Sunday, January 23, 2011
TABLET UNTUK PRODUKTIVITI
Tablet PC dijangka menjadi alat ICT yang terhebat pada tahun 2011. Ia bukan sahaja kecil dan ringan tetapi yang paling menarik adalah kepelbagaian fungsinya kepada pengguna. Berikut adalah beberapa fungsi yang perlu ada pada sebuah Tablet PC.
1. Simpan dalam beg
Berikutan cirinya yang mudah alih dan fleksibel, anda boleh membawa dan menggunakan Tablet PC di mana jua.
2. Mobiliti dalam Persekitaran Kerja
Gunakan Tablet PC untuk pelbagai tugas kerja. Misalnya, guru boleh menggunakan Tablet PC untuk persediaan pengajaran hariannya.
3. Baca Buku
Tablet PC merupakan cara terbaik untuk anda membaca kandungan digital seperti E-Majalah, Ebook, dokumen PDF dan sebagainya.
4. Ikuti Berita
Membaca akhbar adalah sesuatu yang penting pada waktu pagi. Dapatkannya secara online sebelum ia dijual di kedai.
5. PowerPoint
Anda boleh menyunting atau menyudahkan persembahan slaid PowerPoint dengan mudah.
6. Lakaran Kreativiti
Aktiviti melakar adalah lebih mudah dengan menggunakan pen digital.
7. Ambil Nota
Anda boleh menggunakan kekunci terbina atau menulis terus ke Tablet PC.
8. Mesyuarat
Membolehkan anda mengambil nota dan mengikuti perjalanan mesyuarat dengan lebih baik.
9. Ucapan
Tablet PC juga dipasang perisian pengesan suara yang menukarkan pengucapan kepada perkataan.
10. Borang
Pengisian borang dengan Tablet PC dapat menjimatkan kertas dan kos operasi.
11. Log Perbatuan
Gunakan Tablet PC untuk menyimpan segala rekod perbatuan terus dalam bentuk digital.
12. Resipi di Dapur
Gantungkan Tablet anda di dinding untuk memasak resipi masakan kegemaran anda.
13. Album Foto
Gunakan Tablet PC untuk menunjukkan gambar kenangan anda kepada teman.
14. Menonton tayangan
Tidak perlu pemain DVD untuk memainkan tayangan. Hanya perlu muat turun dan tonton pada Tablet PC.
15. Peta Minda
Tablet juga memberi anda kemampuan melakar peta minda. Gunakan program Paint, Word atau pasang perisian lain yang bersesuaian.
16. Sembang
Sama ada menggunkana Yahoo! Messenger atau Windows Live, anda juga boleh bersembang menggunakan Tablet.
17. Jadual
Hanya gunakan program Kalendar, klik ikon dan jadual anda akan dipaparkan.
18. Diari
Sama seperti mengambil nota, anda juga boleh mencatat warna-warni kehidupan anda pada diari digital di Tablet PC.
19. Tulis dan Terbit
Rekabentuk dan keupayaan skrin anda membolehkan anda memasukkan teks dengan cepat.
Maklumat diperolehi daripada Majalah PC keluaran Februari 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment