Sunday, November 23, 2014

KARNIVAL UPIN & IPIN 2014

Karnival Upin & Ipin yang diadakan pada 21,22 dan 23 November 2014. Karnival tersebut diadakan di Pusat Pameran Antarabangsa Putrajaya (PICC). Aku sekeluarga telah ke sana untuk melihat sendiri kemeriahan sambutan orang ramai dengan rancangan kartun keluaran tempatan.
Pengalaman pertama yang kami alami adalah tempat parkir yang terhad. Kami terpaksa meletakkan kereta di bahu jalan raya di kaki bukit PICC. Selepas meletakkan kenderaan, kami berjalan kaki sejauh 300 meter. Setelah sampai di kaki bukit PICC, kami mula menaiki tangga yang panjang dan berlingkar-lingkar seperti ular kena palu. Ada antara pengunjung yang mengambil keputusan untuk mendaki bukit. Memandangkan isteriku sedang sarat mengandung, aku mengambil keputusan untuk menaiki tangga juga.
 
Sesampai di hadapan bangunan PICC, kami mula mencari laluan masuk ke karnival. Pada mulanya, laluan masuk adalah di bahagian pintu masuk utama. Oleh kerana ramai pengunjung pada masa tersebut, kami mencari laluan alternatif iaitu di laluan parkir kenderaan berbumbung. Memandangkan laluannya yang sempit, kami terpaksa berpusu-pusu untuk masuk ke dalam bangunan. Dengan memimpin tangan anak-anak yang dibawa agar tidak hilang kami melaluinya dengan berhati-hati. Akhirnya berjaya juga kami melepasi halangan tersebut dan masuk ke dalam ruang pameran.

No comments:

Post a Comment