Terima kasih kerana sudi melayari laman blog saya. Saya berharap ia memberi manfaat dan sumbangan yang berguna buat anda semua.

Friday, May 19, 2017

HARI GURU 2017 DISAMBUT MERIAH



 Semasa Majlis Perasmian Hari Guru 2017


Nyanyian Lagu "Kami Guru Malaysia"


Bergambar bersama beg cenderamata


Model pakaian kembar seiras


Model


Anugerah Guru Serba Boleh


Permainan Berbalas Pantun


Gaya Pentadbir Sekolah


Ain bersama Guru Prasekolah



Aku bersama anak muridku


Guru-guru SK Bukit Tampoi (A)





Aimi rakan Ain yang bakal berpindah

Tuesday, May 9, 2017

PELANTIKAN SEBAGAI PK HAL EHWAL MURID SK BUKIT TAMPOI (A)

En. Mohd. Fadzli sebagai PK HEM di SK Bukit Tampoi (A)

Semalam aku mendapat maklumat daripada PK HEM di mana aku dan dia perlu berada di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sepang pada pukul 9.00 pagi pada 9 Mei 2017 (Selasa) di Bilik Gemilang Puri. Tujuan perjumpaan adalah untuk menyerahkan surat lantikan pentadbiran oleh Pegawai PPD Sepang. Hatiku mulai gundah-gulana kerana beranggapan aku akan dipindahkan ke sekolah lain.

Penyelia Pengurusan Sekolah

Keesokkan harinya, aku telah pergi ke PPD Sepang seperti yang dijanjikan. Di sana akan berjumpa dengan rakan-rakan penolong kanan pelbagai jawatan yang datang untuk tujuan yang sama. Pada pukul 9.15 pagi majlis yang ringkas telah diadakan bersama kehadiran Timbalan Pegawai PPD dan Penyelia Pengurusan Sekolah. Seramai tiga orang lantikan pentadbir baharu dan lapan orang pertukaran ke jawatan setara.

Timbalan Pegawai PPD Sepang

Kami telah diberikan taklimat ringkas oleh En. Faizam (Penyelia Pengurusan Sekolah) berkaitan tujuan perjumpaan dan langkah-langkah yang perlu diambil sejurus surat lantikan tersebut diperoleh. Diikuti oleh ucapan ringkas oleh Tuan Haji Mutalib (Timbalan Pegawai PPD Sepang) dan beberapa nasihat sebagai pedoman kepada kami.

Pn. Noor Adida sebagai PK Kokurikulum SK KLIA

Sejurus mendapat surat lantikan tersebut aku mendapati yang aku masih ditempatkan di sekolah yang sama, cuma pertukaran jawatan sahaja. Aku ditukarkan ke jawatan yang setara iaitu dari PK Kokurikulum ke PK Hal Ehwal Murid menggantikan tempat Pn. Noor Adida yang bertukar ke jawatan PK Kokurikulum di SK KLIA. Jawatan PK Kokurikulum SK Bukit Tampoi (A) diisi oleh En. Farid dari SK Taman Putra Perdana 2 yang sebelum ini menjawat jawatan sebagai PK Petang. 

En. Farid sebagai PK Kokurikulum di SK Bukit Tampoi (A)

Alhamdulillah. Setelah selesai penyerahan surat pelantikan masing-masing telah menuju ke sekolah yang ditempatkan mengikut surat tersebut untuk melapor diri. Tarikh lantikan bagi jawatan kami adalah pada 8 Mei 2017 (Isnin). Aku berjanji kepada diriku agar mendukung jawatan yang diamanahkan dengan sebaik mungkin dan sedaya upayaku. Gambar di bawah ialah En. Suzaim sebagai PK Kokurikulum dari SK KLIA ditempatkan secara setara ke PK Petang di SK Cyberjaya.

En. Suzaim sebagai PK Petang di SK Cyberjaya

Sunday, May 7, 2017

PENGGUNAAN APLIKASI TUTOR GURU UNTUK TABLET GURU


Laman Sesawang Tutorguru.com.my

Berikut adalah cara-cara untuk membuka aplikasi Tutor Guru :
  1. Klik default Aps Tutor Guru pada paparan tablet yang dibekalkan sekali dengan aplikasi berkenaan, maka guru akan dibawa ke gerbang bank soalan Tutor 
  2. Masukkan username dan password yang dibekalkan kepada guru sebagai langkah pertama pembangunan lembaran kerja.
  3. Seterusnya, klik pada teks sasaran (hyperlink) iaitu Cipta Lemba­ran Kerja, dan template lembaran kerja akan tersedia.

Diikuti dengan cara-cara mengisi template lembaran berkenaan :
  1. Klik pada tahap peperiksaan, seterusnya mata pelajaran, topik yang spesifik atau bahagian kertas 1, 2 atau penulisan. Kini guru sudah boleh mengakses soalan Tutor.
  2. Soalan dengan ilustrasi berwarna, format Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) atau beraras, boleh dilihat pada paparan tablet, skroll halaman demi halaman pilih berapa jumlah soalan yang dikendali, klik pada kotak dan tekan butang hantar.
  3. Bila klik, soalan akan akan dipindahkan ke lembaran kerja.

Cara memasukkan objektif, video dan membuat cetakan :
  1. Selepas soalan, pada template guru bolehlah menulis objektif pe­ngajaran pada hari berkenaan.
  2. Guru klik pada ikon video. Secara automatik, paparan YouTube akan muncul pada paparan tablet. Taip pada Carian, misalnya persaingan haiwan, Khan Academy, atau sebagainya pilih, dan klik pada video berkenaan. Kini lembaran kerja elektro­nik anda sudah dilengkapi soalan Tutor, objektif pengajaran dan video!
  3. Jawapan kepada soalan yang dipilih daripada Tutor tadi akan dipaparkan di bahagian bawah lembaran kerja. Lembaran kerja ini seterusnya boleh dicetak, atau dipaparkan pada skrin, dengan menambah gajet ter­tentu atas inisiatif guru sendiri.
Sumber : http://www.utusan.com.my/pendidikan/i-tutor-guru-i-lembaran-kerja-digital-1.320173#ixzz4gP37EdXm 
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Thursday, May 4, 2017

PENYERAHAN TAB LENOVO KEPADA GURU-GURU DI SELANGOR


ICT merupakan salah satu keperluan masa kini terutama di dalam dunia globalisasi yang semakin mencabar kini. Murid masa kini amat dahagakan ilmu yang tidak terjangkau oleh seorang guru. Justeru itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam Budget 2016 yang lalu telah menyumbangkan sebuah tab kepada semua guru di negeri Selangor.

Pada hari ini, aku telah mengiringi GPK Pentadbiran ke SJKC Dengkil untuk menerima sumbangan tab daripada Kumpulan Utusan yang menjadi pengelola kepada majlis penyerahan tersebut. Kami telah dibekalkan dengan sebuah tab jenama Lenovo beserta sarung dan kad SIM XPax daripada Celcom dengan RM6 kredit dan 10GB internet serta 10GB data Facebook.

Terima kasih kami ucapkan kepada Kementerian Pendidikan Malasyai (KPM) kerana telah mengotakan janji untuk memberi sebuah tab kepada guru-guru. Kami akan gunakan pemberian ini dengan sebaik mungkin demi meningkatkan mutu pendidikan di Malaysia. Selamat Hari Guru.


Penyerahan Tab oleh GPK 1


Membuat cap pengesahan sekolah


Menandatangani Borang Penyerahan

Wednesday, May 3, 2017

TEMA HARI GURU 2017


Hari Guru disambut pada 16 Mei setiap tahun. Tema Hari Guru bagi tahun 2017 adalah 

"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"

Di sini saya ingin kongsikan khususnya kepada guru-guru yang sering mengikuti perkembangan blog ini tentang laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkaitan tentang Hari Guru. Maklumat berkaitan Hari Guru boleh diperoleh di laman sesawang http://www.moe.gov.my/index.php/my/hari-guru. Banyak maklumat yang berguna tentang Hari Guru yang dimuatkan ke dalam laman sesawang tersebut. Antara maklumat yang dipaparkan adalah seperti senarai di bawah ini : -

  1. Pengenalan
  2. Objektif
  3. Logo
  4. Ikrar
  5. Perutusan Hari Guru
  6. Tema Hari Guru
  7. Tokoh Guru Kebangsaan
  8. Aktiviti Hari Guru
Semoga maklumat yang saya kongsikan memberi maklumat yang berguna untuk guru-guru sekalian. SELAMAT HARI GURU, CIKGU.

Monday, May 1, 2017

BERUSAHA MENYIAPKAN GARISAN KESELAMATAN SEKOLAH

 Menyiapkan garisan keselamatan

 Tangga Murid

 Tangga Pejabat

 Pandangan dari kelas Tahun 4

 Pandangan dari pejabat