Sunday, April 3, 2011

BANGGA MENJADI SEKOLAH ANGKAT YAYASAN

Pada perjumpaan khas antara ibu bapa dengan guru-guru Tahun 6 pada 3 April 2011 (Ahad) yang lalu telah menyaksikan suatu berita baik. SKS2BK telah diambil sebagai sekolah angkat kepada Yayasan Pendidikan Puchong. Sebagai permulaan, sekolah akan menerima peruntukan pertama berupa sumbangan kewangan untuk aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan oleh sekolah bagi meningkatkan prestasi sekolah terutamanya dalam bidang akademik.

Peruntukan yang berjumlah RM10 000 akan dimasukkan ke dalam akaun PIBG sekolah manakala RM5 000 pula akan dimasukkan ke dalam akuan Kelab Staf. Peruntukan tersebut telah dinyatakan oleh YB Dato Dr. Hj. Satim Diman selaku Adun Sri Serdang.

Pihak sekolah termasuk para kakitangan, murid-murid dan ibu bapa mengucapkan ribuan terima kasih kerana membantu menambahkan dana untuk meningkatkan prestasi murid-murid sekolah dalam akademik. Kami akan gunakan sumbangan ini dengan sebaiknya untuk kecemerlangan dan kegemilangan sekolah dan murid-muridnya.

No comments:

Post a Comment