Saturday, November 3, 2018

CUTI PERISTIWA SEMPENA HARI DEEPAVALI BAGI SEKOLAH-SEKOLAH DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2018


SUKAN TAHUNAN SK BUKIT TAMPOI (A) TAHUN 2018



Sukan Tahunan SK Bukit Tampoi (A) Tahun 2018 telah diadakan pada 2 November 2018 (Jumaat). Sukan tahunan tersebut telah dijalankan di Padang Awam, KOA Bukit Tampoi. Aku dilantik sebagai pegawai pelepas. Memandangkan terdapat beberapa orang pegawai yang bertugas lalu aku mengambil keputusan untuk melakukan tugasan lain.

Selepas meneliti situasi, aku dapati tiada petugas yang mengambil gambar bagi setiap acara. Justeru itu, dengan menggunakan telefon pintar, aku memulakan langkah sebagai jurufoto. Pegawai yang ditugaskan untuk merakamkan gambar ada di padang. Memandangkan dia sedang berbadan dua, jadi aku menghulurkan tangan untuk membantu.

Dalam masa yang sama, secara tidak langsung aku dapat mengambil gambar aktiviti anak-anaku yang turut mengambil bahagian di dalam acara perbarisan dan acara sukaneka. Dalam acara sukaneka Ain dan Ammar diletakkan di dalam satu pasukan iaitu Rumah Biru. Acara pertama yang diadakan bagi murid Prasekolah ialah membawa pundi kacang di atas kepala, menarik bola dengan gelung rotan dan mengisi air ke dalam botol.Di dalam acara tersebut Rumah Biru mendapat tempat kedua. 

Acara kedua yang disertai oleh anak-anakku ialah membawa bola dengan kon dan meletupkan belon dengan cara duduk di atas kerusi. Di dalam acara ini mereka mendapat tempat kedua juga. Acara terakhir yang disertai mereka adalah acara larian 60M secara individu. Acara ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu lelaki dan perempuan.

Bagi kategori Larian 60M (L), Ammar telah berjaya mendapat tempat keempat. Manakala bagi kategori Larian 60M (P) pula Ain mendapat tempat ketiga. Tahniah buat Ain yang telah berjaya membawa pulang pingat gangsa. Walaupun Ammar tidak memenangi apa-apa pingat tetapi ayah sungguh bangga dengan semangat yang ditunjukkan kerana dia yang baru berumur 4 tahun sanggup berlumba dengan murid yang berumur 5 tahun. Kita cuba lagi pada tahun hadapan.