga 31 Disember ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan perkara itu berkata, kenaikan pangkat tersebut melibatkan 8,222 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Siswazah dan 15,831 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma.

‘‘Guru-guru boleh membuat semakan di laman web Kementerian Pelajaran mulai hari ini," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di Dewan Jubli Perak, di sini hari ini.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman sesawang Utusan Malaysia

Tuesday, May 15, 2012

HARI GURU SKS2BK TAHUN 2012

SK Seksyen 2 Bandar Kinrara telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Guru 2012 di Dataran Cemerlang. Majlis telah dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku dan negeri Selangor. Kemudian, majlis diteruskan dengan bacaan doa yang dibacakan oleh Ustaz Muhammad Suhaib.
Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada wakil murid, YDP PIBG dan guru besar. Tema sambutan Hari Guru pada tahun ini ialah "Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara". Kemudian perutusan daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) telah disampaikan oleh GPK Kurikulum sebagai merasmikan majlis sambutan pada tahun ini.
Selesai sahaja bacaan perutusan daripada KPPM, majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderamata oleh YDP PIBG, En. Mohd. Nazaruddin bin Mohd Yusuff kepada semua guru SKS2BK. Terima kasih diucapkan kepada YDP PIBG kerana bermurah hati menyumbangkan hadiah tersebut.
Akhir sekali, majlis diakhiri dengan nyanyian lagu "Guru Malaysia" yang disampaikan oleh semua guru SKS2BK. Selamat Hari Guru kepada semua guru SKS2BK.

HARI GURU KE-41

 Selamat Hari Guru kepada semua guru di Malaysia. Tema Hari Guru pada tahun 2012 ialah "Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara". Majlis perasmian Hari Guru peringkat kebangsaan telah disempurnakan oleh YAB Tan Sri Dato' Seri Diraja Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd. Yassin selaku Menteri Pelajaran Malaysia. Majlis diadakan di negeri Perak Darul Ridzuan selaku tuan rumah. "SELAMAT HARI GURU"

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari laman sesawang EduwebTV.

Tuesday, May 8, 2012

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN 2

Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) telah berjaya dijalankan pada 8 Mei 2012 (Selasa). Kursus ini telah diadakan di Bilik Wawasan, SKS2BK. Aku telah diundang sebagai penceramah untuk kursus tersebut. Tajuk yang aku sampaikan ialah Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Terdapat 6 modul kesemuanya. Modul-modul tersebut terdiri daripada Modul Peranan GPB, SSQS,  Abad Ke-21, E-bahan & MBMMBI, EduwebTV dan Literasi Maklumat. Semua bahan telah disediakan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) Selangor.

Kursus ini memberi pendedahan kepada semua guru tentang pentingnya menguasai teknologi maklumat. Dengan dunia tanpa sempadan kini, maklumat boleh diperoleh hanya di hujung jari sahaja. Peranan GPB atau Guru Penyelaras Bestari memperincikan tentang tugas-tugas dan tanggungjawab yang perlu digalas oleh GPB. Manakala SSQS atau Smart School Qualification Standard pula menerangkan indikator-indikator yang terdapat di dalamnya untuk mencapai status Sekolah Bestari.

Abad ke-21 pula menceritakan tentang cabaran guru, murid serta pentadbir menjelang alaf baru kini. Dalam MBMMBI, saya telah menerangkan tentang dasar pendidikan Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris. EduwebTV pula memainkan peranan penting dalam membekalkan bahan pembelajaran secara online untuk kegunaan guru-guru di dalam pengajaran dan pembelajaran.

Akhir sekali, Literasi Maklumat menerangkan tentang cara bagaimana sesuatu maklumat diperoleh, ditapis dan digunakan oleh guru untuk menyampaikan ilmu yang berkaitan pengajaran dan pembelajaran. Semoga dengan berakhirnya kursus ini dapat sedikit sebanyak memberi impak kepada guru-guru untuk mengubah paradigma ke arah globalisasi.

Monday, May 7, 2012

MUATTURUN LAGU TEMA HARI GURU 2012

Sila klik pada tema Hari Guru 2012 di bawah untuk muatturun.
  1. Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara (Lengkap)
Sumber daripada Kementerian Pelajaran Malaysia

Sunday, May 6, 2012

LIRIK LAGU TEMA HARI GURU 2012


Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara

Kita Berbicara Tentang Inovasi
Ciptaan Baharu Gaya Hidup Kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini
 
Bangun Beranikan Terima Seruan
Mendidik, Memimpin Penuh Berwawasan
Menciptakan Kreativiti
Melahirkan Guru Inovatif
 
Sahutlah Cabaran, Perubahan
Daulatkan Bidang Pendidikan
Guru Inovatif Melonjakkan
Transformasi Pendidikan Negara
Malaysia Ku Tercinta
Kita Berbicara Tentang Inovasi
Ciptaan Baharu Gaya Hidup Kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini

Tiada Pernah Jemu Tiada Putus Asa
Sedia Menimba Ilmu Di Mana Saja
Binakanlah Keyakinan
Merentasi Segala Harapan

Lagu : Rosman  bin Adam
Lirik  : Zainal Ariffin bin Yusof
Daripada : IPGM Kampus Ilmu Khas

TEMA HARI GURU 2012

Tarikh keramat, 16 Mei 2012 hampir menjelang tiba. Hari Guru yang dinanti-nantikan oleh semua warga pendidikan di Malaysia. Tema Hari Guru bagi tahun 2012 ini ialah Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara. Berikutan dengan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia melalui laman sesawang http://www.moe.gov.my/ telah menyediakan pautan untuk memuatturun lagu tema tersebut. Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru di Malaysia amnya dan guru-guru di SKS2BK khususnya.