Wednesday, April 18, 2012

KURSUS TMK DALAM P&P

Pada 18 dan 19 April 2012, aku telah menghadiri Kursus TMK Dalam P&P di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor (BTPN) yang terletak di Seksyen 19, Shah Alam. Kurus 2 hari ini telah memberi pendedahan tentang peranan guru penyelaras bestari/ICT, SSQS, Abad Ke-21, E-bahan, MBMMBI, Eduwebtv dan Literasi Maklumat. Kesemua slot telah disampaikan oleh pegawai-pegawai daripada Pusat Kegiatan Guru (PKG) dan BTPN sendiri. Selepas tamat kursusu ini, para peserta diminta mengadakan kursus dalaman di sekolah masing-masing agar maklumat yang diperoleh dapat disampaikan kepada semua guru di sekolah. Terima kasih kepada BTPN kerana menganjurkan kursus yang banyak memberi manfaat kepada guru-guru dan murid-murid di sekolah.

No comments:

Post a Comment