Wednesday, April 29, 2009

Check-up

Semalam aku telah membawa keluargaku ke klinik swasta. Tujuan aku ke sana adalah untuk membuat pemeriksaan kandungan anakku yang ketiga. Di samping itu, anakku yang bongsu, Amirul Fahmi akan mendapatkan suntikan yang terakhir, suntikan 5 serangkai.

Dalam perancangan, aku ingat nak tengok bayi dalam kandungan isteri kesayanganku. Malangnya doktor menasihatkan kami agar melakukan scanning pada bulan depan sebab kandungan isteriku baru menjangkau 4 bulan. Walaupun kecewa, kami tetap bersyukur kerana kandungan isteriku berada dalam keadaan baik. Alhamdulillah.

Anakku, semasa mendapat suntikan tersebut dia tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Selepas pulang ke rumah barulah dia menangis sebab bekas suntikan tersebut. Sehingga malam menjelang, dia sentiasa menangis. Dia akan berhenti apabila didukung atau diusap belakang atau punggungnya. Kesian, anakku Amirul.

No comments:

Post a Comment