Saturday, May 16, 2009

Hari Guru 2009


SELAMAT HARI GURU 2009

Pada tanggal 16hb. Mei 2009 (Sabtu) setiap warga pendidik di seluruh negara Malaysia merasa berbangga kerana telah diraikan oleh semua rakyat Malaysia. Pada kali ini sambutan Hari Guru di peringkat kebangsaan telah diadakan di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. Ia telah dirasmikan oleh Y.A.B. Tan Sri Muhyiddin Yassin. Tema sambutan Hari Guru 2009 adalah "Guru Pembina Negara Bangsa". Ia amat bersesuai dengan tanggungjawab guru bukan sahaja mengajar anak bangsa, mereka juga turut membina bangsa Malaysia yang gemilang dan terbilang.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guru-guru yang pernah mengajar saya dari Tadika Kemas Kg. Pasir Dalam, Sekolah Kebangsaan Petangling 2, Sekolah Menengah Petaling, Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar (Ampangan), Institut Bahasa Melayu Malaysia (IBMM - Lembah Pantai). Juga tidak lupa kepada guru-guru di Sekolah Agama Rakyat Kg. Pasir Dalam dan guru mengaji (Pok Nik) yang telah mengajarku mengaji Al-Quran sehingga qatam. Terima kasih semua. Jasamu akan aku bawa sehingga aku bertemu dengan Yang Maha Pencipta. Saya doakan agar seluruh kehidupanmu dan keluargamu sejahtera hingga ke akhir hayat. Amin.

No comments:

Post a Comment