Thursday, April 14, 2011

PIKOM PC FAIR 2011


Pameran komputer terbesar di Malaysia kembali lagi ke Kuala Lumpur. Ia akan diadakan dari 15 hingga 17 April 2011 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Kepada peminat-peminat ICT jom kita beramai-ramai ke sana untuk melihat dan mendapatkan gadget terbaharu. Untuk maklumat lanjut sila layari laman sesawang berikut pikom.org.my

Thursday, April 7, 2011

PESTA BUKU ANTARABANGSA 2011


Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 kini sudah kembali. Mari kita ramai-ramai hebohkan berita baik ini. 22 April hingga 1 Mei 2011. Pelbagai buku daripada pelbagai penerbit dipamerkan. Jangan lepaskan peluang ke pesta buku terbesar Asia Tenggara ini. Masukkan tarikh-tarikh ini ke dalam kalendar tuan dan puan. Sila layari laman sesawang KLIBF 2011, Kuala Lumpur.

Sunday, April 3, 2011

BANGGA MENJADI SEKOLAH ANGKAT YAYASAN

Pada perjumpaan khas antara ibu bapa dengan guru-guru Tahun 6 pada 3 April 2011 (Ahad) yang lalu telah menyaksikan suatu berita baik. SKS2BK telah diambil sebagai sekolah angkat kepada Yayasan Pendidikan Puchong. Sebagai permulaan, sekolah akan menerima peruntukan pertama berupa sumbangan kewangan untuk aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan oleh sekolah bagi meningkatkan prestasi sekolah terutamanya dalam bidang akademik.

Peruntukan yang berjumlah RM10 000 akan dimasukkan ke dalam akaun PIBG sekolah manakala RM5 000 pula akan dimasukkan ke dalam akuan Kelab Staf. Peruntukan tersebut telah dinyatakan oleh YB Dato Dr. Hj. Satim Diman selaku Adun Sri Serdang.

Pihak sekolah termasuk para kakitangan, murid-murid dan ibu bapa mengucapkan ribuan terima kasih kerana membantu menambahkan dana untuk meningkatkan prestasi murid-murid sekolah dalam akademik. Kami akan gunakan sumbangan ini dengan sebaiknya untuk kecemerlangan dan kegemilangan sekolah dan murid-muridnya.

PERTUKARAN GURU JUN 2011

Pemberitahuan Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian/Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi Pertukaran Jun 2011 untuk guru DGA 29, DG 41, DG 32 (KUP) dan DG 44 (KUP) melalui e-GTukar akan dibuka mulai 1 hingga 22 April 2011.

Permohonan pertukaran guru bagi Jun 2011 hanya dibuka untuk kes berikut:
1. Mengikut suami/isteri yang berada di negeri yang dipohon.
2. Ancaman keselamatan beserta dengan laporan polis.
3. Kes kesihatan yang kronik bagi pemohon beserta laporan kesihatan daripada pakar hospital kerajaan.

Untuk permohonan sila klik lawan sesawang http://apps.moe.gov.my/epgo