Saturday, July 30, 2016

RUMAH TERBUKA DI HOTEL SAMA-SAMA KLIA

Malaysia Airport Holding Berhad telah bermurah hati untuk menganjurkan rumah terbuka bagi meraikan anak-anak asnaf dari SK Bukit Tampoi (A), SK Sungai Melut (A) dan SK Cyberjaya. Turut hadir adalah semua kakitangan MAHB dan keluarga. Di samping mengiringi anak muridku, aku turut membawa bersama ahli keluarga untuk menjamu selera. Bersama-sama kami adalah En. Azman Shah dan keluarga, Cik Siti Khatijah dan dua orang guru praktikum iaitu En. Syaiful dan En. Rafifuddin. Bagi memeriahkan majlis, MAHB juga telah menjemput ikon kanak-kanak iaitu Upin & Ipin.

Friday, July 1, 2016

MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM IHYA' RAMADHAN 2016

Murid-murid yang menerima hamper dan duit raya

SK Bukit Tampoi (Asli) telah menjalankan Majlis Penutupan Program Ihya' Ramadhan pada 1 Julai 2016 (Jumaat) di kantin sekolah. Majlis ini telah dilaksanakan oleh Panitia Pendidikan Agama Islam bagi mengisi masa terluang dengan zikir untuk murid-murid yang beragama Islam. Tahniah diucapkan kepada Ustaz Anwar, Ustazah Nor Baizura dan Ustazah Nurul Husna kerana berjaya melaksanakan Program Ihya' Ramadhan pada tahun ini dengan jayanya.

Guru-guru SK Bukit Tampoi (Asli) bergambar kenangan dengan pakaian hari raya

Berselfie dengan anak-anak murid