Monday, May 18, 2009

Sambutan Hari Guru SK Seri Mega 2009

Pada hari ini, aku difahamkan sekolah-sekolah di Wilayah Persekutuan telah mengadakan sambutan Hari Guru di sekolah masing-masing. Tidak terkecuali juga sekolah isteri aku. Banyak juga acara yang menarik yang dapat aku saksikan. Antaranya seperti aktiviti musang berjanggut, futsal menggunakan bola rugbi, bola jaring, mengupas kulit epal terpanjang dan aktiviti memecahkan belon lawan dengan kaki. Akhir sekali ada acara cabutan bertuah buat guru-guru SK Seri Mega. Tahniah diucapkan kepada semua guru-guru SK Seri Mega.

SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA.

Oral Examination For OUM 2009

Isnin, 18hb. Mei 2009 - Pada hari ini aku telah menduduki oral test bagi Kursus KDP 14 Minggu Pra Sarjana Muda. Aku mengambilnya di IPBA. Waktu ujian dari jam 8.30 hingga 10.00 pagi bagi sesi satu. Sesi kedua adalah pada jam 10.30 hingga 12.00 tengahari. Aku adalah kumpulan yang kedua daripada lapan kumpulan dalam sesi yang pertama.

Soalannya adalah mengenai perbincangan tentang bagaimana untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris melalui aktiviti-aktiviti seperti membaca surat khabar, menonton movies, karaoke dan games. Ada empat orang dalam satu kumpulan. Kumpulan aku agak okay sebab semua ahli mengambil peluang dan peranan yang aktif dalam perbincangan tersebut. Harap-harap dapatlah aku skor lebih sikit. Amin.

Saturday, May 16, 2009

Hari Guru 2009


SELAMAT HARI GURU 2009

Pada tanggal 16hb. Mei 2009 (Sabtu) setiap warga pendidik di seluruh negara Malaysia merasa berbangga kerana telah diraikan oleh semua rakyat Malaysia. Pada kali ini sambutan Hari Guru di peringkat kebangsaan telah diadakan di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. Ia telah dirasmikan oleh Y.A.B. Tan Sri Muhyiddin Yassin. Tema sambutan Hari Guru 2009 adalah "Guru Pembina Negara Bangsa". Ia amat bersesuai dengan tanggungjawab guru bukan sahaja mengajar anak bangsa, mereka juga turut membina bangsa Malaysia yang gemilang dan terbilang.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guru-guru yang pernah mengajar saya dari Tadika Kemas Kg. Pasir Dalam, Sekolah Kebangsaan Petangling 2, Sekolah Menengah Petaling, Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar (Ampangan), Institut Bahasa Melayu Malaysia (IBMM - Lembah Pantai). Juga tidak lupa kepada guru-guru di Sekolah Agama Rakyat Kg. Pasir Dalam dan guru mengaji (Pok Nik) yang telah mengajarku mengaji Al-Quran sehingga qatam. Terima kasih semua. Jasamu akan aku bawa sehingga aku bertemu dengan Yang Maha Pencipta. Saya doakan agar seluruh kehidupanmu dan keluargamu sejahtera hingga ke akhir hayat. Amin.