Friday, September 26, 2014

PEMUDAH CHALLENGE : Back To School Season 3


Program PEMUDAH Challenge : Back To School adalah satu program yang menawarkan penyertaan murid bagi mengemukakan cadangan penambahbaikan sekolah contohnya bagi aspek seperti kebersihan, kemudahan dan prasarana, kantin, bahan pengajaran/pembelajaran. Program ini dianjurkan oleh PEMUDAH dengan kerjasama Bahagian Kokurikulum dan Kesenian dan Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pendidikan Malaysia. Cadangan yang telah dihantar akan dinilai dan peserta-peserta yang layak sebagai pemenang akan dihubungi bagi tujuan penyampaian hadiah.

Syarat dan Peraturan Penyertaan :
  1. Penyertaan terbuka kepada semua murid sekolah Tahun 5 bagi sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.
  2. Tempoh penyertaan mulai 25 September 2014 sehingga 25 Oktober 2014.
  3. Peserta hanya boleh mengemukakan satu cadangan untuk menambahbaik sekolah mereka.
  4. Penulisan adalah dalam Bahasa Melayu sepenuhnya dan diisi secara atas talian menggunakan borang yang disediakan melalui pautan di bawah yang boleh dicapai dari portal KPM.
  5. Peserta perlu melengkapkan cadangan mereka seperti contoh berikut : Cadangan saya untuk menambahbaik sekolah saya adalah dengan (Menyediakan tong sampah yang besar di setiap kelas agar sampah tidak melimpah ke lantai apabila penuh).
  6. Cadangan bernas yang dikemukakan perlulah JELAS, RINGKAS dan MUDAH DIFAHAMI.
  7. Para pemenang akan menerima baucer buku bernilai RM100.
  8. Keputusan Panel Hakim adalah muktamad.

Borang Penyertaan boleh diisi atas talian pada pautan di bawah.

Monday, September 22, 2014

PENGESAHAN KEBOCORAN KERTAS MATEMATIK & BAHASA TAMIL UPSR 2014


Putrajaya, 22 September 2014 - Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) mengesahkan bahawa kertas soalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 bagi mata pelajaran Matematik (015/1, 025/1 dan 035/1) dan Bahasa Tamil (036 dan 037) telah didapati bocor.

Sehubungan dengan itu, Lembaga Peperiksaan (LP) memaklumkan bahawa kertas soalan Matematik (015/1, 025/1 dan 035/1) dan Bahasa Tamil (036 dan 037) yang berlangsung pada 10 September 2014 adalah DIBATALKAN. Justeru itu, tarikh baharu bagi ujian bagi mata pelajaran berkenaan adalah ditetapkan pada 9 Oktober 2014 (Khamis).

Kenyataan penuh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia berkaitan PEMBATALAN ujian mata pelajaran Matematik & Bahasa Tamil bagi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 boleh dimuat turun pada pautan di bawah ini.

Sunday, September 21, 2014

KERTAS SOALAN UPSR 2014 BOCOR LAGI

Selepas kertas peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 bagi mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris bocor, kini Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) mengesan dua mata pelajaran lagi turut mengalami perkara yang sama iaitu Matematik dan Bahasa Tamil.

Perkara ini didedahkan oleh pegawai kanan lembaga terbabit yang membuat laporan polis berhubung kebocoran itu di Balai Polis Putrajaya pada 21 September 2014 (Ahad).

Sumber : Utusan Online (21/9/2014)

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN UPSR 2014 (ULANGAN)

Jadual waktu peperiksaan UPSR 2014 yang dijadualkan pada 30 September 2014 (Selasa) telah dikeluarkan oleh Lempaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Jadual tersebut meliputi mata pelajaran Bahasa Inggeris (Kertas 1 & 2) dan Sains. Layari laman sesawang LPM untuk memuat turun jadual waktu tersebut. 

Tuesday, September 16, 2014

HARI MALAYSIA 2014


Hari Malaysia disambut saban tahun pada 16 September. Pada tarikh tersebut merupakan tarikh pembentukan nama Malaysia yang ada sekarang. Ini disebabkan oleh kemasukan negeri-negeri Sabab dan Sarawak ke dalam Malaysia. Justeru itu, marilah kita bersama-sama bersatu hati meraikan perpaduan hati rakyat di seluruh Malasyia. Selamat Hari Malaysia.

Thursday, September 11, 2014

UPSR 2014 TIDAK DIBATALKAN

Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 merupakan peperiksaan awam yang paling kontroversi pada tahun ini. Setelah berita tentang kebocoran kertas Sains dan Bahasa Inggeris yang telah diumumkan oleh Dato' Idris Jusoh (Menteri Pendidikan 2) menyebabkan Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri) marah dengan keadaan tersebut. 

Justeru itu, beliau mengarahkan agar satu jawatankuasa penyiasat bebas ditubuhkan bagi menyiasat dengan lebih mendalam tentang masalah ini.  Masalah ini timbul dengan tersebarnya soalan-soalan yang sama dengan kertas soalan yang sebenar di media-media sosial.

Oleh yang dekimian, KPM telah mengeluarkan arahan supaya kertas soalan Sains dan Bahasa Inggeris diulang semula pada 31 September 2014 (Selasa). Dengan itu, keputusan Bahasa Inggeris yang telah diambil oleh semua murid di Malaysia adalah terbatal. Terdapat juga berita yang mengatakan bahawa Peperiksaan UPSR 2014 telah dibatalkan. Namun berita ini telah dinafikan oleh Lembaga Peperiksaan (LP) di dalam laman sesawangnya.

Sumber : Lembaga Peperiksaan (12/09/2014)

KERTAS PEPERIKSAAN BAHASA INGGERIS DIBATALKAN

Adalah dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan Malaysia telah menerima laporan bahawa Kertas Peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan Bahasa Inggeris 014/2 bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 yang dijadualkan berlangsung pada tarikh 11 September 2014 telah didapati bocor. Lembaga Peperiksaan telah menjalankan siasatan dan mendapati perkara ini adalah benar.

Sehubungan dengan ini, Lembaga Peperiksaan memaklumkan bahawa kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan Bahasa Inggeris 014/2 bagi UPSR tahun 2014 yang dijadualkan pada 11 September 2014 adalah DIBATALKAN. Tarikh baharu bagi peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan Bahasa Inggeris 014/2 adalah pada 30 September 2014 bersekali dengan Science 018, 028 dan 038.

Wednesday, September 10, 2014

KERTAS SOALAN UPSR 2014 BOCOR

Kertas Peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 bagi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 yang dijadualkan pada 11 September 2014 (Khamis) ditangguhkan kerana didapati telah bocor. Justeru itu, peperiksaan bagi kertas peperiksaan tersebut akan ditunda pada 30 September 2014 (Selasa). 

Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dalam kenyataannya bahawa siasatan awal mendapati kandungan soalan bagi kertas peperiksaan berkenaan sudah tersebar menerusi media sosial.

Sumber : Akhbar BH Online (http://www.bharian.com.my/)

Wednesday, September 3, 2014

PERMOHONAN PERTUKARAN GURU SESI JANUARI 2015

Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian / Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi pertukaran sesi Januari 2015 untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29, DG32 (KUP Time-based), DG34 (KUP Time-based), DG38 (KUP Time-based), DG41, DG44 (KUP Time-based), DG48 (KUP Time-based), DG52 (KUP Time-based) dan DG54 (KUP Time-based) telah dibuka mulai 1 hingga 30 September 2014.

Permohonan boleh dibuat melalui laman sesawang e-GTukar seperti di bawah : -


Tuesday, September 2, 2014

IKLAN KENAIKAN PANGKAT KE JAWATAN HAKIKI GRED DG32

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah bersetuju berhubung pelaksanaan pengisian Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang dinaikkan pangkat ke gred DG32 secara Time-Based Khas Untuk Penyandang (KUP) ke jawatan hakiki gred DG32 di sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) mulai tahun 2010 melalui Surat Kementerian Pelajaran KP.S(NP)BS.0063/1/1Jld.13/(23) bertarikh 2 Julai 2010.

Justeru itu, semua calon yang layak dan berminat dipelawa mengisi permohonan berdasarkan kepada kriteria-kriteria berikut : -
  1. Memperoleh LNPT 80 peratus ke atas bagi tiga tahun (2011, 2012 dan 2013)
  2. Calon Gred DG32 (KUP) lantikan 1 Januari 2007 sehingga 31 Disember 2011.
  3. Calon yang layak bersedia ditempatkan ke mana-mana sekolah yang mempunyai kekosongan jawatan tersebut.
  4. Beberapa syarat perlu dipatuhi dan diisi oleh calon sepertimana Format Permohonan yang disertakan.
Calon-calon yang berminat juga boleh melayari laman sesawang www.moe.my/jpnselangor untuk memuat turun borang-borang Urusan Kenaikan Pangkat DG32 KUP ke DG32 Hakiki.

Pihak sekolah dipohon untuk mengemukakan borang permohonan yang lengkap bersama senarai semak kepada Pejabat Pendidikan Daerah (Unit Perkhidmatan) sebelum atau pada 5 September 2014.

Sehubungan dengan itu, Pejabat Pendidikan Daerah diminta mengemukakan senarai nama calon yang layak ke Unit Naik Pangkat sebelum atai pada 24 September 2014 (Rabu).

Kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

MAJLIS SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KE-57

Pada tahun ini, Malaysia telah menyambut hari kemerdekaannya yang ke-57. Bagi menyahut seruan kerajaan dan KPM, Sekolah Kebangsaan Puchong Perdana telah mengadakan sambutan bulan kemerdekaan pada hari Jumaat (29/8/2014). SKPP menyambut bulan kemerdekaan dengan menggantungkan bendera-bendera Jalur Gemilang di pagar sekolah, kelas-kelas dan di antara bangunan.
Tema bulan kemerdekaan pada tahun ini ialah Malaysia : Di sini lahirnya sebuah cinta. Dengan semangat cintakan tanah air murid-murid SKPP telah menjayakan bulan kemerdekaan dengan dendangan lagu-lagu patriotik sambil mengibarkan Jalur Gemilang.