Semalam aku telah pergi ke sebuah klinik kerajaan di sekitar Lembah Pantai. Sudah agak lama aku tidak pergi ke klinik kerajaan untuk pemeriksaan. Kali ini aku pergi ke sana adalah untuk membuat pemeriksaan tekak.
Pada pagi semalam (7/7/09) selepas aku bangun dari tidur, aku dapati suaraku tidak dapat keluar seperti biasa. Sehari dua ini memang aku dapat rasakan tekakku agak kering dari biasa. Jadi aku telah beritahu pihak sekolah tempat aku bekerja untuk meminta kebenaran untuk pergi ke klinik untuk membuat pemeriksaan.
Selepas diperiksa, kerongkong dalam mulutku telah membengkak. Selepas doktor menulis perskripsi ubat yang aku perlukan, beliau telah meminta aku untuk berjumpa dengan ketua doktor untuk mendapatkan kebenaran cuti sakit. Beliau telah memberikan sehari untuk cuti sakit. Cuti yang telah diberikan oleh doktor tersebut aku gunakan untuk berehat secukupnya.
Kepada anda semua, aku harapkan agar jagalah kesihatan diri. Maklumlah cuaca sekarang yang agak berjerebu, kering dan panas mungkin membawa penyakit yang tidak pernah kita undang. Jadi berwaspadalah.
No comments:
Post a Comment