Monday, January 21, 2013

ANAK BUAH MASUK HOSPITAL


Hargailah 5 perkara sebelum datang 5 perkara. Salah satunya adalah semasa kita sihat sebelum kita sakit. Begitulah yang terjadi kepada anak buah aku. Anak Mira yang tinggal di Kelantan. Dia telah dimasukkan ke Hospital Kubang Kerian kerana jangkitan kuman. Setelah beberapa hari demam yang berpanjangan akhirnya dia dihantar oleh ibunya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Lanjutan daripada itu, dia ditahan di wad pediatrik (wad kanak-kanak) kerana dikhuatiri dijangkiti kuman.

Ini adalah hari kedua dia dimasukkan ke hospital berkenaan. Itu pun setelah akau mendapat tahu daripada adik ku sendiri setelah dia menelefon aku malam tadi. Kesian pula aku lihat anak saudara ku itu yang diberikan penyedut bergas bagi mengurangkan kahak yang berada di dalam dadanya. Aku doakan agar dia cepat sembuh dan dapat mengubat rindu mamanya.