Tuesday, July 28, 2015

TEMA HARI KEBANGSAAN 2015

#SEHATI SEJIWA begitulah tema Hari Kebangsaan 2015 yang telah dirasmikan oleh Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek selaku Menteri Komunikasi dan Multimedia pada 6 Jun 2015 di Kuala Lumpur. Tema "Sehati Sejiwa" mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat Malaysia tidak kira mereka berada di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

 LOGO HARI KEBANGSAAN MALAYSIA 2015

 TEMA HARI KEBANGSAAN MALAYSIA 2015
  • Sehati Sejiwa - Melambangkan perpaduan di antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Sehati Sejiwa turut membawa maksud bersama membantu antara satu sama lain jika sesebuah negeri mengalami malapetaka.

MENTERI PENDIDIKAN BAHARU 2015

Hasil carian imej untuk datuk seri mahdzir khalid
YAB Datuk Seri Najib Abdul Razak telah mengumumkan rombakan kabinet baharu dalam sidang media kelmarin. Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang dahulu disandang oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin telah diambil alih oleh Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi yang masih mengekalkan portfolio Kementerian Dalam Negeri. 

Selain daripada itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga telah dilucutkan jawatan sebagai Menteri Pendidikan Malaysia dan digantikan oleh Datuk Seri Mahdzir Khalid yang sebelum itu memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air. 

Maka dengan secara rasminya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah diterajui oleh menteri yang baharu bagi meneruskan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) menjadi suatu realiti. Semoga pendidikan di Malaysia menjadi lebih maju dan moden di bawah pimpinan beliau.

Sunday, July 26, 2015

BERAYA KE RUMAH BEKAS GURU BESAR SKS2BK

Pn. Hjh. Rabiyah bt. Fakir Mohd. bekas Guru Besar SK Seksyen 2 Bandar Kinrara tempat di mana aku bertugas di antara tahun 2009 hingga 2014. Beliau merupakan guru besar yang ketiga selepas En. Sukimin bin Juki dan Pn. Maimoon bt. Dusa. Sepanjang bertugas di bawah pentadbirannya, beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar dan bimbingan yang baik buka sahaja sebagai guru besar tetapi sebagai seorang ibu.

Majlis Rumah Terbuka Pn. Rabiyah telah diadakan di rumah baharu beliau yang terletak di Tiara Height, Bandar Baru Salak Tinggi. Majlis yang bermula pada pukul 12 tengah hari sehingga 7 malam. Ustaz Suhaib adalah orang yang terawal datang berkunjung ke sana. Menurut maklumat yang saya dapat, beliau terus pulang ke kampungnya. Aku dan keluarga datang pada pukul 2 petang.

Sesampainya di sana, aku melihat kelibat Azian bekas Guru Bimbingan dan Kaunseling SKS2BK dan En. Salem juga bekas GPK HEM SKS2BK. Sejurus kemudian, datang Shaharuddin dan keluarga. Beliau adalah bekas kerani SKS2BK. Selepas itu barulah datang rombongan pejabat yang diketuai oleh Pn. Salwanie, Pn. Ayu dan Cik Izah. Mereka ini adalah orang-rang yang berada di dalam gambar di atas.

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Rayiyah bt. Fakir Mohd. kerana sudi menjemput saya dan keluarga untuk berkunjung ke rumah baharu puan. Memang indah pemandangan di rumah puan. Maklumlah letaknya pun di atas bukit. Saya susun sepuluh jari memohon ampun dan maaf jika ada salah dan silap semasa bertugas bersama puan. Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin.
 

Monday, July 13, 2015

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1436 HIJRAH


 
Syawal hampir menjelang tiba. Maka dengan ini saya memohon sepuluh jari memohon ampun dan maaf jika sepanjang mengikuti blog ini ada menyakiti atau mengguris hati mana-mana pihak. dengan tulus ikhlas saya memohon kemaafan daripada semua.

Kepulangan anda semua amat dinantikan oleh ahli keluarga yang lain di kampung. Berhati-hatilah ketika memandu, bawalah keluarga dengan hati yang riang gembira. Jangan kecewakan mereka dengan sesuatu yang menyedihkan.

Semoga anda semua selamat pulang dan kembali ke halaman masing-masing. Agar kita boleh berjumpa lagi di lain masa. Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada Mohd. Fadzli bin Mansor dan Arbaiah bt. Kanan serta ahli keluarga kami sekalian.

Sunday, July 12, 2015

KHATAM AL-QURAN SKPP 2015

Bacaan Qasidah
Bacaan Doa Khatam Al-Quran
Cenderamata YDP PIBG SKPP
Cenderamata Guru Besar SKPP
Cenderamata GPK Kokurikulum
Sumbangan Ihya' Ramdhan daripada YDP PIBG SKPP

LADAP BERSAMA EPAL DAN SKPP 2015

Thursday, July 9, 2015

IFTAR RAMADHAN SKPP 2015

Terima kasih di atas sumbangan
Hidangan Berbuka
Jamuan Berbuka Puasa
Solat Maghrib Berjemaah

CUTI PERAYAAN HARI RAYA AIDILFITRI 2015 BAGI SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI SELANGOR

Sukacita dimaklumkan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi, Jabatan Pendidikan Selangor bersama Tuan Pengarah telah membuat keputusan bahawa hanya cuti seperti yang dinyatakan dalam surat siaran KPM Bil.23/2014 dan surat siaran KPM Bil.8/2015 akan diberi kelulusan. Cuti yang dimaksudkan adalah seperti berikut : -


BIL
TARIKH CUTI
JENIS CUTI
TARIKH CUTI GANTI
1
15 Julai 2015
Cuti Ganti
10 Oktober 2015
2
16 Julai 2015
Cuti Peristiwa

3
17 Julai 2015
Cuti Hari Raya

4
18 Julai 2015
Cuti Hari Raya

5
19 Julai 2015
Cuti Hari Ahad

6
20 Julai 2015
Cuti Perayaan

7
21 Julai 2015
Cuti Perayaan



Sehubungan dengan itu, sekiranya ada kelulusan yang telah diluluskan oleh PPD sebelum ini adalah TERBATAL dan tuan diminta untuk membuat permohonan baharu.

Sumber : Surat Siaran PPD Petaling Perdana bertarikh 3 Julai 2015

CUTI BERGANTI SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2015

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 23 Tahun 2014; Takwim Penggal dan Cuti Persekolahan Tahun 2015 Bagi Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerjaan, KP(BPSH-SPDK) 201/005/02 Jld.6 (2B) bertarikh 29 Disember 2014. Dalam surat siaran berkenaan, KPM telah menetapkan Cuti Peristiwa dan Cuti Perayaan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2015.

Walau bagaimanapun bagi tujuan keselesaan dan kemudahan kepada semua pihak untuk pulang menyambut Hari Raya Aidilfitri yang dijangka jatuh pada hari Jumaat, 17hb. Julai 2015, KPM telah bersetuju untuk memberi kemudahan Cuti Berganti pada 15hb. Julai 2015 (Rabu). Bagi tujuan ini, smeua pengetua dan guru besar perlu mengemukakan permohonan Cuti Berganti dan Cuti Peristiwa kepada Pendaftar masing-masing untuk kelulusan. Pendaftar perlu menyelaraskan hari cuti berganti bagi negeri masing-masing.

Sumber KPM (26 Jun 2015) : Surat Siaran KPM Bil.8 Tahun 2015

PERSIAPAN MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK YATIM DAN WARGA EMAS SKPP 2015