Terima kasih kerana sudi melayari laman blog saya. Saya berharap ia memberi manfaat dan sumbangan yang berguna buat anda semua.

Thursday, October 22, 2015

KENYATAAN MEDIA KPM - MAKLUMAN MENGENAI ISU JEREBU DI SEKOLAH (22/10/2015)

Tuesday, October 6, 2015

KENYATAAN MEDIA JAKIM : PENANGGUHAN PEPERIKSAAN UJIAN KELAS KAFA (UPKK) PADA 7 OKTOBER 2015

Image result for JAKIM
Kenyataan Media
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
PENANGGUHAN PEPERIKSAAN UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK) PADA 7 OKTOBER 2015 BAGI SUBJEK ADAB 1 (UPKK 04/01) DAN ADAB 11 (UPKK 04/02)
1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ingin memaklumkan kepada semua Agensi Bertanggungjawab melaksanakan KAFA seluruh Malaysia berhubung pelaksanaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) pada 7 Oktober 2015 bagi subjek Adab 1 (UPKK 04/01) jam 2.30-4.00 petang dan Adab 11 (UPKK 04/02) jam 4.30-6.00 petang.
2. Berikutan masalah jerebu yang masih berlarutan di kebanyakan negeri di Malaysia dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) menunjukkan kadar bacaan yang tidak sihat (IPU 101-200) serta tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengisytiharkan penutupan sekolah di daerah Langkawi Kedah pada Rabu 7 Oktober 2015 maka pelaksanaan peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) kepada 207,343 orang calon yang diselaraskan oleh Jakim di seluruh Malaysia bagi subjek Adab 1 (UPKK 04/01) dan Adab 11 (UPKK 04/02) yang dijadualkan pada hari Rabu 7 Oktober 2015 adalah ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diberitahu kemudian.
3. Mohon kerjasama semua Agensi Bertanggungjawab melaksanakan KAFA mengambil tindakan segera terhadap arahan terbaru ini.
Sekian
DATO' HAJI OTHMAN BIN MUSTAPHA
6 Oktober 2015
8.00 malam

KENYATAAN MEDIA KPM : TINDAKAN MENANGANI ISU JEREBU DI SEKOLAH (SEMUA SEKOLAH DI LANGKAWI DIARAH TUTUP)

Sunday, October 4, 2015

KENYATAAN MEDIA KPM : TINDAKAN MENANGANI ISU JEREBU DI SEKOLAH (PENUTUPAN SEKOLAH AKIBAT JEREBU TIDAK PERLU DIGANTI)






PENANGGUHAN PEPERIKSAAN UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK) DAN UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH AGAMA (UPSRA)

Image result for JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ingin memaklumkan kepada semua agensi bertanggungjawab melaksanakan KAFA seluruh Malaysia berhubung pelaksanaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) berikutan masalah jerebu yang melanda di kebanyakan negeri di Malaysia dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) menunjukkan kadar bacaan yang tidak sihat (IPU 101-200) serta tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengisytiharkan penutupan sekolah-sekolah di beberapa buah negeri di Malaysia pada Isnin dan Selasa bertarikh 5-6 Oktober 2015.
Sehubungan itu, pelaksanaan peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) kepada 207,343 orang calon yang diselaraskan oleh Jakim seluruh Malaysia bagi subjek Ulum Syariah (UPKK 02/01) yang dijadualkan pada hari Isnin 5 Oktober 2015 pada jam 2.30 petang dan subjek Sirah (UPKK 03/01) serta subjek Jawi Dan Khat (UPKK 05/01) yang dijadualkan pada hari Selasa 6 Oktober 2015 adalah ditangguhkan. Walaubagaimana pun pelaksanaan peperiksaan pada hari hari Rabu dan Khamis berjalan mengikut jadual.
Penangguhan ini melibatkan semua pusat peperiksaan seluruh Malaysia. Tarikh baru bagi pelaksanaan peperiksaan bagi 3 subjek berkenaan akan dimaklumkan kemudian berdasarkan kepada suasana dan laporan IPU semasa.
Dipohon kerjasama kepada semua Agensi Bertanggungjawab yang melaksanakan KAFA mengambil tindakan SEGERA memaklumkan arahan penangguhan peperiksaan ini kepada semua pihak yang terlibat.
Pihak Jakim juga menyambut baik keputusan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang menangguhkan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) pada Isnin dan Selasa (5-6 Oktober 2015)
selaras dgn arahan KPM supaya semua sekolah ditutup Isnin dan Selasa.

Peperiksaan UPSRA di semua sekolah kelolaan Jawi iaitu di Kuala Lumpur, Putrajaya Dan Labuan akan ditunda kepada hari Isnin dan Selasa depan (12-13 Oktober 2015). Bagi jadual hari Rabu dan Khamis berjalan seperti yang dijadualkan kecuali ada arahan lain daripada KPM.

DATO' HAJI OTHMAN MUSTAPHA
4 OKTOBER 2015

SEMUA SEKOLAH JAIS DITUTUP PADA 5 DAN 6 OKTOBER 2015

Image result for jais
Selaras dengan arahan Kementerian Pendidikan Malaysia, semua sekolah di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Selangor akan ditutup pada hari Isnin dan Selasa (5 dan 6 Oktober 2015).

Walau bagaimanapun, pentadbir sekolah perlu bertugas seperti biasa. Tiada penggantian kelas perlu dibuat berikutan penutupan ini.

Sekian, harap maklum.

KENYATAAN MEDIA KPM : MAKLUMAN MENGENAI ISU JEREBU DI SEKOLAH

KENYATAAN MEDIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
 
TINDAKAN MENANGANI JEREBU DI SEKOLAH

Berdasarkan bacaan IPU yang dipantau sehingga jam 12.00 tengah hari hari ini bersamaan 4 Oktober 2015, didapati bacaan IPU di kesemua negerinegeri di Semenanjung Malaysia kecuali Kelantan telah menunjukkan bacaan IPU Sangat Tidak Sihat. Trend bacaan IPU di beberapa kawasan di negeri berkenaan yang dipantau sejak semalam (3.10.2015) juga menunjukkan peningkatan yang ketara. 

Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa semua sekolah di Negeri-Negeri Semenanjung Malaysia kecuali Kelantan, Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Sarawak perlu ditutup pada 5 dan 6 Oktober 2015 (Isnin dan Selasa). Penutupan ini melibatkan murid, guru dan kakitangan sekolah.