Bila terbaca post kawan-kawan di FB, rasa rindu pula nak berkumpul dengan kawan-kawan lama. Sukan Tahunan SKS2BK merupakan masa yang sesuai untuk bersua muka. Memang kedatangan aku dan dua orang anak perempuan ku tidak ku nyatakan kepada sesiapa. Rancangannya adalah untuk sampai di sana sebelum acara bermula.
Alhamdulillah kerana kami tiba tepat pada waktunya kerana acara baru sahaja bermula. Pada ketika itu acara perbarisan lintas hormat baru sahaja bermula. Setibanya di sana, akku terus menuju ke meja pengacara majlis. Ramai kawan-kawan lama yang aku temui di sana antaranya Suhaib, Nasuha, See, Kausalya, Rathi, Nero dan ramai lagi. Aku sempat bersembang dan bertanya khabar berkaitan hal masing-masing.
Kemudian, aku ke khemah penyelia peserta. Di sana aku berjumpa dengan Reduan dan Norhayati. Mereka masih santai kerana acara sukan masih belum bermula. Sempat juga mengambil gambar kenangan bersama mereka. Seterusnya aku ke khemah peserta. Di sana anak perempuan ku Aina bertemu semula dengan Idy, pembantu prasekolah yang pernah mengajar dia dahulu. Segan pula Aina bila bergambar bersama.
Selepas itu, aku meneruskan perjalananku ke khemah sebelah. Bertemu pula dengan sang permaisuri arab, iaitu Siti Hawa, cikgu yang pernah mengajar Amirul. Sejurus selepas itu aku bertemu pula dengan Mumtazzah dan Sapiha yang sedang sibuk menyiapkan khemah dan menjaga disiplin murid. Tak dapat berbual lama dengan mereka kerana kesibukan masing-masing.
Tiba-tiba, Aina mengadu yang dia berasa sangat lapar. Barulah akuk perasan yang sejak dari tadi kami belum menjamah makanan lagi. Aku membawa anak-anak ku ke gerao jualan yang terletak di tapak parkir kereta. Kami singgah di gerai air minuman dan berjumpa pula dengan rakan-rakan pejabat. Fitri sibuk membancuh air Milo, manakala Izzah pula sibuk menceduk air ke dalam bekas manakala Kak Ayu sibuk menyusun air untuk dijual. Aku membeli beberapa cawan minuman sambil berbual-bual dengan mereka. Sejurus kemudian, aku meminta diri untuk beredar pulang.
Sebelum keluar dari perkaranngan sekolah aku terserempak pula dengan beberapa orang bekas murid ku. Semuanya telah besar panjang. Mereka bersekolah di Tingkatan 2 sekolah menengah berhampiran. Semoga kalian semua menjadi manusia yang berjaya dan berguna pada nusa dan bangsa. Sampai jumpa lagi di lain masa.